FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Tuesday, April 29, 2014

JADUAL PERTENGAHAN TAHUN 2014...!


TARIKH PENTAKSIRAN 2/PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014:-
  • TING. 1, 2 dan 3: 10/5/2014 - 14/5/2014
  • TING. 4: 4/5/2014 - 21/5/2014
  • TING. 5: 4/5/2014 - 15/5/2014

Monday, April 28, 2014

AKTIVITI MINGGU GRADUASI...!


AKTIVITI MINGGU INI (27/4 - 1/5/2014):-
  • 27 - 28/4/2014: Kajian Lapangan MYPIB oleh EPRD
  • 27/4/2014: Majlis Santapan Kurniaan D'raja
  • 28/4/2014: PISA MOCK TEST (Form 3)
  • 28/4/2014: Soal Selidik MYPIB oleh Semua Guru
  • 28/4/2014: MAJLIS GRADUASI 2014
  • 29/4/2014: National Science Challenge 2014
  • 29/4/2014: Morning Talk
  • 30/4/2014: Majlis Konsultasi Pelajar Tg. 3 dan Tg. 5
  • 01/5/2014: Cuti Hari Pekerja

Sunday, April 27, 2014

MAJLIS SANTAPAN KURNIAAN...!

MAJLIS SANTAPAN MALAM KURNIAAN KDYMM SULTAN MUHAMMAD V SEMPENA MAJLIS GRADUASI SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA 2014
  • Tarikh : 27 April 2014 (Ahad)
  • Masa : 8.00 malam
  • Tempat : Ballroom Hotel Renaissance, Kota Bharu.
  • Pakaian : Batik Lengan panjang (Lelaki) ; Tertib (Wanita)
Sumber: 
PSKN/PRO/15/03 JLD.2 (13)
17 April 2014
PEJABAT SULTAN KELANTAN,
ISTANA BALAI BESAR,
15500 KOTA BHARU.
Faks : 09-7444333

Saturday, April 26, 2014

TUNTUT WANG IHSAN SPM 2013...!

Majlis Penyampaian Wang Ihsan Pelajar Cemerlang SPM 2013 telah diadakan pada 24 April 2014, jam 2.00 petang di Dewan Mahadzir Hashim, SMS. Tengku Muhammad Faris Petra. Seramai 34 orang calon SPM 2013 sekolah kita yang masih belum menuntut wang ihsan (Sijil Simpanan Premium) tersebut disebabkan pelbagai kekangan. Mereka ini boleh berbuat demikian dengan berjumpa sendiri dengan En. Anuar, Kaunselor Sekolah pada waktu pejabat.
Harap maklum.

Thursday, April 24, 2014

PROGRAM HARI INI...!


PROGRAM KHAMIS 24/4/2014:
  • RAPTAI GRADUASI : 9.00 PAGI
  • PENYAMPAIAN WANG IHSAN SPM 2013 : 2.00 PETANG
  • GOTONG-ROYONG PEKERJA, MPKB, JPAM & BOMBA: 8.30 PAGI

Wednesday, April 23, 2014

PELANCARAN WORKSHOP IB...!


PERASMIAN BENGKEL IB (IB LAUNCHING WORKSHOP)
  • TARIKH: 3 MEI 2014 (SABTU)
  • MASA: 8.00 PAGI - 5.00 PETANG
  • TEMPAT: SULTAN MUHAMMAD V
  • PESERTA:-
  1. GURU (8.00 PAGI - 2.00 PETANG)
  2. IBU BAPA (2.00 - 5.00 PETANG)

RAGBI SBP 10's DI STAR...!


ragbi sbp10 photo utkweb_zpsa5d7c167.jpg
Kejohanan Ragbi 10's SBP Kebangsaan 2014 akan berlangsung di STAR, Ipoh pada 23 - 27 April 2014. Faris Petra juga akan mempertaruhkan nasib dalam kejohanan pada edisi kali ini.

Tuesday, April 22, 2014

AFTERNOON TALK 22/4...!

AFTERNOON TALK:-
  • TARIKH: 22 APRIL 2014
  • MASA: 2.15 - 3.15 PETANG
  • TEMPAT: BILIK GERAKAN

WANG IHSAN PELAJAR SPM 2013...!

UNDANGAN
KE MAJLIS PENYAMPAIAN WANG IHSAN PELAJAR CEMERLANG SPM 2013
SEKOLAH-SEKOLAH PARLIMEN PENGKALAN CHEPA 2014
  • TARIKH: 24 APRIL 2014 (KHAMIS)
  • MASA: 2.00 PETANG
  • TEMPAT: DEWAN MAHADZIR HASHIM, SMS. TENGKU MUHD FARIS PETRA
  • SASARAN: PELAJAR YANG MEMPEROLEH 6A KE ATAS (SPM 2013)
  • PAKAIAN: KEMAS DAN SOPAN
  • CATATAN: SILA HEBAHKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAYAK
  • RUJUKAN: CIKGU ANUAR, KAUNSELOR PELAJAR (013-9994828)


PERFECT SCORE APRIL...!

PERFECT SCORE F3 APRIL
TING/HARI
3A
3B
3D
3G
3L
20/4/2014
AHAD
BENGKEL PERFECT SCORE
BAHASA MELAYU
21/4/2014
ISNIN
BENGKEL PERFECT SCORE
SAINS
22/4/2014
SELASA
BENGKEL PERFECT SCORE
BAHASA INGGERIS
27/4/2014
AHAD
BENGKEL PERFECT SCORE
MATEMATIK
28/4/2014
ISNIN
MAJLIS GRADUASI 2014
29/4/2014
SELASA
PI
Mohd Sabri
PI
Fadhilah
PI
Hayani
GEO
Arif Pazilah
GEO
Wan Faizah

Monday, April 21, 2014

PENGUMUMAN PENTING GRADUASI...!


PERINGATAN PENTING
Perhatian kepada mana-mana pelajar calon SPM 2013 yang TIDAK dapat hadir untuk Majlis Santapan Malam atau Majlis Graduasi, sila hubungi dan maklumkan kepada Cikgu Puan Wan Sakinah (013-9375373) SEBELUM 24 April 2014.

HARI BAHAGIA IKHWAN...!


Selamat pengantin baharu Ikhwan Ariff, Farisian 2003 - 2007 (bekas pemain hoki Faris Petra)  dan pasangan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Walaupun cikgu tidak berkesempatan untuk menghadiri undangan kalian, namun cikgu tetap mendoakan kebahagiaan anda semua.
Semoga sentiasa 'songeh' selalu.

Sunday, April 20, 2014

ALUMNI HOKI KONGSI SEMANGAT...!

Ketika Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan di Stadium Hoki Bukit Jalil (16 - 20 April 2014), cikgu berasa amat bertuah sekali kerana dikunjungi oleh bekas-bekas pemain hoki Faris Petra (FPHC) dari pelbagai generasi. Bukan sahaja kesempatan itu digunakan untuk mengeratkan silaturahim, malah juga dapat memberikan dorongan dan semangat kepada adik-adik yang masih menuntut di Faris Petra.


PENTING DAN SEGERA...!


MAKLUMAN PENTING
Raptai Majlis Graduasi dan taklimat Majlis Santapan Malam Kurniaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V akan diadakan sepertimana berikut:-
  • Tarikh: 24 April 2014
  • Hari: Khamis
  • Masa: 9.00 pagi
  • Tempat: Dewan Sultan Muhammad V
  • Kehadiran: Wajib
  • Pakaian: Sopan dan kemas
  • Pelajar lelaki mesti berambut pendek dan kemas.

Wednesday, April 16, 2014

KISAS, FARIS DATANG...!


KEJOHANAN HOKI SBP KEBANGSAAN 2014
Pagi ini kontinjen hoki Faris Petra yang mewakili kategori lelaki dan perempuan SBP Zon Timur bertolak ke KISAS bagi menyertai kejohanan di peringkat kebangsaan. Kontinjen yang terdiri daripada 36 orang pemain serta 4 orang guru akan berkampung di KISAS bermula pada 16 - 20 April 2014. Semua perlawanan akan berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil.

Tuesday, April 15, 2014

PROGRAM SBP BULAN APRIL/MEI 2014...!

PROGRAM SBP BAGI BULAN APRIL & MEI 2014

BIL
PROGRAM
TARIKH
TUAN RUMAH
1
KEJOHANAN KRIKET KEBANGSAAN
09 – 13/4/2014
SMS BANTING, SELANGOR.
2
KEJOHANAN BOLA JARING KEBANGSAAN
09 – 13/4/2014
SEKOLAH SERI PUTERI.
3
KEJOHANAN HOKI KEBANGSAAN
16 – 20/4/2014
KISAS, SELANGOR.
4
M’sia International Young Inventor Olympiad
17 – 20/4/2014
SMSTSSS, P. PINANG
5
KEJOHANAN RAGBI KEBANGSAAN
23 – 27/4/2014
STAR, IPOH.
6
KEJOHANAN MEMANAH KEBANGSAAN
23 – 27/4/2014
SMS TELUK INTAN, PERAK.
7
Perkhemahan KRS Kebangsaan
23 – 27/4/2014
SMS TAPAH, PERAK.
8
Pertandingan Muzik Gamelan/Caklempong
02 – 04/5/2014
SEMSAS, PAHANG.
9
Nadwah Kepimpinan Islam Kebangsaan
02 – 04/5/2014
SBI GOPENG, PERAK.
10
HARI KECEMERLANGAN SBP KE-41
22 – 27/5/2014
SESMA, TERENGGANU

PROGRAM 15/4/2014...!

Morning Talk
  • Jam : 7.40 - 8.20
  • Tempat: Bilik Gerakan
Mesyuarat Santapan Malam & Majlis Graduasi 2014 bersama Pengurusan Istana
  • Jam : 10.00 pagi
  • Tempat: Bilik Gerakan
Lawatan Pasukan Sokongan IB dari BPK

Monday, April 14, 2014

JUARA MSSD KOTA BHARU 2014...!

Rentak kemenangan diteruskan oleh pasukan hoki bawah 18 tahun perempuan. Pagi ini telah menyaksikan Faris Petra perempuan muncul sekali lagi sebagai juara Kejohanan Hoki MSSD Kota Bharu setelah menumpaskan SM. Zainab 1 di pentas final dengan jaringan 2 - 1. Sejak bermulanya kejohanan peringkat zon hingga ke peringkat cawangan, Faris Petra masih mengekalkan rentak kemenangannya. Di bawah disenaraikan perlawanan yang melibatkan pasukan hoki 18 tahun perempuan:-
  • Faris vs SMK. Kubang Kerian 3: 3 - 0
  • Faris vs SMK. Dato' Ahmad Maher: 9 - 0
  • Faris vs KB3(SMK. Kok Lanas & SMK Ketereh) : 13 - 0
  • Faris vs KB1(SMK Badang) : 9 - 0
  • Faris vs KB2(SM. Zainab 1) : 1 - 0
  • Faris vs KB1(SMK. Kedai Buloh) - semi final: 7 - 0
  • Faris vs KB2(SM. Zainab 1) - final: 2 - 1

Sunday, April 13, 2014

UPNM SERANG FARIS...!


Farisian yang sedang menuntut di UPNM pagi tadi sempat berkunjung dan beramah mesra dengan bekas guru mereka di SMS. Tengku Muhammad Faris Petra. Walaupun cikgu tidak berkesempatan bertemu mereka kerana tugas 'berjemur panas' di padang hoki austrotuf Pasir Mas, namun ucapan tahniah tetap dihulurkan.

DAPAT BABY LAGI...!


Cikgu Fadzil pada petang ini tak silap cikgu lebih kurang jam 2.50 petang, telah memperoleh anak ketiga, katanya 'baby' lelaki. Sebagai pengurus pasukan hoki yang hebat, cikgu amat berasa ketiadaannya apabila terpaksa mengharungi kejohanan hoki MSSD Kota Bharu dan seterusnya Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan di KISAS akan datang bersendirian kerana beliau bercuti dan tumpuan masa untuk keluarga. Walau apa pun tahniah dan semoga berbahagia selalu.

Thursday, April 10, 2014

SURYATI PULANG KE RAHMATULLAH...!

Tinggal kenangan...
Salam buat semua....ini mesej daripada suami Suryati binti Omar pagi tadi...
Assalamualaikum wrb. Untuk makluman semua, Suryati bt Omar telah kembali ke Rahmatullah pada jam 08:39 pagi ini. Jenazahnya akan dikebumikan di kampung halamannya iaitu di Kg. Pohon Tanjung Pasir Mas, selepas waktu Asar. Mohon halalkan segala makan minum Allahyarhamah semasa hayatnya dan jika ada soal hutang yang masih tidak dapat diselesaikan, mohon maklum kepada suaminya. Al Fatihah.

LADAP BIL.4/2014...!


Ladap bil 2/2013...
LADAP BIL.4/2014
  • TARIKH: 10 -12 APRIL 2014
  • TEMPAT: TH HOTEL, KELANA JAYA, KUALA LUMPUR.
  • PESERTA: 56 ORANG GURU
  • PENGANGKUTAN: 2 BUAH BAS
  • WAKTU BERTOLAK: 1.30 PETANG (KHAMIS: 10/4/2014)
PENCERAMAH:
  • TN. HJ. KHOLIL BIN MOHAMAD (KPP Sektor Pengurusan Akademik SBPSK)
  • PN. HJH NORMAH BINTI ISMAIL (Ketua Sektor Kepimpinan Pendidikan JNJK)
  • EN. WAN HAMZAH BIN WAN DAUD (Fellow Kanan KPM)
  • EN. AHMAD BIN TAJAB (Penolong Kanan Pentadbiran, SMSTMFP)

Wednesday, April 9, 2014

TEMA HARI GURU 2014...!


Tema sambutan Hari Guru kali ke-43 tahun 2014 ini adalah seperti di bawah:-

"GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI."

Tuesday, April 8, 2014

PERFECT SCORE SIRI 2/2014...!

BENGKEL “PERFECT SCORE SUBJEK ELEKTIF” SIRI 2/2014
DAN
PROGRAM PELAN 3 KAKI BPSBPSK (melibatkan 3 buah sekolah)
1.       SMS TENGKU  MUHAMMAD FARIS PETRA (MENTOR)
2.       SMS PASIR PUTEH (MANTEE – KIMIA)
3.       SMK DATO’ AHMAD MAHER (MANTEE – MAT. TAMBAHAN)
TEMPAT:
DEWAN SULTAN MUHAMMAD V (SMSTMFP)
TARIKH/MASA
09.00 – 11.00 PAGI
11.00 – 01.30 PTG
09.00 – 11.00 MLM
17/4/2014
KHAMIS
-
-
FIZIK
18/4/2014
JUMAAT
BIOLOGI
-
BIOLOGI
19/4/2014
SABTU
MAT. TAMBAHAN(K1)
KIMIA(K1)

KIMIA(K2)
MAT. TAMBAHAN(K2)


FARISIAN KOMA DI HOSPITAL TERENGGANU...!


Salam buat semua...
Harap semua warga Farisian yang membaca blog cikgu ini dapat mendoakan keselamatan buat Suryati Omar, batch 1992-1996. Beliau sedang koma, uri pecah dan 'heavy bleeding.' Pregnant 6 bulan,...baby meninggal. Sekarang dirawat  di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Terengganu. Beliau sudah 3 hari koma. Suami kepada Suryati ialah Farisian batch 1987 - 1991 iaitu Cikgu Alias.


Sebahagian rakan yang sempat melawat beliau di Hospital...


Monday, April 7, 2014

AKTIVITI MINGGU 6 - 10 APRIL 2014...!

TARIKH
MASA
PERKARA
GURU BERTUGAS
AHAD
6 APRIL 2014
7.30 AM
3.00 PM
PERHIMPUNAN APRESIASI PMR
KELAS TUTORIAL SPM/PT3


HJ. SHARIFUDDIN
EN. MUHAMMAD
HJ. MOHD RODI
PN. MARIAH
PN. WAN SITI AMINAH
ISNIN
7 APRIL 2014
8.30 AM
3.00 PM
MESYUARAT PENGURUSAN
KELAS TUTORIAL SPM/PT3
SELASA
8 APRIL 2014

1.20 PM

MESYUARAT GRADUASI
RABU
9 APRIL 2014
7.30 AM
HARAGAM
AKTIVITI BADAN UNIFORM
KHAMIS
10 APRIL 2014

8.30 PM
BALIK BERMALAM
LADAP 2 (GURU)

Sunday, April 6, 2014

APRESIASI PMR 2013...!

MAJLIS APRESIASI PMR 2013
  • TARIKH: 6 APRIL 2014
  • MASA: 7.30 PAGI
  • TEMPAT: DEWAN SULTAN MUHAMMAD V
Apresiasi PMR 2013
Penghargaan:
Terima kasih diucapkan kepada semua guru kerana telah membimbing kami sehingga telah berjaya menggapai kejayaan gemilang dalam PMR 2013. Semoga kejayaan akan terus ditempa melalui SPM 2015. Insya-Allah.

Terima kasih.

Friday, April 4, 2014

MESYUARAT GRADUASI...!


MESYUARAT JK INDUK SANTAPAN & GRADUASI 2014
  • TARIKH: 6 APRIL 2014 (AHAD)
  • MASA: 2.15 PETANG
  • TEMPAT: BILIK GERAKAN
AGENDA MESYUARAT:-
  1. Ucapan Pengerusi
  2. Laporan JK Induk Program
  3. Hal-hal lain
Harap maklum.

AWAS JENAYAH SIBER...!

Thursday, April 3, 2014

MINGGU SIBUK DAN PANAS...!


MINGGU SIBUK
Minggu pertama selepas bercuti seminggu merupakan tempoh yang paling sibuk dan menyibukkan! Di samping kesibukan menyiapkan kerja-kerja penandaan kertas peperiksaan penggal pertama pelajar, warga Farisian terkejar ke hulu ke hilir melaksanakan tugas yang tak pernah selesai. Kebetulan pula, minggu ini juga merupakan giliran cikgu sebagai ketua guru bertugas mingguan, 'duty' tambahan, 'menghalau' pelajar dari kawasan masjid selepas pukul 2.45 petang.
Antara tugasan rasmi yang terpaksa ditempuh guru-guru Faris minggu ini ialah:-
  • Taklimat Kajian Timms (Khamis: 3/4/2014 - Jam 10.05 pagi)
  • Perjumpaan Pengetua bersama dengan Guru Pengawas, Guru PRS, Guru BPI dan warden (Rabu: 2/4/2014 - Jam 2.15 petang)
  • Perjumpaan YDP PIBG dengan semua Ketua Panitia (Khamis: 3/4/2014 - Jam 2.00 petang)
  • Mesyuarat Guru II dan Dialog Prestasi SPM (Selasa: 1/4/2014 - Jam 1.20 petang)
  • Semua guru diminta memasukkan markah ke dalam ISIS dan SAPS sebelum 4/4/2014.

Wednesday, April 2, 2014

MOHON SIJIL LCCI SPM 2013...!


PENGUMUMAN PENTING
  • Calon-calon SPM 2013 yang menduduki kertas Prinsip Akaun dikehendaki membuat permohonan Sijil LCCI dengan mengisi borang yang diperoleh daripada portal www.lcciasia.com
  • Calon-calon berkenaan dikehendaki menyerahkan borang yang telah siap diisi kepada S/U Peperiksaan, Cikgu Radzuan pada atau sebelum 15 April 2014 untuk tujuan permohonan secara berkelompok.
  • Calon-calon berkenaan juga dikehendaki membawa bersama:-
  1. Salinan slip keputusan SPM 2013
  2. Salinan I/C
  3. Wang pos RM25

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM