FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Wednesday, August 31, 2011

SIMPANAN DARAH TALI PUSAT...!

M Zahir M Ariffin
Cikgu Azemi, Salam Aidilfitri. izinkan promo Biz sikit cikgu: Cikgu berminat nak tau / buat Simpanan Stemsel Darah Tali Pusat Untuk Perlindungan Anak Anda Dalam Rawatan Penyakit Pada Masa Depan? bolehlah berikan saya nama, no telefon, jangkaan tarikh bersalin, nama doktor dan hospital, insyaAllah nanti akan menerima Brosur/Maklumat percuma daripada Penyedia Perkhidmatan Simpanan Stemsel ini. Saya dah buat simpan stemsel utk anak saya! anda bagaimana? Masa saya buat, saya dapat diskaun kpd RM 1350 shj + RM 250 tahunan selama 21 tahun. Harga biasa RM 2 000. Jika berminat, boleh berikan saya maklumat seperti di atas. Terima kasih. Zahir Facebook M Zahir M Ariffin

...Cikgu berminat juga, tapi apa boleh buat.... dah tutup kilang!!!! Sesiapa Farisian yang berminat sila hubungi M. Zahir....

SALAM DARI NAGAOKA...!




Mohamad Afif Che Roselam
Faris Petra: 2000 - 2004
Maiziru National College of Technology: 2007
Nagaoka University of Technology: 2010

LAGI KAD RAYA...!

Abdul Azim
selamat hari raya dan selamat myambut hari kmerdekaan...syawal diraikan,kemerdekaan dihayati..  - Abdul Azim
.
selamat hari raye cikgu, maaf zahir & batin =) - Sede Rusydan
 selamat hari raya cikgu..formula cikgu saya guna dlm nota sy smpi ari nih.. - Mohd Afif Che  Roselam - Nagaoka University.

Tuesday, August 30, 2011

KAD RAYA DARI TASMANIA...!


Norlaila Mohamad Sukri kesunyian di Tasmania .... Selamat Hari Raya....

BUDAK FARIS CEDERA KERANA MERCUN...?

"Selamat Hari Lebaran"
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.....!!!
Waduh, kenyang sungguh perut ini, kalah juga tekad mahu control nafsu makan. Dek juadah enak berlemak, ... satu, dua, tiga..... sepuluh kali habuan ditelan, perlahan-lahan. Auugg...! Kenyang.

Cikgu mahu cerita tentang malam pertama sambutan Hari Raya Aidilfitri, fuyoo... macam suasana perang di Timur Tengah. Bunyi letupan mercun balas-membalas membingit kedinginan malam. Mereka berlawan meletupkan mercun.... Yang masih anak-anak tu, riuh dengan bunga apinya. Yang lebih besar sedikit, mereka bermain pelbagai jenis mercun (yang pastinya diharamkan), yang bapak budak pun ikut sama. ... Berapalah duit terbakar malam tu???
Kejadian tak diingini seperti kanak-kanak yang tercedera akibat mercun.... tak ada pula.
Cuba lihat jika malang mendatang ketika bermain mercun....


Mintak tak adalah Farisian yang tak boleh menulis kerana kehilangan jari..!!!!

Sunday, August 28, 2011

SALAM HARI RAYA...!

Sy Ajih
slamat hari raya jgop cikgu..harap di ampun salah dan silap..
Azlin Ad
 Selamat hari raya cikgu....daripada maizatu azlin dan suami muhamad adrina ex farisian 91-95
Selamat Hari Raya Cikgu.....Gelaran Cikgu utk saya 'Budak suka senyum'...Farisian 1992-1996... :]

slmt hr ry cikgu....moga farisians sukses sokmo...dan halalkan sgala ilmu cikgu pd sy ek...maaf zahir n batin...


sya pun sama gak ckgu..selamat hari raya...maaf zahir & batin.. dari hujung tudung sampai hujung seliper.
Mazuki Abdullah.
Eid Mubarak Cikgu, besar jasa dan pengorbanan Cikgu dan sewajarnya ungkapan kemaafan lahir dari anak didik semua. Maaf Zahir & Batin

HaLi LaYa Mau Mali,
Baju LaYa SaTu LoLi,
KuIh LaYa SaTu PeTi,
SaTu TaWun Satu KaLi,
Duit Laya MiKin JoLi

Mohammad Faizal,
 Slmt Hari Raya aidilfitri jgk buat cikgu. Harap diampunkan salah silap saya,halalkan makan minum. Semoga cikgu sukses dunia & akhirat.amin - Mohamad Faisal.
.Hanif Alif..
sama laa saya cikgu...mitok maaf byk2 cikgu...saya sayang cikgu jgk...tp gak malu nk oyak...he3 - Hanif Alif

selamat hari raya, cikgu..(: - Siti Umairah
Afini Mohamed
Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin juga utk Cikgu sekeluarga.. Terima Kasih Cikgu :) - Afini Mohamed

Selamat Hari Raya Aidilfitri cikgu..stiap kata2 ada mksd trsndiri walaupun sekadar sindiran..jasamu akan kukenang smpai bila2..=) - Azihan
Norlaila Mohamad Sukri
 Selamat Hari Raya jugop cikgu. maaf zahir dan batin. : Norlaila
Mia Mohammad
 selamat hari raya juga cikgu....maaf zahir dan batin....:) - Mia Mohamad

SELAMAT HARI RAYA CIKGU !!! - Al-Hakim

 Maaf dihulur juga cikgu.. - Sahrin Mamat

 sama2 lah kita bermaaf-maafan!! - Nik Muzammer
Enah Muhamad
slamat hari raya cikgu.. maaf zahir n batin.. halalkn smua ilmu.. trima kasih utk sgalanya.. Nursyakinah
Fae Hanafi
salam lebaran buat cikgu Mohamad Azemi Zawawitersayang...ampun dan maaf dipinta dr ujung rmbut sampai ujung kaki ats sgala khilaf yg dilakukan.....salam akhir ramadhan~ - Fae hanafi
Nur Nabilah Che Hussin
selamat hari raya cikgu...maaf zahir dan batin...- Nur Nabilah

 slmt hari rya cikguuu - Azuha Ruhaimi  

SELAMAT HARI RAYA...!

Mohamad Azemi Zawawi
Selamat hari raya kepada semua terutama bekas pelajar dan pelajar (Farisian) sekalian. Pada hari yang berkat ini cikgu mengambil kesempatan untuk memohon maaf zahir dan batin jika sewaktu bersama-sama dulu, tercetus salah dan silap: terpukul, terkutuk, tersindir, terkasar bahasa, terambil barang, termakan terminum, tersalah kata dan sebagainya. Ampunkan cikgu.... cikgu manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.... Cikgu sayang semua....!!! SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..

Saturday, August 27, 2011

DENDANG PERANTAU...!


Selamat hari Lebaran, Maaf zahir dan batin, anak didik dan rakan, semoga kita dirahmati Tuhan.... amin.

Mohamad Azemi Zawawi telah menghantar Lagu Raya kepada 50 rakan.
Pilihan MP3 Lagu Raya:
- Nama Lagu: Dendang Perantau
- Nama Artis: P Ramlee



Cikgu tujukan lagu buat Farisian melalui FB

Thursday, August 25, 2011

LENSA IHYA RAMADAN 2011...!

 
 
 
 
 
 
 
 


DUIT RAYA...!


Majlis Penyampaian Wang Zakat
Seramai 315 orang pelajar Faris Petra menerima wang zakat di Majlis Penyampaian Wang Zakat yang berlangsung di Dewan Gemilang pada jam 8.20 pagi tadi. Daripada 315 orang pelajar itu, 34 orangnya terdiri daripada anak yatim. Setiap penerima menerima wang zakat sebanyak RM40.00 seorang manakala anak-anak yatim pula sebanyak RM50.00 seorang. Majlis penyampaian itu telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Shaffie bin Awang.

Wednesday, August 24, 2011

LAGI BUDAK HOKI KE OVERSEAS...!


Azam Fikri bin Taifor
Faris Petra: 2004 - 2008
INTEC: 2011
Rochester Institute of Technology (RIT) New York: : Ogos 2011

Seorang lagi anak buah cikgu di padang hoki menyeberangi lautan luas ke New York untuk menyambung pelajaran dalam bidang Bioteknologi.
* Tahniah Azam - hebat di padang, hebat di persada antarabangsa...!!!!

KEM WACANA AKADEMIK PMR

Program Kem Wacana Akademik PMR 2011 merupakan program di bawah SBT akan diadakan pada minggu ke-2 bulan September nanti. Semua pelajar tingkatan 3 Faris Petra akan terlibat. Butiran lengkap program adalah seperti berikut:-

  • Nama Program : Kem Wacana Akademik PMR 2011
  • Peserta             : 144 orang pelajar Tingkatan 3
  • Tarikh               : 12 - 14 September 2011
  • Tempat             : Aura Training Centre, Kandis, Bachok, Kelantan. 

Tuesday, August 23, 2011

IHYA RAMADAN DENGAN TKPPM...!

Bermula jam 5.45 petang (22 Ogos 2011) maka berlangsungnya majlis penting buat semua warga Farisian iaitu Majlis Ihya Ramadan bersama-sama Y. Bhg. Tuan Haji Sufa'at bin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pembangunan Profesional Keguruan). Majlis yang dimulakan dengan bacaan selawat oleh pelajar-pelajar, kemudiannya ucapan alu-aluan olehTuan Pengetua sebelum VIP menyampaikan amanat Kementerian Pelajaran melalui ucapan penting beliau.

Acara di Dewan Gemilang selesai pada pukul 7.10 petang diikuti dengan Majlis Berbuka Puasa bersama-sama VIP, Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, wakil PIBG, wakil Alumni, guru-guru serta pelajar-pelajar di dewan makan.

Tuan Haji Syufa'at berserta dif jemputan bersolat Mahgrib dan Terawih di masjid SEMESTA bersama-sama warga Farisian sekalian.


Ucapan aluan daripada Tn. Hj. Shaffie....

TKPPM sedang menyampaikan amanat...!

Bersalaman dengan Farisian di masjid...

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM