FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Wednesday, December 28, 2011

FARIS PETRA SBP PREMIER...!

SEKOLAH BERASRAMA PENUH 'PREMIER'
Bermula 1 Januari 2012, Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (Faris Petra) akan bergelar SBP Premier dan berita ini sewajarnya membanggakan semua warga Farisian sekalian. Selepas mendapat pelbagai anugerah seperti 'Sekolah Kluster', diikuti 'Sekolah Berprestasi Tinggi', kini Faris Petra sekali lagi diangkat sebagai sekolah SBP elit yang setanding dengan MCKK, Kolej Tunku Kursiah, Sekolah Tun Fatimah, Sekolah Seri Puteri dan lain-lain.
Kesan daripada penganugerahan SBP Premier ini, pengambilan pelajar Tingkatan 1(2012) telah menunjukkan perbezaan yang ketara dari segi peratusan jumlah pelajar dari Kelantan dan dari luar Kelantan. Kebiasaannya, setiap tahun Faris Petra menerima 90% pelajar dari Kelantan sementara hanya 10% sahaja pelajar yang datangnya dari luar negeri Kelantan.
Pada tahun 2012, seramai 151 orang yang terpilih ke Faris Petra iaitu 90 orang pelajar lelaki dan 61 orang pelajar perempuan. Daripada jumlah itu hanya 66 orang pelajar sahaja yang merupakan anak negeri Kelantan, selebihnya adalah dari luar Kelantan.
Tahniah, Faris Petra.

MESYUARAT GURU PERTAMA...!


MESYUARAT GURU SESI 2012
Mesyuarat guru Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra akan berlangsung pada pagi ini dan bermula pukul 8.30 pagi. Pastinya agenda yang dibincangkan adalah tentang pengurusan sekolah untuk tahun 2012, analisis PMR 2012 dan perancangan serta pelaksanaan aktiviti sepanjang 2012 nanti. 
Butiran tentang mesyuarat:
Tarikh: 28 Disember 2011(Rabu)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Bilik Gerakan.

Tuesday, December 27, 2011

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI...!

TAHUN               
 BILANGAN SEKOLAH
 2010
 20
 2011
 30
 2012
 50
 JUMLAH
 100

FAKTA SBP...!

JUMPA DEKAT MELBOURNE...!


Ahmad Helmie Hassan
Faris Petra: 1992 - 1996
My classmate@SMSTMFP, 1 beta,2 beta,3 Lambda,4 Alpha,5 Alpha, after 15 years, jumpa kt Melbourne. Rosmalini Kadir

FARISIAN DI KULIT BUKU...!


Fokus SPM Julai 2009..
Wan Nurhidayat kini sedang menuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia..

CUTI-CUTI 2012...!

Malaysian State & National Holidays 2012

Dates
Occasion
For
1 January
Sunday
New YearAll states except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu
14 January
Saturday
Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan's Birthday
Negeri Sembilan only
15 January
Sunday
Sultan of Kedah's BirthdayKedah only
23 January
Monday
Chinese New YearNationwide
24 January
Tuesday
Chinese New Year (2nd Day)All states except Kelantan and Trengganu
1 February
Wednesday
Federal Territory DayFederal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
5 February
Sunday
Prophet Muhammad's Birthday
(Maulidur Rasul)
Nationwide
7 February
Tuesday
ThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
4 March
Sunday
Anniversary of Installation
of Sultan of Trengganu
Trengganu only
6 April
Friday
Good FridaySabah & Sarawak only
15 April
Sunday
Declaration of Malacca as
a Historical City
Malacca only
19 April
Thursday
Sultan of Perak's BirthdayPerak only
1 May
Tuesday
Labour DayNationwide
5 May
Saturday
Wesak DayNationwide
7 May
Monday
Hari Hol PahangPahang only
17 May
Thursday
Raja Perlis' BirthdayPerlis only
30 & 31 May
Wed & Thu
Harvest Festival
Pesta Kaamatan Sabah
Sabah & Labuan only
1 - 2 June
Fri & Sat
Sarawak Harvest Festival
Hari Gawai Sarawak
Sarawak only
2 June
Saturday
Malaysian King's Birthday
Harijadi Agong
Nationwide
17 June
Sunday
Israk & MikrajKedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 July
Saturday
Georgetown World Heritage City DayPenang - but not a 'paid holiday' for private sectors employees.
14 July
Saturday
Penang Governor's BirthdayPenang only
20 July
Friday
Sultan of Trengganu's BirthdayTrengganu only
21 July
Saturday
Awal Ramadan
Start of Muslim fasting month (bulan Puasa)
Johor, Kedah & Malacca only
6 August
Monday
Nuzul Al-QuranKelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Trengganu only
19 - 20 Aug
Sun & Mon
Hari Raya Puasa *Nationwide
31 August
Friday
National Independence Day
Merdeka
Nationwide
8 September
Saturday
Sarawak Governor's BirthdaySarawak Only
16 September
Sunday
Malaysia DayNationwide
6 October
Saturday
Sabah Governor's BirthdaySabah Only
13 October
Saturday
Malacca Governor's BirthdayMalacca only
24 October
Wednesday
Sultan of Pahang's BirthdayPahang only
26 October
Friday
Hari Raya Haji *
Hari Raya Qurban
Nationwide
27 October
Saturday
Hari Raya Haji (2nd Day) *
Hari Raya Qurban
Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu Only
11 & 12 November
Sat & Sun
Sultan of Kelantan's BirthdayKelantan only
13 November
Tuesday
Deepavali or DiwaliNationwide, except for Sarawak
15 November
Thursday
Awal Muharram
(Maal Hijrah)
Nationwide
22 November
Thursday
Sultan of Johor's BirthdayJohor only
11 December
Tuesday
Sultan of Selangor's BirthdaySelangor only
20 December
Thursday
Hari Hol Almarhum Sultan JohorJohor Only
25 December
Tuesday
ChristmasNationwide
* Subject to change - depending on the sighting of the new moon

LAIN DARI YANG LAIN...!


Awas kau, nanti teacher jerit.....! Pengsan kamu semua....
Team Coral Speaking (2011) bersama-sama Cikgu Pn. Rozie... Cikgu BI mereka.....

4 BETA 2010...!


Iqwan.... hambat aye tu....!

TAKWIN PERSEKOLAHAN 2012...!

 Takwim Persekolahan 2012, Kalendar 2012, Jadual Cuti Persekolahan 2012, Jadual Penggal Persekolahan 2012, Cuti Umum 2012, Cuti Am 2012,kalender cuti sekolah 2012,cuti sekolah untuk wilayah persekutuan,cuti sekolah untuk negeri melaka,cuti sekolah untuk negeri pahang,cuti sekolah untuk negeri sembilan,cuti sekolah 2012 untuk selangor,cuti sekolah 2012 untuk kedah

AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR...!

PENAWAR BINATANG BERBISA
Kepada Farisian yang berada di segala ceruk rantau, jadikan al-Quran sebagai pegangan dan panduan. Kerana pesan Nabi Junjungan kita, umatku yang berpegang kepada 'dua' iaitu al-Quran dan Sunnah akan terselamat daripada segala kejahatan dan kemungkaran. Dan apabila menghadapi saat-saat sukar, al-Quran dan Hadis boleh menjadi penawar yang mujarab. Misalannya, jika kita disengat binatang berbisa seperti kala jengking, lipan, ular dan seumpamanya, kita hendaklah membaca surah al-Falaq dan surah al-Nas pada sebekas air yang dicampur sedikit garam, kemudian air garam yang dijampi itu hendaklah disapukan pada bahagian badan yang terkena sengatan atau gigitan itu. Insya-Allah.... akan sembuh.

Monday, December 26, 2011

RAYUAN KE ASRAMA PENUH 2012...!

Semakan tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh untuk tingkatan 1 (2012) boleh dilakukan sejak 14 Disember 2011 lagi. Para pelajar yang gagal boleh membuat rayuan dengan menggunakan laman yang sama iaitu:


Ibu bapa atau pelajar-pelajar sendiri boleh menyemak dan seterusnya membuat rayuan dengan mengklik alamat yang tertera di atas.

Sunday, December 25, 2011

SALAM DARI MOSCOW CITY...!




Michelle Kanisa
Faris Petra: 2009 - 2010
Medical Sechenov Moscow Medical Academy, Rusia: 2011 - 2018
Tinggal di Moscow, Moscow City, Rusia.

Saturday, December 24, 2011

KEM DARUL HANNAN...!


Pelajar Form 2 (2011) beraksi di depan kamera...
Cuba tengok tangan mereka, mesti lagu tu sokmo......!

KENDURI NAIK RUMAH BARU...!

Assalamualaikum,
Hari ini otak dah reda dan perasaan berdebar pun dah semakin hilang. Rasa bangga menjadi sebahagian warga Farisian membuak-buak. Kita sama-sama tunggu keputusan SPM 2011 pula. Adakah Faris Petra mampu mencipta nama sekali lagi? 
Petang tadi iaitu lebih kurang pukul 2.30 petang cikgu dan keluarga ke rumah baharu Cikgu Fadzil kerana kenduri 'naik rumah baru'. Rumahnya terletak betul-betul di belakang JPJ Panji. Kampung apa cikgu lupa pulak. Di situ cikgu berpeluang bertemu muka dengan warga Farisian seperti guru-guru, kakitangan bukan guru, mantan PK 1, Tuan Hj, Zainuddin pun ada.

Cuti, cuti pun dah nak habis. 28 Disember ini mesyuarat guru, kebetulan pulak hari tu nak kena servis kereta. Keesokan harinya nak ke KL, hantar anak ke UPM..... barang-barang sekolah anak belum beli lagi.... pening-pening. Tapi satu yang seronok, claim PMR dah masuk akaun bank.......

Jumpa lagi.



ANAK DI LAS VEGAS....!


Anak cikgu (Farisian 2003 - 2007) dah pijak kaki kat Las Vegas...! Bapaknya bila?

KOMEN UTUSAN TENTANG FARISIAN...!


Norhaslina Jusoh, pelajar 3 Gamma..
KOTA BHARU 22 Dis. - Menjadi sebahagian daripada 144 pelajar cemerlang di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP), Pengkalan Chepa bukanlah semudah disangka dan ia memerlukan usaha dan komitmen yang tinggi.
Itulah yang dibuktikan oleh anak seorang petani dari Pasir Puteh, Nurhaslina Jusoh, 15, apabila mendapat 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 yang diumumkan hari ini.
Kejayaan tersebut membuktikan latar belakang keluarga bukan suatu halangan, sebaliknya mencetuskan kesedaran mendalam kepadanya untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi membela nasib keluarga melalui kecemerlangan akademik.
"Sebab itulah saya tiada pilihan, selain belajar bersungguh-sungguh. Saya bertekad membantu ayah kelak tetapi saya mesti bermula dengan kecemerlangan dalam pelajaran.
"Alhamdulillah, harapan ayah hendak melihat saya berjaya dalam PMR tercapai. Insya-Allah saya akan teruskan kesungguhan dalam peperiksaan selepas ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengambil keputusan peperiksaan itu di sekolahnya dekat sini hari ini.
Berkongsi resipi kejayaan, anak keempat daripada lapan beradik itu berkata, tumpuan sepenuhnya semasa pembelajaran dalam kelas dan kaedah ulang kaji secara bersistematik serta solat hajat secara berterusan merupakan kunci kejayaan dirinya.
"Bagi saya, fokus dalam kelas cukup penting kerana ia akan memastikan apa yang diajar oleh guru dapat difahami atau tidak bagi memudahkan proses mengulang kaji pelajaran.
"Selain itu faktor kejayaan mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 dan kakak sulung yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading menjadi azimat untuk mengulangi kejayaan tersebut," ujarnya
Nurhaslina memberitahu, kejayaannya dalam PMR bukan kegembiraan peribadi sebaliknya turut dikongsi dengan adik-adiknya yang kini mendapat motivasi bahawa latar belakang keluarga mereka tidak boleh dijadikan penghalang untuk berjaya.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 24/12/2011<�mv=3E

ANALISIS PMR 2006 - 2011...!

ANALISIS PENCAPAIAN PMR
SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA 2006 – 2011
BIL
TAHUN
KEDUDUKAN DLM SBP
1
2011
2
2
2010
8
3
2009
10
4
2008
5
5
2007
2
6
2006
12

Pencapaian PMR 2011 Faris Petra amat membanggakan. Walaupun tidak muncul sebagai pendahulu, namun pencapaian pada kali ini telah menyamai rekod kecemerlangan kita ketika 2007. Pencapaian di tempat ke-2 SBP kebangsaan (yang melebihi 50 buah) akan membuka mata semua pihak bahawa, salah sebuah SBP di Pantai Timur juga mampu melakarkan namanya di persada PMR. 

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM