Kepada Farisian yang berada di segala ceruk rantau, jadikan al-Quran sebagai pegangan dan panduan. Kerana pesan Nabi Junjungan kita, umatku yang berpegang kepada 'dua' iaitu al-Quran dan Sunnah akan terselamat daripada segala kejahatan dan kemungkaran. Dan apabila menghadapi saat-saat sukar, al-Quran dan Hadis boleh menjadi penawar yang mujarab. Misalannya, jika kita disengat binatang berbisa seperti kala jengking, lipan, ular dan seumpamanya, kita hendaklah membaca surah al-Falaq dan surah al-Nas pada sebekas air yang dicampur sedikit garam, kemudian air garam yang dijampi itu hendaklah disapukan pada bahagian badan yang terkena sengatan atau gigitan itu. Insya-Allah.... akan sembuh.


No comments:
Post a Comment