FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Tuesday, July 31, 2012

SALAM DARI HO CHI MINH...!


Tengku Ferdenen Tengku Amri
(Kapten Basketball)
Faris Petra: 1987 - 1991
University of Tulsa, Oklahoma:- Chemicals Engineering (BSc) -Biasiswa Petronas
Kerjaya: Unit Pemasaran Petronas Chemicals Group, Ho Chi Minh.

Monday, July 30, 2012

GURU PALING SETIA...!

Dr. Chan Siok Gim atau lebih mesra dengan panggilan Mama Chan mula berkhidmat di Faris Petra pada 14 April 1979. Ini bermakna sudah lebih 33 tahun beliau mencurah bakti kepada warga Farisian sekalian. Beliau yang kini merupakan Guru Kanan Sains dan Matematik masih bersemangat mencurahkan ilmu dan kepakaran demi kecemerlangan Faris Petra.

Tn. Hj. Sharifudin b. Ahmad Nawawi, lebih mesra dengan sapaan Cikgu Din pula hanya sehari lewat berbanding Mama Chan mendaftarkan diri di Faris Petra. Beliau mula bertugas di bumi Faris Petra pada 15 April 1979 sehingga kini dan subjek utamanya ialah Kemahiran Hidup. Walaupun telah mencurah bakti lebih 33 tahun, namun kudratnya masih diperlukan. Beliau kini merupakan Guru Cemerlang Kemahiran Hidup dan merupakan menteri kewangan kepada PIBG sekolah kita.

Sunday, July 29, 2012

KANDID SEORANG COACH...!






Telah hampir 20 tahun cikgu mengabdikan diri dengan sukan hoki di Faris Petra sahaja. Walau apa orang lain kata, yang lebih penting ialah cikgu mampu menjadikan hoki sebagai medan memanusiakan pelajar.........!
Foto kandid ini dirakamkan ketika Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan di Johor Bahru 2012.

Sumber foto drp FB Shahrunnixam Typerwriter

Saturday, July 28, 2012

PENCINTA ALAM 1996...!


Yakah Kelab Pencipta Alam? Atau silap eja kot?

SRIKANDI BI...!

 Pn. Azalina bt. Mohd Yusoff
 Pn. Yuniza bt Che Yaacob
Pn. Roziah bt Mohd Ali
Pn. Nik Fauziah bt Nik Abdullah

Friday, July 27, 2012

DUA PAGI JADI USTAZ...!

Walaupun bulan puasa, undangan ceramah cikgu tak pernah puasa. Hujung minggu ini cikgu diundang bagi menyampaikan ceramah Bahasa Melayu PMR kepada pelajar-pelajar SMU(A) Tarbiah Mardhiah, Panchor, Kemumin.
Begitulah diari cikgu Faris Petra

Thursday, July 26, 2012

FOTO CENDERAMATA VVIP...!

En. Wan Hamzah sedang mengiringi Y.Bhg. Dato'Dr. Hj. Ahmad b. Sipon
Semasa membelek-belek fail lama, cikgu terjumpa sekeping foto yang mengimbaskan kembali kenangan ketika Majlis Graduasi pada tahun 2005. Sebagai guru yang bertugas sebagai jurufoto, cikgu dikehendaki menyediakan foto majlis yang diframekan sebagai cenderamata istimewa kepada VVIP tersebut. Bayangkan bagaimana cikgu terpaksa merakam foto dan seterusnya menyunting dan mencetak foto dengan segera. Kemudahan ketika itu pula agak terhad.

Nasib baiklah cikgu mendapat bantuan daripada ahli Kelab Fotografi yang sentiasa ringan tulang...!

BRAYO DI FARIS...!

Assalamualaikum kepada semua member warga ALUMNI FARIS PETRA.......


Tahun ni Alumni Faris Petra akan meneruskan tradisi 'gathering Aidilfitri' di sekolah pada hari raya ketiga (21/8) bermula jam 8.00 mlm. Majlis tahun ini ia akan dihostkan secara bersama oleh batch 7478, 7882, 8892 & 9802. POK CHIK MAZMIHAN sebagai pengerusi majlis dgn bantuan barisan AJK kerja lain di Kota Bharu telah memberi komitmen yang tinggi & telah bekerja keras untuk mengatur persiapan agar perjumpaan tahun ini adalah yang terbesar & terbaik pernah diadakan. 

Ambo mewakili AJK Alumni ingin menyeru sokongan padu semua warga FARIS PERTA untuk melapangkan masa untuk hadir beramai2 menyokong program tersebut. PENDAFTARAN BOLEH DIBUAT MELALUI CHAT THREAD EVENT FB FARIS PETRA OLEH POK CHIK, SU AZIZ BAKAR, Wakil2 batch masing2 atau melalui chat thread ini.....kalau ada sesiapa hok cade nok sponsor apa2 pada malam perjumpaan nanti bulih PM direct ko ambo.....MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENGERATKAN SILATURAHIM SESAMA WARGA ALUMNI SAMBIL KEMBALI BERBAKTI


Daripada FB Dato DrKaisan dgn sedikit editing

Wednesday, July 25, 2012

ARKIB FARIS...!


FOTO SEMPENA PERTANDINGAN NASYID FORM 2
Cikgu ada terjumpa foto ini dalam FB Farisian (Mohd Zakrey Nor). Cikgu rasa foto ini boleh dikongsikan dengan Farisian yang lain. Mungkin sesiapa dapat memberitahu cikgu nama-nama pelajar di dalam foto tersebut termasuk kerjayanya sekali.

Pokok yang di belakang tu, dah tak ado kot?
Cikgu ingat foto ini dirakamkan di kawasan letak kereta sekolah kita.
Pokok Semarak Api tu macam 'biasa aje'

DUIT RAYA...!

TAKZIAH BUAT ABE HIM...!

En. Ibrahim b. Puteh duduk paling kiri.
Seorang staf sokongan Faris Petra iaitu En. Ibrahim bin Puteh telah kematian isterinya pada pagi Rabu (25 Julai 2012) kerana penyakit kencing manis. Untuk makluman Farisian sekalian, En. Ibrahim ini biasanya bertugas menyelia kawasan padang sekolah dan bilik rehatnya terletak di astaka. 
Walau apapun, marilah kita sedekahkan bacaan surah Al-Fatihah, semoga roh isterinya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Amin.

SALAM DARI INTAN...!


Ab. Wahab Che Mat



Faris Petra: 1973 - 1977
1980 - 1983: Universiti Malaya - Sarjana Muda Ekonomi dgn Kepujian
                   : INTAN - Diploma Pentadbiran Awam (DPA)
1995           : Universiti Malaya - Sarjana Pentadbiran Awam
                   : Universiti Malaya - Phd Pentadbiran Awam
Kerjaya:
1983: Pelatih Bank di Bank Negara Malaysia
1986: Penolong Pengarah di Jabatan Perdana Menteri
1989 - 1992: Setiausaha Kedua, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, New Zealand
         - Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Analisis Ekonomi dan Antarabangsa, Kementerian Kewangan
2008 - 2010: Timbalan Setiausaha Bahagian, Cawangan Penilaian dan Sistem, Bahagian Kewangan,
                    Kementerian Kewangan Malaysia
2012: Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Kepimpinan Sektor Awam, INTAN, Malaysia.

Tuesday, July 24, 2012

BENGKEL PMR LAGI...!

BENGKEL PERFECT SCORE PMR FASA 4
TARIKH: 1 - 4 OGOS 2012
TEMPAT: DEWAN GEMILANG, SMS. TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA.

Monday, July 23, 2012

BALIK BERMALAM....!

Hari ini merupakan hari ke-3 umat Islam di Malaysia mengerjakan ibadat puasa Ramadan. Semoga puasa wajib yang dikerjakan itu mendapat pahala yang berlipat ganda daripada Allah. Suasana di Faris Petra berjalan seperti biasa. Cuma bersempena dengan bulan Ramadan ini, jadual pembelajaran C diguna pakai. Hal ini bermakna masa pembelajaran selepas waktu rehat dipendekkan selama 5 minit dan waktu persekolahan  setiap hari akan berakhir pada pukul 1.25 petang. Pelajar-pelajar dikehendaki berada di masjid untuk mengerjakan solat Zuhur berjemaah dan selepas itu tadarus al-Quran  dilaksanakan.
Sempena bulan Ramadan juga, pelajar-pelajar diberikan kebenaran balik bermalam pada  hujung minggu ini. Sementara pada hujung minggu depan, pelajar Tg. 1, 2 dan 4 juga akan balik bermalam. Semua pelajar Tg. 3 dan 5 akan terlibat dengan program 'perfect Score' yang ke seterusnya. Berita baik untuk para pelajar...!

Sumber: En. Ahmad b. Tajab (PK Pentadbiran)

ADEGAN YANG MAHU KITA LIHAT....!

Suatu pagi yang bening di hospital Gua Musang. Seorang ibu menangis mengenangkan nasib malang yang menimpa anak lelakinya. Dia terlibat dalam kemalangan ketika menunggang motosikal ke sekolah. Anaknya masih koma di wad kecemasan apabila kepalanya tertusuk sebatang besi sepanjang 0.5 meter. Suami wanita itu yang sedang dalam perjalanan ke Kota Bharu telah dihubungi. Kita lihat adegan cemas seterusnya.
DOKTOR      : Bersabarlah Makcik, ini semua dugaan daripada Allah.
IBU               : Tolonglah Tuan Doktor, selamatkanlah anak lelaki saya. Dia seoranglah saja yang saya ada.
DOKTOR      : Insya-Allah, anak lelaki ibu akan selamat. Dia tak akan mati. Cuma otaknya saja yang akan
                        rosak...!
IBU               : (Sambil meraung dengan kuat, ibu itu menengking). Kalau otak rosak, apa gunanya lagi?
DOKTOR      : Sabarlah.....
Tidak beberapa lama selepas itu, bapa kepada budak lelaki malang itu pun sampai.
IBU               : (Sambil menangis). Macam mana bapanya? Anak kita.....? Apalah nasib keluarga kita....!
BAPA           : Tuan Doktor, boleh tak dilakukan segera pembedahan ke atas anak saya?
DOKTOR      : Boleh, dia akan selamat. Cuma otaknya sahaja yang akan rosak jika kita keluarkan besi itu.
BAPA           : Saya rasa tidak Tuan Doktor, otaknya tidak akan rosak...!!
DOKTOR      : (Hairan, macam dia lebih tahu daripada saya) Kenapa awak cakap macam itu?
BAPA           : Jika Tuan Doktor cabut batang besi yang tertusuk di kepala anak saya, otaknya tidak akan
                        rosak..!
DOKTOR      : Kenapa?
BAPA           : (Dengan selamba) Anak saya mana ada otak...! Jika dia ada otak, takkan dia MEREMPIT
                        di jalan raya.
........................ aaaaaaaaa

Sunday, July 22, 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR & SPM 2012...!

Peperiksaan Percubaan PMR dan SPM Selaras SBP akan diadakan pada bulan Ogos hadapan. Maklumat awalnya adalah seperti berikut:

  • Peperiksaan Percubaan PMR Selaras SBP bermula 7 Ogos 2012
  • Peperiksaan Percubaan SPM Selaras SBP bermula 1 Ogos 2012
Sumber: Cikgu Radzuan b. Johari (Setiausaha Peperiksaan)

RENUNG-RENUNGKAN...!



Sumber: FB Mohd Hassan Che Haat

BUKAN LAWAN KITA...!


Red Warriors tewas 0 - 5. QPR bukan saingan dan tandingan buat pasukan kerdil Asia. Namun penghormatan menentang kelab dari Liga Perdana Inggeris itu jika dipandang secara positif amat baik buat juara Liga Super 2012 itu. Persembahan yang dipamerkan oleh kesebelasan The Red Warriors itu tidak mengaibkan, malah menampakkan kehebatan tersendiri walaupun pihak lawan sebenarnya berada dalam kelas yang berbeza. 
Tahniah QPR dan syabas buat The Red Warrors.

Saturday, July 21, 2012

PENCAPAIAN HOKI 2012...!

PASUKAN 18 LELAKI
  • Naib Juara Kejohanan Hoki SBP Zon Timur
  • Separuh Akhir Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan
  • Juara Hoki 18 tahun MSSD Kota Bharu
  • Naib Juara 18 tahun MSSK Kelantan
  • Lawatan Pengantarabangsaan SBT ke Ho Chi Minh, Vietnam
PASUKAN 18 PEREMPUAN
  • Naib Juara Kejohanan Hoki SBP Zon Timur
  • Suku Akhir Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan
  • Naib Juara  MSSD Kota Bharu
  • Tempat Ketiga MSSK Kelantan
  • Lawatan Pengantarabangsaan SBT ke Ho Chi Minh, Vietnam


SALAM RAMADAN...!


Assalamualaikum Farisian sekalian,
Pada kesempatan ini, cikgu ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat mengerjakan amal ibadat sempena bulan yang berkat lagi dirahmati ini, semoga kita warga Farisian semua mendapat petunjuk dan hidayah daripada-Nya. Insya-Allah. 
Bulan Ramadan, raja segala bulan,
Bulan beribadat muslimin muslimat;
Bulan yang mengangkat tingkat keimanan,
Bulan yang membawa sejuta nikmat.
Kesempatan ini juga, cikgu serta seluruh ahli keluarga menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf kepada Farisian sekalian jika terdapat kesalahan dan dosa yang telah cikgu dilakukan, sama ada yang sengaja ataupun tidak. Di pihak cikgu, cikgu sentiasa memaafkan segala kesalahan bekas-bekas anak murid cikgu dan bagi cikgu, sebesar atau sekecil mana dosa pun, cikgu telah maafkan.  
Maaf-memaafi sesama kita.

Ikhlas daripada cikgu.

Thursday, July 19, 2012

TOKOH FARIS...!


Yasmin Mahmood, mantan Genaral Manager Dell Malaysia dan mantan Managing Director Hewlet Packet Malaysia. Terkini, beliau merupakan General Manager Microsoft Malaysia.
Mungkin ramai yang tidak tahu, beliau merupakan anak jati Kelantan yang berasal dari Pasir Mas , Kelantan. Beliau merupakan bekas pelajar SMS Tengku Muhammad Faris Petra (Dulu dikenali SM Sains Kelantan)
Terkini beliau merupakan Executive Director YTL Communications.

ALUMNI TAJA TENGOK BOLA...!

Ahmad Helmie Hassan
20hb Julai (JUMAAT), Rombongan dengan bas SMSTMFP membawa ADIK-ADIK kita seramai 40 orang daripada SMSTMFP ke Shah Alam untuk menyaksikan Perlawanan The Red Warriors vs QR telah diaturkan. Kepada ALUMNI yang berminat untuk meraikan ADIK-ADIK kita ini, satu pertemuan akan diaturkan di KELAB GOLF PERKHIDMATAN AWAM (KGPA) pada petang setibanya ROMBONGAN dari SMSTMFP ini dan ALUMNI yang berkelapangan dijemput sama untuk MAKAN MALAM bersama-sama rombongan di KGPA. Jom bersama-sama raikan ADIK-ADIK kita sambil berkongsi cerita menarik dan bersama-sama menyaksikan perlawanan TRW vs QPR di Stadium Shah Alam. Harap maklum.
Antara guru yang mengiringi pelajar ialah:-
- Cikgu Aziman Ibrahim
- Cikgu Anuar Mohd Nor
- Cikgu Fadzil Abd Razak
- Cikgu Feen Edeng


Sumber Fb saudara Ahmad Helmie

Wednesday, July 18, 2012

ORANG PENGURUSAN...!

Hj. Shaffie b. Awang
Pengetua
Rumah Pengetua, SMS Tg. Muhd Faris Petra, 16100 KOTA BHARU.
Opsyen: Matematik Tambahan.

En. Ahmad b. Tajab
Penolong Kanan Pentadbiran
2174, Jln Taman Masrul, Cabang 3, 16100 KOTA BHARU.
Opsyen: Bahasa Jepun.

Pn. Wan Atikah bt. Wan Abdullah
Penolong Kanan Kokurikulum
Lot 1437, Kg Endong, 17000 PASIR MAS.
Opsyen: Geografi

PIBG 2012...!

AJK PIBG 2012 FARIS PETRA

EX-OFFICIO:
Tn. Hj. Shaffie b. Awang (Pengetua)
YANG DIPERTUA:
Tn. Hj. Hasnan b. Abdullah
NAIB YANG DIPERTUA:
Pn. Hjh. Nik Halijah bt. Nik Mahmood
SETIAUSAHA:
Pn. Mazinah bt. Muda
PENOLONG SETIAUSAHA:
En. Kamarulzaman b. Idris
BENDAHARI:
Tn. Hj. Sharifuddin b. Ahmad Nawawi
AHLI WAKIL IBU BAPA:


Tn. Hj. Ahmad Jazuli b. Hj. Hassan

Pn. Norma bt. Hassan

Prof Dr Jafri Malin b. Abdullah

AR Tn. Hj. Azmi b. Luddin

Pn. Zarina bt. Ayob Mohamed

PERSATUAN MATH & SCIENCE DI SINGAPURA...!

GIFTED AND TALENTED PROGRAM IN NUS HIGH SCHOOL OF MATH AND SCIENCE, SINGAPORE
NUS High School offers a 6-year NUS High School Diploma that is recognized by both local and foreign universities. Students are not required to sit for public examinations except for their mother tongue languages.
Students are admitted after a rigorous selection process and they comprised the top 10% of the primary school students.  NUS High School received 2000 applicants from both local and international schools but can only take in 170 students in Year 1 and an additional 70 students in Year 3 annually. The school fees cost S$ 1000 monthly and 700 hostel fees for the Year 5 students.
A modular system is used and students, who are good in say Math can fast track to NUS undergraduate modules. The National University of Singapore is only a 7-minute walk away. Students are required to complete a Research Project in order to graduate. 56 % of their teachers have either a Masters degree or a PhD. The school has the state- of- the- art facilities with only two students sharing a fume hood in the chemistry laboratory. Other laboratories include that of creativity and innovations, and clean energy that utilizes the solar panels.
Oleh Dr. Chan

Tuesday, July 17, 2012

SALAM TAKZIAH KEPADA CIKGU ROSLIZA...!


Takziah diucapkan kepada Cikgu Pn. Rosliza bt. Nawi atas kematian ibu yang tersayang pada 14 Julai 2012. Diharapkan beliau bersabar atas ujian Allah itu. Farisian sekalian, marilah kita sedekahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada roh ibu beliau semoga ditempatkan oleh Allah ke dalam golongan yang dikasihi-Nya.
Amin.

CIKGU SENIOR FARIS...!

Kebanyakan guru atau cikgu di Faris Petra merupakan guru yang tergolong dalam kategori senior dan mempunyai pengalaman yang amat luas dalam bidang pendidikan. Pendek kata, soal ilmu dan budak-budak, memang dalam tangan punya....! Ada juga dalam kalangan guru ini yang mula berkhidmat di sini sejak proses penempatan pertama lagi, iaitu selepas tamat pengajian sarjana muda pendidikan. Antara guru senior Faris Petra yang masih setia berbakti di kampus hijau Faris ialah:-
Hjh. Hasni bt. Rashid (Guru Kanan Teknik & Vokasional: DG 48)
Tarikh mula berkhidmat di Faris Petra pada: 11 Mac 1981
 Pn. Azalina bt. Mohd Yusoff (GC Bahasa Inggeris: DG 52)
Tarikh mula bertugas di Faris Petra pada: 4 Januari 1987
 Dr. Chan Siok Gim (Guru Kanan Sains & Matematik: DG 48)
Mula berkhidmat di Faris Petra pada: 14 April 1979
 En. Feen a/l Edeng (Guru Fizik: DG 48)
Mula berkhidmat di Faris Petra pada: 1 Januari 1988
 Pn. Hjh Jizah bt Ripin (Guru Kanan Bahasa: DG 48)
Mula berkhidmat di Faris Petra pada: 30 April 1983
 Pn. Noterzam bt Jaafar (GC Mat. Tambahan: DG 52)
Mula bertugas di Faris Petra pada: 31 Mei 1986
 Tn. Hj. Mohd Rasdi b. Ismail (Guru Sains: DG 48)
Mula bertugas di Faris Petra pada: 3 Januari 1988
 Pn. Hjh Wan Faizah bt Wan Ab Ghani (Guru Kanan Sains Kemanusiaan: DG 48)
Mula bertugas di Faris Petra pada: 5 Januari 1986
 Tn. Hj Mohd Abdul Ghazi b. Ismail (Guru Biologi: DG 48)
Mula berkhidmat di Faris Petra pada: 16 Februari 1988
Tn. Hj Sharifudin b. Ahmad Nawawi (GC Kem. Hidup)
Mula bertugas di Faris Petra pada: 15 April 1979

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM