FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Saturday, November 24, 2012

PESERTA LATIHAN PUSAT...!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pemain-pemain hoki Faris Petra sekalian, seperti yang dijanjikan, di sini cikgu akan maklumkan nama-nama pemain yang terpilih untuk menyertai latihan pusat yang dijangka akan bermula pada 2 Disember 2012. Kepada pemain yang tersenarai, sekalung tahniah, semoga akan berlatih bersungguh-sungguh demi kegemilangan Faris Petra. Pemain yang tidak tersenarai mungkin akan dipanggil untuk memenuhi kekosongan yang mungkin ada nanti. 
  • TEAM FARIS RED (LELAKI 18 TAHUN)
  1. Muhammad Rasydan Rusli
  2. Muhammad Najmi Ghazali
  3. Muhammad Hajarul Aswad Zainuddin
  4. Muhammad Irsyaduddin Mat Yaacob
  5. Lokman Hakim Ahmad
  6. Muhammad Izwan Muhammad Noor
  7. Muhammad Ezzat Farhan Muhammad Jamil
  8. Ahmad Faisal Aiman Che Lah
  • TEAM FARIS BLUE (LELAKI 15 TAHUN)
  1. Ahmad Amar Aiman Zulkafli
  2. Muhd Faiz Rahimi Ibrahim
  3. Nor Syazwan Nasir
  4. Ezzuddin Ghazali
  5. Muhd Shahril Iqmal Mohd Sabri
  6. Mohd Azli Syam Ghazali
  7. Shahrul Nizam Mohd Yunus
  8. Muhammad Affiqdin Aziz
  9. Muhd Ezzat Ridhuan Mohd Nasir
  10. Pemain utama Bawah 14 Lelaki ke kejohanan di SMACH
  • TEAM FARIS GREEN (PEREMPUAN 18 TAHUN)
  1. Nur Hedayu Mohd Zulkifli
  2. Tuan Nabirah Tuan Mat
  3.  Nurul Jannah Mohamed
  4. Hanieza Iby Azean Khairul Azhar
  5. Nurul Afifah Muhamad Nasir
  6. Era Fazira Mohd Shohaidi
  7. Siti Nur Irliana Mohd Nasir
  8. Nur Haifa Mat Zuki
  9. Wan Nur Ain Najwa W.M Ridzuan
  10. Fatin Khairunnisa Mokhtar
Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Thursday, November 22, 2012

ANAK SULUNG KONVO...!


Cuba teka yang mana satu anak sulung cikgu? Anak sulung cikgu ini akan bergraduat sebagai Sarjana Muda Biomerin dengan kepujian, Universiti Malaysia Terengganu pada 25 November 2012 ini. Beliau kini sebagai Research Assistant fakulti Biomerin dan dalam proses menyambung pelajaran ke peringkat sarjana. Insya-Allah. Pada 23 November 2012 iaitu sebelum tarikh konvokesyennya, beliau hadir sebagai penerima Kecemerlangan Anugerah Dekan di majlis yang dianjurkan oleh universitinya.

....Nombor 5 dari kanan?

PERSIAPAN KE PENANG...!

hoki
LATIHAN PUSAT HOKI
Dimaklumkan bahawa latihan pusat pasukan hoki Faris Petra sebagai persiapan ke Kejohanan Hoki Antarabangsa USM-Penang 2012 akan diadakan pada minggu pertama bulan Disember 2012. Nama-nama pemain yang akan terlibat dengan latihan ini akan dimaklumkan pada 24 November 2012 melalui blog ini. Butiran lanjut tentang program latihan tersebut adalah seperti di bawah:-
  • Tarikh Latihan: 2 - 4 Disember 2012
  • Latihan dijangka bermula pada sesi petang 3.30 petang (2 Disember 2012)
  • Semua pemain akan ditempatkan di asrama dan segala keperluan pemain akan ditanggung.
  • Tarikh bertolak ke P.Pinang: 5 Disember 2012 ( Pagi jam 9.00)
  • Tarikh kejohanan: 6 - 8 Disember 2012
  • Tarikh pulang: 7/8 Disember 2012
  • Tempat penginapan: SMS Tun Syed Sheikh Shahabuddin, Bukit Mertajam, P. Pinang.
Harap maklum.

Sunday, November 18, 2012

19 NOV ..UPSR...!


KENYATAAN AKHBAR
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2012


Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
6 November 2012

DOAKAN UNTUK PALESTIN...!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Buat warga Farisian sekalian, permulaan Tahun Hijrah 1434 ini umat Islam di Palestin sekali lagi menjadi mangsa kerakusan Yahudi, golongan manusia yang bertopengkan syaitan laknatullah. Mereka angkuh menunjukkan kekuasaan ke atas suatu bangsa yang tidak pernah mendapat walaupun sedikit keadilan. Dibantu pula oleh kuasa besar seperti Amerika Syarikat yang berketuakan Obama yang langsung tidak layak  untuk menjadi tempat kebergantungan umat Islam seluruh dunia, Israel makin ganas membunuh bangsa Palestin tanpa sedikit rasa belas kasihan.

Kepada umat Islam seluruh dunia khususnya warga Farisian sekalian, hulurkanlah bantuan yang terdaya untuk membantu bangsa yang seagama dengan kita itu, kasihinilah mereka, anak-anak yang tidak tahu apa-apa, ibu tua yang telah sarat penderitaan, lelaki-lelaki yang terpaksa berjuang dengan tangan dan kaki  yang dirantai dengan pelbagai sekatan. Mereka sesungguhnya memerlukan bantuan kita,. saudara seagama yang sentiasa dilingkari kemewahan dan kesejahteraan.

Paling-paling tidak pun, marilah kita berdoa untuk kemenangan, kesejahteraan dan keselamatan untuk saudara-saudara kita di bumi jihad Palestin.

Janganlah kita berdoa untuk menjahanamkan saudara seagama. sesungguhnya Allah itu amat mengetahui.

Amin.

Saturday, November 17, 2012

PERSEDIAAN PERSEKOLAHAN 2013...!


Kepada Guru dan Staf SMS Tengku Muhammad Faris Petra,
Di sini penulis menurunkan beberapa tarikh penting untuk tindakan kita bersama:-
  • Mesyuarat Pengurusan: 16 Disember 2012
  • Mesyuarat Guru: 17 Disember 2012
  • Mesyuarat JKS: 18 Disember 2012
  • Mesyuarat Panitia: 19 Disember 2012
  • Mesyuarat HEM: 24 Disember 2012

Thursday, November 15, 2012

PERSEKOLAHAN 2013...!

KELANTAN:
  • JUMLAH HARI PERSEKOLAHAN: 205
  • JUMLAH HARI CUTI PENGGAL: 84
PENGGAL
ITEM
MULA
AKHIR
BIL MINGGU
BIL HARI

1
Hari Persekolahan
01.01.2013
21.03.2013
12
58
Cuti Setengah Penggal
22.03.2013
30.03.2013
1
9
Hari Persekolahan
31.03.2013
23.05.2013
8
40
Cuti Setengah Tahun
24.05.2013
08.06.2013
2
16

2
Hari Persekolahan
09.06.2013
05.08.2013
9
42
Cuti Setengah Penggal
06.08.2013
17.08.2013
1
12
Hari Persekolahan
18.08.2013
14.11.2013
13
65
Cuti Akhir Tahun
15.11.2013
31.12.2013
6
47
JUMLAH
52
289

Tuesday, November 13, 2012

CONFIRM 3 TEAM KE PENANG...!

Logo Pesta_Hoki_2012-resize
SAH FARIS HANTAR 3 TEAM...
Pada edisi Pesta Hoki USM-PENANG INTERNATIONAL 2012 ini akan menyaksikan kelibat 3 buah pasukan Faris Petra bersaing merebut kejuaraan yang pernah dimiliki sedikit masa dulu. 3 buah pasukan ini masing-masing sebuah untuk kategori perempuan bawah 18 tahun, iaitu Faris Green, sebuah untuk kategori lelaki bawah 15 tahun iaitu Faris Blue dan sebuah lagi pasukan, Faris Red akan berjuang dalam kategori lelaki bawah 18 tahun.
Kejohanan yang akan berlangsung bermula 7 Disember 2012 itu akan dijadikan sebagai medan persiapan untuk membentuk pasukan baharu edisi 2013 di samping sebagai kejohanan penutup untuk sesi 2012.
  • FARIS RED ( LELAKI BWH 18 TAHUN)
  • FARIS GREEN (PEREMPUAN BWH 18 TAHUN)
  • FARIS BLUE (LELAKI BWH 15 TAHUN)

Thursday, November 8, 2012

TUGASAN CUTI SUBJEK BM...!


PANITIA BAHASA MELAYU
SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

PROGRAM “BERAKIT-RAKIT KE HULU” BAHASA MELAYU 2013

1)     Semua pelajar Tingkatan 1, 2, 3 dan 4 tahun 2012 terlibat dalam menjayakan program ini.
2)     Tugasan boleh dibuat dalam bentuk tulisan tangan atau bertaip (digalakkan bertaip)
3)   Tugasan hendaklah diserahkan kepada Guru Bahasa Melayu kelas masing-masing bagi tahun 2013 pada hari   pertama persekolahan sesi 2013 (1 Januari 2013)

Tugasan Kajian Novel
TINGKATAN 2013
NOVEL
ASPEK TUGASAN
Tingkatan 2
Lestari Bukit Menghijau
i)Sinopsis
ii)Tema
iii)Persoalan
iv)Plot
v)Watak dan Perwatakan
vi)Latar Masa
vii)Latar tempat
viii)Latar Masyarakat
ix)Teknik Plot
x)Nilai
xi)Pengajaran
Tingkatan 3
6:20
Tingkatan 4
Renyah
Tingkatan 5
Sutera Dalam Lukisan

Tugasan Kajian Antologi
TINGKATAN 2013
NOVEL
ASPEK TUGASAN
Tingkatan 2
Gema Sepi Gadis Genius
i)Sinopsis / Maksud
ii)Tema / Pemikiran
iii)Persoalan
iv)Plot (jika berkaitan)
v)Watak dan Perwatakan (jika berkaitan)
vi)Latar Masa (jika berkaitan)
vii)Latar tempat (jika berkaitan)
viii)Latar Masyarakat (jika berkaitan)
ix)Teknik Plot (jika berkaitan)
x)Nilai
xi)Pengajaran
Tingkatan 3
Harga Sebuah Lukisan
Tingkatan 4
Harga Remaja
Tingkatan 5
Dirgahayu Bahasaku
GURU BAHASA MELAYU :
Pn Hjh Jizah bt Ripin, En Muhammad bin Daud,   En Azaman bin Zakaria, Cik Hjh Paridah bt Ali, Pn Noor Siah bt Uji, Pn Siti Aminah bt Shafein, En Mohamad Azemi bin Zawawi, Pn Kang Pheak Sew, Pn Noraishah bt Ab Rahman, Pn Nini Awanis bt Ab Rahman.


Wednesday, November 7, 2012

JAMUAN PERDANA F3...!

MAJLIS JAMUAN PERDANA PELAJAR PMR 2012
Hari ini Rabu (7 November 2012) akan berlangsung jamuan F3 sesi 2012 bertempat di astaka sekolah. Semua pelajar F3 dan guru-guru sekalian dijemput hadir. Majlis Jamuan Perdana Pelajar PMR 2012 ini merupakan acara kemuncak kepada Program Selepas PMR yang dijalankan selama hampir 2 minggu.

Butiran lengkap majlis adalah seperti berikut:-

  • Tarikh: 7 November 2012
  • Masa: 12.00 tengah hari
  • Lokasi: Astaka

Harap maklum.

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM