FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Monday, December 19, 2011

FAKTA KANSER KOLON...!


KANSER KOLON BOLEH DIKESAN AWAL....!
Beberapa fakta tentang kanser kolon:-
  • Kadar diserang penyakit kanser kolon lebih tinggi jika ibu bapa atau adik-beradik menghidap kanser kolon sebelum usia 60 tahun.
  • Risiko diserang penyakit kanser kolon semakin tinggi selepas usia 50 tahun.
  • Di Malaysia, kaum Cina lebih tinggi diserang kanser kolon berbanding kaum Melayu dan India.
  • Wanita yang menghidapi kanser ovari dan uterus lebih mudah diserang kanser kolon.
  • Pengambilan diet yang tinggi lemak, kolestrol, berkalori tinggi dan kurang serat menggalakkan kanser kolon.
  • Amalan mengambil alkohol, merokok, obesiti dan kurang aktiviti fizikal menaikkan risiko mendapat kanser kolon.
  • Antara tanda atau gejala penyakit kanser kolon:-
  1. Anemia;
  2. Pendarahan rektum (tanda darah merah yang terang);
  3. Darah dalam najis, najis hitam seperti 'tar';
  4. Perubahan tabiat membuang air besar seperti cirit-birit atau sembelit yang berulang-ulang;
  5. Sakit perut yang berpanjangan;
  6. Keletihan atau kelesuan yang kerap;
  7. Kehilangan berat badan tanpa sebab.

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM