FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Wednesday, February 29, 2012

ALUMNI FARIS KEMBALI BERBAKTI...!

ALUMNI SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra akan berkampung di Faris Petra selama 2 hari pada 23 - 24 Mac 2012 nanti melalui program 'kembali berbakti' kepada warga Farisian. Mereka akan bermalam di asrama Putera dan Puteri pada 23 Mac 2012 untuk mengembalikan nostalgia semasa mereka belajar di Faris Petra sebelum ini. Pada keesokan hari, program 'Bicara Kerjaya' akan diadakan mengikut stesen-stesen yang telah ditetapkan. Pelbagai peluang kerjaya akan disampaikan oleh mereka yang telah berjaya dalam bidang masing-masing untuk memberikan pendedahan tentang kerjaya dan peluang pendidikan yang akan diceburi pelajar nanti. Pada sebelah petang pula, perlawanan bola sepak, hoki dan bola jaring akan diadakan antara guru dan pelajar dengan ALUMNI. Setakat ini hampir 150 orang ahli alumni telah mengesahkan kedatangan mereka  ke Faris dan bersedia kembali berbakti kepada warga Farisian.

RINGKASAN PROGRAM:-
  • 23 MAC 2012 - Alumni dan keluarga bermalam di aspura dan di aspuri
  • 24 MAC 2012 (PAGI) - Bicara Kerjaya
  • 24 MAC 2012 (PETANG) - Perlawanan Bola sepak, Hoki dan Bola Jaring
Penulis difahamkan ada acara masakan gulai kawah seekor lembu....


Sumber: Blog Cikgu Azaman

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM