FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Tuesday, March 3, 2015

SPM 2014 FARIS JATUH...!

Keputusan SPM 2014 diumumkan pagi ini. Sekali lagi warga Farisian menerima pukulan maut daripada keputusan yang memang sukar untuk ditelan. Dengan pencapaian GPS 2.28, Faris Petra terpaksa menghuni tangga bawah berbanding SMS Machang dan SMS Pasir Puteh. Berdasarkan maklumat awal, Faris Petra terperosok  ke rangking 42 SBP seluruh negara. Satu kedudukan yang belum pernah dihuni oleh SMS Tengku Muhammad Faris Petra. 

Analisis lengkap akan dikeluarkan selepas ini.


Sunday, March 1, 2015

BACK TO SCHOOL 2015...!

Program "Kembali ke Sekolah" pelajar kelompok 9195 bertemakan 'Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' menyasarkan murid Tingkatan 4 dan 5 sebagai kumpulan sasaran. Fokus utama adalah dari segi pembinaan semangat, karekter, peluang belajar, tajaan dan kerjaya. Alhamdulillah program yang dikendalikan pada 27 - 28 Februari dengan kerjasama Unit Kaunseling ini mendapat reaksi positif daripada pihak alumni 91- 95 dan pelajar Tingkatan 4 dan 5.

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM