FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Saturday, June 29, 2013

FARIS JUARA KATEGORI PEREMPUAN...!


Kejohanan Balapan dan Padang SBP Zon Timur 2013....SMSTMFP muncul juara kategori perempuan dan Norhazwani Amran dianugerahkan sebagai Olahragawati Kejohanan.
Muhammad Daud.

Thursday, June 27, 2013

KONTINJEN OLAHRAGA 2013...!


Kontinjen SMSTMFP ke Kejohanan Balapan dan Padang SBP Zon Timur 2013 yang akan diadakan di Kuala Terengganu (27-29 Jun 2013) - SESTER sebagai tuan rumah.
Semoga dapat menuai pingat yang banyak....

MAJLIS TAHLIL BTS 2013...!

Azman Mohd Yusoff
Azman Mohd Yusoff
Assalamualaikum kepada adik kakok semo semoga dapat meluangkan masa di majlis tahlil untuk rakan dan guru yang telah pergi.....Majlis tahlil akan diketuai olih Alfadhil Aziz Musa 7377 di Masjid Semesta bermula pukul 7.00 petang 28 Jun 2013,....Insya-Allah... kita beramai-ramai mengimarahkan masjid Semesta.

Cikgu Azemi,
Tukang khabar..

WAWANCARA ON AIR BTS 2013...!


Wawancara Karnival Kembali Ke Sekolah BTS 2013, Alumni Faris Petra, Dato' Kaisan bersama Pok Chik MazmihanZarina Ayob Mohamed, dan DJ Aisyah di Konti Kelantan FM pada 25 Jun 2013.

Monday, June 24, 2013

ATUR CARA BTS 2013...!

WAKAF 9094...!

Pembinaan wakaf sumbangan alumni batch 9094 bermula 23 Jun 2013. Wakaf yang anggaran bernilai lebih RM7 ribu ini dibina di kawasan berhampiran tempat letak kereta guru. Dengan adanya wakaf ini diharapkan dapat memberikan kemudahan kepada warga sekolah serta ibu bapa pelajar terutamanya ketika waktu lawatan pada setiap hari Jumaat. Terima kasih.


Kepada alumni yang ingin menyumbang sesuatu untuk kegunaan dan kebajikan warga Farisian, sila berhubung dengan  pihak sekolah. Sumbangan anda amat dihargai.

BTS 2013 ON AIR...!

Dato DrKaisan Rahman
Dato' Dr. Kaisan

Jom Dengar BTS 2013 ON AIR 

Wawancara BTS 2013 akan ke udara secara langsung di KELANTAN FM pada 26/6, jam 12.30 -1.00 pm, slot Gala Kelantan FM tengah hari. JOM MARI DENGAR BERAMAI-RAMAI.

Sunday, June 23, 2013

IBO DI CAMERON HIGHLANDS...!

Pada 20 - 22 Jun 2013, para guru Faris Petra telah menghadiri kursus LADAP V di Hotel Rosa Passadena, Brincang, Cameron Highlands. Antara pengisian kursus kali ini termasuklah Kursus International Baccalaureate yang dikendalikan oleh Mr. Darren dan Ms. Kristine dari IBO. Tahniah kepada guru-guru kerana Faris Petra telah diumumkan sebagai sekolah program IBO terbaik dari segi kehadiran dan penyertaan.









Friday, June 21, 2013

ALUMNI MENDAPAT PINGAT...!

Photo: Bersama alumni Faris Petra, Proff Dato Dr Zainal Ariff (7377), Dr Khalid Ibrahim (7377) dan Dato Sri Zukri Samat (7576) di majlis santapan malam bersama Tuanku Sultan Muhammad V di Dewan SUK, Kota Baru pada 10/11/12. Tahniah kpd Proff. Dr Zainal atas anugerah DPSK yg membawa gelaran Dato, Dato Sri Zukri atas anugerah DJMK yg membawa gelaran Dato. Juga tahniah kpd Dr Khalid (Pengarah Hospital Besar Sg Buloh) atas anugerah PSK
Alumni Faris Petra, Prof. Dato Dr Zainal Ariff (7377), Dr. Khalid Ibrahim (7377) dan Dato Sri Zukri Samat (7576) di Majlis Santapan Malam bersama Tuanku Sultan Muhammad V di Dewan SUK, Kota Bharu pada 10 November 2012. Tahniah kepada Prof. Dr Zainal atas anugerah DPSK yang membawa gelaran Dato, Dato Sri Zukri atas anugerah DJMK yang membawa gelaran Dato. Juga tahniah kepada Dr Khalid (Pengarah Hospital Besar Sg. Buloh) atas anugerah bintang PSK.

Tuesday, June 18, 2013

AKTIVITI FARIS 18 JUN 2013...!


PROGRAM FARIS 18 JUN 2013:-
  • 07.40 : Morning Talk
  • 09.00 : Tuan Rumah Pertandingan Forum Remaja PPD Kota Bharu
  • 02.30 : Kursus International Baccalaureate
  • 04.45 : Latihan Rumah KOT

Sunday, June 16, 2013

FARIS DAPAT BAI'AH KALI KETIGA...!

Satu khabar gembira kepada warga Farisian hari ini kerana buat tiga tahun berturut-turut SMS. Tengku Muhammad Faris Petra telah dianugerahkan hadiah 'Bai'ah' oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Enam buah sekolah di Kelantan turut sama menerima anugerah tersebut. Di bawah disenaraikan enam buah sekolah di Kelantan yang menerima anugerah 'Bai'ah pada tahun ini, iaitu:-
  • SMS. Tengku Muhammad Faris Petra
  • SMS. Machang
  • SMS. Pasir Puteh
  • SMKA. Naim Lilbanat
  • SMK. Rantau Panjang
  • SMK. Batu Melintang 

EVENT FARIS MINGGU INI...!


EVENT FARIS MINGGU INI 16 JUN 2013:-
  • 16 JUN 2013
  1. Kemasukan markah peperiksaan setengah tahun ke HC.
  2. Lawatan Benchmarking oleh STAR Ipoh.
  3. Lawatan IBO.
  4. Latihan Rumah KOT
  • 19 JUN 2013
  1. Tarikh akhir kemasukan markah setengah tahun ke Isis
  • 20 JUN 2013
  1. Pelajar balik bermalam
  2. Guru menyertai LADAP II di Cameron Highlands

BACK TO SCHOOL 2013...!


BACK TO SCHOOL 2013
Setelah menciptakan kejayaan gemilang dalam penganjuran Back To School 2012, sekali lagi Alumni SMS. Tengku Muhammad Faris Petra akan menganjurkan program 'Kembali Berbakti' itu pada 28 - 29 Jun 2013. Antara pengisian program itu pada kali ini ialah:-
  • Senamrobik
  • Majlis Tahlil
  • Career Talk
  • Explorace
  • Sukan Rakyat
  • Big Screen Final Piala FA
Harap maklum.

MAKLUMAN DATO' PRESIDEN ALUMNI...!

Dato DrKaisan Rahman
Dato. Dr. Kaisan
29hb Jun (SABTU), 12.00 tengah hari -1.15petang. HIGH TABLE LUNCH, ALUMNI FARIS PETRA BERSAMA WARGA SMS TG MUHAMMAD FARIS PETRA bersempena 'BACK TO SCHOOL 2013'. Tema Berbaju PUTIH utk AFP. Majlis High Table Lunch menghimpunkan Bekas-Bekas Pelajar SMS Kelantan/SMSTMFP bersama Guru-Guru, Jemputan Bekas-Bekas Guru & Pelajar-Pelajar Bakal mengimbau Kenangan Makan beratur, bertray & basuh sendiri di Dewan Makan Sekolah. Majlis Bakal diserikan dengan kehadiran YB Hj Hamim Samuri, Timbalan Menteri MITI & BEKAS-BEKAS PELAJAR Berprofil yang lain untuk rapatkan Ukhuwah kita Alumni Faris Petra. Seekor Lembu Bakal disembelih utk Majlis & kita masih membuka sebarang Penajaan Lembu/Kambing atau apa2 sahaja difikirkan mampu Menjayakan Program 'BACK TO SCHOOL 2013'. JOM Sahabat-Sahabat Alumni untuk BACK TO SCHOOL, pelbagai program diatur sejak 27hb-29hb, termasuklah 'BIG SCREEN FINAL PIALA FA, TRW vs JDT' di Dewan Besar. Mohon Sebarkan kpd Alumni yg lain.

Harap maklum.

BATCH 92-96 JUARA FUTSAL...!



Juara Futsal Alumni 2013. Batch 92 - 96 bergambar bersama dengan Presiden Alumni..

Thursday, June 13, 2013

MESY. BTS 2013...!

Photo
Mesyuarat Alumni untuk BTS 2013 yang berlangsung pada 9 Jun 2013 di Bilik Gerakan.

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM