FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Monday, January 30, 2012

KUNJUNGAN RASMI JPN JOHOR...!


LAWATAN BENCHMARKING DARI JOHOR
Pada hari ini Faris Petra mendapat kunjungan daripada warga Jabatan Pelajaran Negeri Johor dalam lawatan rasmi penanda aras yang melibatkan 30 orang pegawai dan kakitangan daripada jabatan tersebut. Para pelawat diraikan dengan persembahan kebudayaan oleh pelajar-pelajar sebelum mereka diberikan taklimat rasmi oleh Tuan Pengetua di Bilik Gerakan.

Sunday, January 29, 2012

REUNION PEMAIN HOKI FARIS...!

KAMI BANGGA SEBAGAI PEMAIN HOKI FARIS PETRA...
Tarikh keramat 28 Januari 2012, bertempat di Stadium Hoki Bukit Jalil berlangung satu pertemuan yang sungguh bermakna bagi warga Farisian terutama bekas-bekas pemain hoki Faris Petra yang sedikit masa dulu telah melakar sejarah kegemilangan permainan hoki Faris Petra sama ada di peringkat negeri, negara mahupun di peringkat antarabangsa.
Walaupun mereka kini telah menjawat pelbagai jawatan penting, namun rasa cinta akan hoki dan Faris Petra tetap utuh dan 'Hoki Faris Petra' sentiasa menjadi kebanggaan bersama.
Walaupun cikgu tidak dapat bersama-sama kalian di sana, percayalah ... cikgu adalah sebahagian daripada kalian yang pernah dan akan terus menjulang nama hoki Faris Petra sampai bila-bila.
Tahniah dan 'tempat jatuh lagikan dikenang...' inikan pula stick hoki.....

Ikhlas daripada cikgu 

PENDAFTARAN F4 BAHARU...!

Seramai 42 orang pelajar baharu F4 akan mendaftarkan diri di Faris Petra pada 31 Januari 2012 iaitu pada hari Selasa nanti. Daripada jumlah tersebut, seramai 25 orang pelajar lelaki dan 17 orang pelajar perempuan yang akan mula mendaftarkan diri pada pagi hari tersebut. Mereka adalah terdiri daripada kalangan pelajar terpilih yang datangnya dari pelbagai negeri. 

Saturday, January 28, 2012

PRESIDEN BAHARU ALUMNI FARIS...!

Hatme Fadly Yusoff
Tahniah kepada Dato' Dr Kaisan kerana telah dilantik sebagai Presiden Persatuan Alumni Sekolah Tengku Muhammad Faris Petra yang baru berkuat kuasa hari ni...Tahniah juga kepada semua AJK Baru...mudahan memberi nafas baru kepada seluruh warga FarisPetra....

RUMAH HUSSIEN 1999...!



Sumber: FB Nik Mohd Zahirsani

Thursday, January 26, 2012

REDAKSI SEMASA 2002...!

Sebelah kanan cikgu tu, Pia ..... kan?

CIKGU FARIS PETRA 2002...!

Mohon maaf jika fotonya tidak memuaskan kerana cikgu terpaksa menyesuaikannya dengan ruangan yang terhad. Cikgu berada di barisan paling belakang iaitu tiga dari kiri.
Berdiri di barisan belakang sekali, dari kiri Ustaz Hadi, Cikgu Ghazi, Cikgu Azemi, Cikgu Zamri, Ustaz Sabri, 
Cikgu Zaidi, Cikgu Syarifuddin, Cikgu Kamaruzaman, Cikgu Feen dan Ustaz Mukhatar.

MOTO TERKINI FARIS...!

BERSAMA MELESTARIKAN FARIS NO. 1....
Shaffie Awang
Sempena kepimpinan Tuan Pengetua yang baharu Faris Petra, Tn. Hj. Shaffie Awang, SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra memperkenalkan moto baharu yang menjadi fokus perjuangan warga Farisian iaitu "Bersama Melestarikan Faris No. 1"

Wednesday, January 25, 2012

SALAM DARI RMIT UNIVERSITY...!







Rosmalini Ab. Kadir (LeenieyHizuddin)
Faris Petra: 1992 - 1996
Kerjaya: Pensyarah UiTM Shah Alam - Fakulti Kejuruteraan Elektrik.
2011: - Menyambung pelajaran di peringkat Phd di RMIT University, Melbourne, Australia.

Tuesday, January 24, 2012

JOM KONGSI FOTO....!

KONGSI FOTO DAN MEMORI...
Assalamualaikum Farisian sekalian,
Alhamdulillah kita masih diberikan masa dan ruang oleh Allah SWT untuk sama-sama kita merenung ke belakang, melihat titik-titik sejarah dan kenangan yang ditinggalkan di bumi hijau Faris nan tercinta. Petang tadi secara tak sengaja cikgu terjumpa sesampul surat yang mengandungi foto-foto lama yang terakam memori indah yang sudah pasti tidak akan berulang lagi. Cikgu gagahi untuk membuat scan atau salinan dan walaupun pastinya foto-foto ini memuatkan wajah-wajah cikgu sewaktu dulu, namun tidak dinafikan bahawa wajah-wajah Farisian di dalamnya juga sama-sama menyulam cebisan kenangan yang tidak mudah untuk dilupakan. Cikgu akan menyiarkan foto-foto tersebut dan diharapkan kepada Farisian yang terlibat, sila berikan komen tentang bila? di mana? dan cerita yang berkaitan dengan foto berkenaan.. Bantuan seperti menamakan pelajar yang terdapat dalam foto-foto itu boleh membantu cikgu yang semakin pelupa ini...!

Foto 1: Majlis Perpisahan Kelab Video & Fotografi di Restoran Syam...
Tahun? Siapa nama pelajar?
 
Foto 2: Majlis yang sama ... Siapakah pelajar di sebelah cikgu?
 
Foto 3: Cikgu sedang berucap...
Foto 4: Siapakah pelajar ini...? Cikgu lupa!

Foto 5: Cikgu bersama-sama Cikgu Yusoff (PK Hem), Cikgu Zaidi dan Allahyarham Cikgu Khairuddin..

Foto 6: Kenangan dengan Abe Din (Ketua Pembantu Makmal)


Foto 7: Siapakah ahli-ahli Kelab Foto di sebelah cikgu..?

Foto 8: Cikgu bergambar dengan Cikgu Abu Bakar, Cikgu Yusoff..
Foto 9: Cikgu bergambar sempena KOT, Cikgu Feen, Cikgu Lim dan Cikgu Mohd Noor...
Foto 10: Tahun 1995(Final Champions School Kelantan: Faris Vs SM. Hamzah: 2 - 0)
 Berdiri dari kiri Arwah Cikgu Zahidi, Dina, Fauzi, Ismardi, Che Toy, Suhaimi, Harman, Fared, Cikgu Mad dan Cikgu Azemi. Duduk dari kiri Fakaruddin, Fendi, Khairi dan Alimi.
Foto 11: Allahyarham Cikgu Zahidi Baki dan ... sila nyatakan nama-nama pemain....
 
Foto 12: Nama-nama...?
Foto 13: Foto ini dirakamkan di Stadium Sultan Azlan Shah, Perak....

KEM BAKAT HOKI...!


Setiu Agro Resort, Terengganu -2008

DALAM MEMORI...!


Pondok info di belakang tu dah terkubur...! Cikgu Pn. Hasni masih setia di Faris...

F4 (1995) bersama bekas guru (Jue Abd. Rahman) yang kini sudah berpindah...
Dari FB Leeniey Hizuddin

Monday, January 23, 2012

CIKGU FARIS PETRA (5)...!


Cikgu Ezani...

Lupakan hoki sekejap.... sekali-sekala join dengan keluarga....

Ustazah Fadhilah....

Cikgu Pn. Azalina....

Pn. Dr. Chan.....

Cikgu Pn.Hjh Zahariah....

Tn. Hj. Mohd Ghazi...

Cikgu Pn. Nor Siah dan Hjh. Paridah...

SALAM DARI UiTM...!


Nasir Taib
Faris Petra: 1976 - 1980
University of Tasmania: 1986 - Bac. in Electrical Engineering.
University of Sheffield: 1993 - Masters Sciences in Control System.
University of Manchester: 1996 - Phd in Control & Instrumentation
Kerjaya: Bertugas di UiTM sejak 1987

Friday, January 20, 2012

FARIS NAIB JUARA B18 LELAKI...!


GAGAL JUARA KERANA PUKULAN PENALTI..
Kejohanan Hoki B18 Lelaki MSSD Kota Bharu 2012 yang berlangsung 19 - 20 Januari 2012 menyaksikan keputusan-keputusan perlawanan banyak ditentukan oleh penentuan pukulan penalti. Faris Petra layak ke peringkat akhir juga terpaksa menempuhi 2 sesi penentuan pukulan penalti iaitu di peringkat suku akhir dan di separuh akhir. Di perikgkat akhir pun, sekali lagi juara ditentukan oleh penentuan pukulan penalti. Dan di peringkat akhir ini, Faris Petra terpaksa tunduk kepada Maktab Sultan Ismail dengan agregat 1 - 2.
Keputusan penuh perlawanan (melibatkan Faris Petra):-
  • Faris Petra Vs SMK Kok Lanas B: 5 - 0
  • Faris Petra Vs Maktab Sultan Ismail B: 0 - 1
  • Faris Petra Vs SMK Kota B: 6 - 0
Peringkat Suku Akhir:-
  • Faris Petra Vs SM. Putera: 1 - 0 (Penentuan penalti)
Peringkat Separuh Akhir:-
  • Faris Petra Vs SMK. Kok Lanas A: 3 - 1 (Penentuan penalti)
Peringkat Akhir:-
  • Faris Petra Vs Maktab Sultan Ismail B: 1 - 2 (Penentuan penalti)

Thursday, January 19, 2012

BAPA BOREK, ANAK RINTIK....!

INFORMASI UPNM...!

Wan Nurhidayat Wan Muhamad
Wan Nurhidayat Wan Muhamad
Assalamualaikum cikgu. saya hidayat, bekas pelajar faris - sekarang pelajar UPNM. sy hanya nak berkongsi pengumuman tentang permohonan kemasukan ke UPNM sebagai pegawai kadet. 


Permohonan adalah berdasarkan keputusan percubaan, mula dibuka sekarang sehingga 31 Jan 2012.


Untuk maklumat lanjut ada di laman Kementerian Pertahanan,


Pelajar SMSTMFP yang berminat boleh cuba apply dulu dan akan menjalani temuduga fizikal dan IQ sebelum mengisi permohonan melalui UPU selepas keputusan SPM diumukan kelak. Terima kasih cikgu.
Nota kaki : saja berkongsi dgn cikgu sbb ramai yg menjadikan cikgu sbg sumber rujukan tentang info terkini, terutama di Blog cikgu. terima kasih cikgu. 

Wednesday, January 18, 2012

MESYUARAT AGUNG ALUMNI...!


MESYUARAT AGUNG ALUMNI SMSTMFP 

Adalah dijemput semua ahli PERSATUAN ALUMNI SMSTMFP ke Mesyuarat Agung tahunan seperti berikut:

Tarikh: 28 hb Januari 2012
Masa: Bermula pukul 3:00 petang
Tempat: Kelab Negara Subang, Kuala Lumpur

Agenda:
1. Ucapan pengerusi majlis
2. Ucapan presiden 2009/2011
3. Perbentangan lapuran aktiviti oleh Setiausaha
4. Perbentangan lapuran kira-kira oleh Bendahari
5. Perbahasa Usul-usul
6. Hal-hal lain
7. Pembubaran AJK 2009/2011
8. Pemilihan AJK baru
9. Bersurai

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM