FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Wednesday, February 25, 2015

PENDAFTARAN F1/F4 2015...!

SELAMAT DATANG..!
25 Februari 2015 merupakan hari pendaftaran bagi pelajar-pelajar baharu tingkatan 1 ambilan kedua dan pelajar-pelajar tingkatan 4 baharu. Majlis pendaftaran ini bermula jam 8:30 pagi. Dijangka seramai 76 orang pelajar akan mendaftarkan diri pagi ini.

Wednesday, February 18, 2015

KELAS ABAD KE-21...!

FUTURE CLASS ROOM






Faris Petra kini dalam proses memperlengkapkan diri sebagai salah sebuah sekolah yang mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran moden dan berkonsepkan 'Kelas Masa Depan'. Melalui pelaksanaan Program MYPIB dan SGE, diharapkan usaha-usaha ke arah itu berjalan lancar.

Tuesday, February 17, 2015

Monday, February 16, 2015

RAGBI JUARA KOTA BHARU...!


Pasukan ragbi bawah 18 tahun Faris Petra muncul  juara Perlawanan Ragbi MSSD Kota Bharu edisi 2015. Keputusan perlawanan yang melibatkan Faris Petra:-
  • Faris Petra vs SM Kota Bharu: 49 - 0
  • Faris Petra vs KVPC: 39 - 0
  • Faris Petra vs SM Pengkalan Chepa: 35 - 0
  • Faris Petra vs Maktab Sultan Ismail: 31 - 0 (Separuh Akhir)
  • Faris Petra vs MRSMPC: 10 - 0 (Akhir)

Sunday, February 8, 2015

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH 2015...

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan Pelajar 2015 telah disempurnakan oleh wakil  Yang Dihormati Ketua Polis Negeri Kelantan iaitu Dato' Rosli bin Abd. Rahman, Timbalan Ketua Polis Negeri Kelantan di Dewan Sultan Muhammad V jam 7.40 pagi. 
















Thursday, February 5, 2015

PROGRAM TERDEKAT...!


  • Merentas Desa Peringkat MSSD Kota Bharu - 7 Februari 2015
  • Majlis Penyampaian Watikah Kepimpinan Pelajar - 8 Februari 2015
  • Mesyuarat JK Graduasi 2015 - 8 Februari 2015

Tuesday, February 3, 2015

MAKLUMAN SEGERA...!

  • Bersempena dengan Lawatan Kerja Pengarah BPK pada pukul 11.00 pagi ini, semua Penolong Kanan, Guru Kanan, Assist. IB dan SU IB diminta ke Bilik Gerakan. Semua guru lain diminta bersedia untuk pemantauan PdP di kelas masing-masing. 
  • Semua Pengurus Program Modal Insan SGE diminta menghantar laporan berserta gambar aktiviti kepada Penolong Kanan Pentadbiran di alamat: ahmad@smstmfp-edu.my dengan segera.

Sunday, February 1, 2015

HUSSIEN JUARA MERENTAS DESA...!

Kejohanan Merentas Desa ke-5 telah berlangsung dengan jayanya pada 1 Februari 2015. Kejohanan yang mempertandingkan tiga kategori itu telah dimenangi oleh rumah Hussien. Keputusan keselurunan ialah:-
  1. HUSSIEN
  2. RAZAK
  3. RAHMAN
  4. MAHATHIR

PENGETUA BAHARU FARIS...!

Agak lewat cikgu nak mengumumkan bahawa warga Faris Petra telah mendapat bos baharu, En. Mohd Razuki bin Sulaiman menggantikan Tn. Haji Shafie Awang. Pelantikan En. Razuki sebagai Pengetua baharu SMS. Tengku Muhammad Faris Petra, boleh diibaratkan sebagai belut pulang ke lumpur, sirih pulang ke gagang dan ikan pulang ke lubuk. En. Razuki yang pernah bertugas di bumi Faris Petra sedikit masa dahulu pernah menjawab jawatan pengetua di beberapa buah sekolah, dan yang terakhirnya ialah Maktab Sultan Ismail Kota Bharu.
Semoga kedatangan beliau ke bumi Faris ini akan kembali meletakkan SMS. Tengku Muhammad Faris Petra sebagai salah sebuah SBP elit yang disegani dan cemerlang dalam segala lapangan.

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM