FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Wednesday, February 1, 2012

SEPANJANG JALAN KENANGAN 1....!

SEPANJANG JALAN KENANGAN...
Setiap insan pasti melalui liku-liku kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran. Sungguhpun pada ketika itu, kita beranggapan bahawa dugaan dan cabaran itu sebagai musibah, tetapi percayalah..... liku-liku kehidupan yang yang dilalui itulah telah melakarkan seribu kenangan yang terlalu mahal nilainya.
Pada awal penglibatan cikgu dengan dunia pendidikan, iaitu pada tahun 1984, cikgu telah ditugaskan mengajar di sebuah kawasan pedalaman Sarawak iaitu SRK. Kg. Melayu, Samarahan, Muara Tuang, Bahagian Pertama, Kuching, Sarawak. Untuk ke sekolah tersebut, pada masa itu, cikgu terpaksa menaiki bas dari bandar Kuching ke pekan Muara Tuang. Ketika itu hanya separuh jalan sahaja yang bertar dan selebihnya terpaksa melalui jalan berdebu-debu, berlubang-lubang. Perjalanan itu biasanya memakan masa lebih kurang 2 jam.
Di pekan Muara Tuang pula, cikgu ke Kg. Melayu dengan menggunakan perkhidmatan bot tambang kampung, dan masa di dalam bot pula, lebih kurang 4 jam melalui alur sungai Samarahan yang terkenal dengan buaya-buaya ganasnya.

Menaiki bot ke Kg. Melayu, Samarahan...
(1984) Walaupun bertugas di ceruk mana, tugas mendidik anak-anak tetap dilaksanakan...

Selepas menjalani kehidupan tanpa api elektrik, mandi dan minum menggunakan air hujan dan mendiami kuarters guru yang seakan-akan kandang kambing selama 3 tahun, cikgu bertukar ke Kolej Tun Razak, salah sebuah sekolah menengah premier yang terletak di jalan Kuching-Serian. Pada masa ini cikgu tinggal menyewa berseorangan di kawasan perumahan Arang Road, Kuching. Cikgu terpaksa berulang-alik sejauh 35 km sehari. Di Kolej Tun Razak yang mempunyai 2 ribu lebih pelajar itu, hanya lebih kurang 10% sahaja yang beragama Islam. Itu pun kebanyakannya saudara baru. Majoriti pelajar di sana beragama Kristian dan Budha yang kebanyakannya pula berbangsa Bidayuh, Iban dan Cina.
 Aktif berpengakap.... semasa program mendaki Gunung Serapi...
 Semasa dalam Majlis Perpisahan BPI di Kolej...
 Bergambar kenangan ketika di puncak Gunung Serapi...
 Aktiviti perkhemahan pengakap....
 Cikgu antara guru yang memperkenalkan permainan hoki di Kolej Tun Razak...
Hoki di mana-mana: Pasukan Hoki Guru Semenanjung di Kuching...
Kawan cikgu mesti Singh dan India....!

1 comment:

Anonymous said...

Terbaik cg Azemi...cg BM saya masa tingkatan 3 gamma 1995!

Semoga cg sentiasa dirahmati Allah..amin.

ikhlas,
shafri
semasa 9397

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM