FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Showing posts with label MASIHKAH KAUINGAT. Show all posts
Showing posts with label MASIHKAH KAUINGAT. Show all posts

Friday, July 10, 2015

OTAI-OTAI FARIS...!


Tiga yang dah pergi, ..... tiga lagi yang menanti...!
Maksud Cikgu tiga yang dah pergi itu ialah yang dah pencen. Cikgu Che Ramli, Pn. Hjh. Jizah dan Tn. Hj. Ghazi sudah meninggalkan bumi Faris kerana bersara. Selamat bersara semuanya dan semoga dikurniakan kesihatan yang baik oleh-Nya.

Friday, June 12, 2015

MAK DARA FARIS...!


Dari kiri Cikgu Fauziah, Cikgu Noraishah, Cikgu CTG dan Cikgu Yuniza.
Rakaman foto ini selepas mereka selesai mengikuti kursus MYPIB di Besut, Terengganu...

KOOP FARIS FEST 2015: HARI KE-3...!


Bertempat di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV
Tarikh: 11 - 14 Jun 2015

Thursday, June 11, 2015

KOOP FARIS FEST 2015...!

11/6/15: Sekitar majlis perasmian pembukaan Karnival Koop Tengku Muhammad Faris Petra Fest 2015 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Karnival akan berlangsung selama 4 hari bermula 11/6/15 hingga 14/6/15 dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Pelbagai acara menarik disediakan untuk pengunjung sepanjang festival berlangsung.

Sunday, March 1, 2015

BACK TO SCHOOL 2015...!

Program "Kembali ke Sekolah" pelajar kelompok 9195 bertemakan 'Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' menyasarkan murid Tingkatan 4 dan 5 sebagai kumpulan sasaran. Fokus utama adalah dari segi pembinaan semangat, karekter, peluang belajar, tajaan dan kerjaya. Alhamdulillah program yang dikendalikan pada 27 - 28 Februari dengan kerjasama Unit Kaunseling ini mendapat reaksi positif daripada pihak alumni 91- 95 dan pelajar Tingkatan 4 dan 5.

Tuesday, February 17, 2015

NOR SAIFUL...!


Kenangan bersama dengan bekas pemain hoki kebangsaan, Nor Saiful Zaini.

Tuesday, October 28, 2014

KEJ. HOKI ALUMNI SBP 2014...!

  Himpunan Bekas Pemain Hoki Faris Petra
Masih terbayang-bayang ketika cikgu bersama dengan mereka sedikit masa lalu.
Azim, anak cikgu ni...!

Wednesday, October 8, 2014

WALIMATUL URUS FARAH NASUHA...!



Farah Nasuha
Faris Petra 2002 - 2006

Assalamualaikum wbt,

Dengan rahmat dan izin-Nya saya dan keluarga sangat berbesar hati untuk mengundang Tuan/Puan/Encik/Cik serta keluarga ke Majlis Walimatul Urus Farah Nasuha Farinordin dan pasangan Mohd Hafiz Jamaluddin.

Butiran majlis:-
Tarikh: 25 Oktober 2014 (Sabtu)
Masa: 11:00 pagi - 5:00 petang
Alamat: 
Lot 2161, Kg. Kubang Batang, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan.

Sunday, August 24, 2014

PERSARAAN CIKGU GHAZI-CHE RAMLI...!

 Patah tumbuh hilang berganti. Yang pasti tahun ini warga guru lelaki Faris Petra kehilangan dua orang guru lelaki yang cukup hebat dan berpengalaman. Semakin kuranglah spesies yang dah pun kurang...! (24 Ogos 2014)

Sunday, August 3, 2014

LELAKI TERAKHIR FARIS...!


Cikgu Azaman, Cikgu Rasdi, Cikgu Izani, Cikgu Radzuan, Cikgu Aris Pazilah dan Bapak Azemi....

JIWA CIKGU...!


Jika dilihat kepada aksi-aksi guru Faris di dalam foto di atas, rasa-rasanya majlis apakah yang sedang berlangsung? Kenalkah Farisian siapakah guru-guru tersebut? Ada semacam Tok Arab saudagar minyak, hero Bollywood, Papa Rock, mualaf dan yang di tepi sekali tu, ada iras-iras  Ustaz Harun Din! Cuba namakan guru-guru berkenaan dan majlis apakah yang dimaksudkan?

Monday, July 7, 2014

SAMBUTAN AIDILFITRI ALUMNI...!


Sebentar tadi cikgu terbaca satu info tentang Majlis Sambutan Aidilfitri 1435H yang akan diadakan pada 30 Julai 2014, bertempat di Dewan Mahadzir Hashim jam 8:30 malam. Cikgu juga mendapat undangan untuk ke majlis tersebut. Insya-Allah Mije, jika tidak ada aral melintang....

Monday, June 23, 2014

BEKAS ANAK DIDIK...!


Kenangan terindah apabila dapat bergambar bersama-sama bekas pemain hoki Faris Petra. Betapa cepat putaran masa, kini anak didik cikgu di padang hoki itu telah berjaya dengan kerjaya masing-masing. Dari kiri Azim(guru), Salmi(guru), Syafiq(Pegawai tentera), Fauzi(kontraktor) dan Khairi.. cikgu tak pasti.

Saturday, May 17, 2014

VISI DAN MISI...!

VISI FARIS PETRA:-

  • SMSTMFP Strives to Produce Internationally Minded Leaders

MISI FARIS PETRA:-
  • SMSTMFP is Committed To Provide High Quality, Challenging and International Education that could Create Knowledgeable Caring and Respectful Individual


Monday, April 21, 2014

HARI BAHAGIA IKHWAN...!


Selamat pengantin baharu Ikhwan Ariff, Farisian 2003 - 2007 (bekas pemain hoki Faris Petra)  dan pasangan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Walaupun cikgu tidak berkesempatan untuk menghadiri undangan kalian, namun cikgu tetap mendoakan kebahagiaan anda semua.
Semoga sentiasa 'songeh' selalu.

Sunday, April 20, 2014

ALUMNI HOKI KONGSI SEMANGAT...!

Ketika Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan di Stadium Hoki Bukit Jalil (16 - 20 April 2014), cikgu berasa amat bertuah sekali kerana dikunjungi oleh bekas-bekas pemain hoki Faris Petra (FPHC) dari pelbagai generasi. Bukan sahaja kesempatan itu digunakan untuk mengeratkan silaturahim, malah juga dapat memberikan dorongan dan semangat kepada adik-adik yang masih menuntut di Faris Petra.


Sunday, April 13, 2014

UPNM SERANG FARIS...!


Farisian yang sedang menuntut di UPNM pagi tadi sempat berkunjung dan beramah mesra dengan bekas guru mereka di SMS. Tengku Muhammad Faris Petra. Walaupun cikgu tidak berkesempatan bertemu mereka kerana tugas 'berjemur panas' di padang hoki austrotuf Pasir Mas, namun ucapan tahniah tetap dihulurkan.

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM