FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Friday, July 10, 2015

OTAI-OTAI FARIS...!


Tiga yang dah pergi, ..... tiga lagi yang menanti...!
Maksud Cikgu tiga yang dah pergi itu ialah yang dah pencen. Cikgu Che Ramli, Pn. Hjh. Jizah dan Tn. Hj. Ghazi sudah meninggalkan bumi Faris kerana bersara. Selamat bersara semuanya dan semoga dikurniakan kesihatan yang baik oleh-Nya.

Thursday, June 18, 2015

MENTOR-MENTEE...!

MENTOR-MENTEE RAMADAN
TARIKH: 18 JUN 2015
MASA: 7:40 PAGI - 8:20

Program Mentor-mentee akan diadakan pagi ini di dorm pelajar masing-masing. Topik perbincangan utama ialah 'Menyambut Bulan Ramadan' dan kebersihan asrama. Pada petang ini juga pelajar-pelajar dibenarkan balik bermalam di rumah.

Wednesday, June 17, 2015

NASYID KE-3 KEBANGSAAN...!


Mohamad Haziq bersama dengan Cik Hajah Paridah...
Mohamad Haziq Subri (4L) yang mewakili Kelantan ke Pertandingan Membaca Syair Peringkat Kebangsaan 2015, anjuran DBP telah muncul sebagai pemenang di tempat ke-3.

Friday, June 12, 2015

MAK DARA FARIS...!


Dari kiri Cikgu Fauziah, Cikgu Noraishah, Cikgu CTG dan Cikgu Yuniza.
Rakaman foto ini selepas mereka selesai mengikuti kursus MYPIB di Besut, Terengganu...

KOOP FARIS FEST 2015: HARI KE-3...!


Bertempat di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV
Tarikh: 11 - 14 Jun 2015

JOM, KITA PERGI FORUM...!


Jika ada kesempatan, kita join forum keagamaan. Kebetulan pula anak Cikgu merupakan salah seorang ahli panelnya.

Thursday, June 11, 2015

KOOP FARIS FEST 2015...!

11/6/15: Sekitar majlis perasmian pembukaan Karnival Koop Tengku Muhammad Faris Petra Fest 2015 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Karnival akan berlangsung selama 4 hari bermula 11/6/15 hingga 14/6/15 dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Pelbagai acara menarik disediakan untuk pengunjung sepanjang festival berlangsung.

PPT 2015: MARKAH BM 3A, 3L DAN 5L...!

 


Tuesday, June 9, 2015

JOHAN PERTANDINGAN AGENSI NUKLEAR...!


Faris Petra muncul naib juara dalam pertandingan NUKLEAR: VENI-VIDI-VICI, pada 7 - 9 Jun 2015, bertempat di Agensi Nuklear Malaysia, Bangi, Selangor D.E. 

Friday, June 5, 2015

BENGKEL MYPIB 2015...!



BENGKEL KERJA UNIT PLAN MYPIB 2015
TARIKH: 10 - 12 JUN 2915
TEMPAT: KLUANG BEACH RESORT, TERENGGANU
Peringatan Mesra:
Sila bawa:-
  • Laptop
  • Buku teks
  • From Principles into Practice
  • Subject Guide
  • Extension
  • Huraian Sukatan Mata Pelajaran
  • Unit Plan yang telah siap
  • Buku rujukan
  • Contoh kerja pelajar untuk Assessment.

Wednesday, June 3, 2015

Tuesday, March 3, 2015

SPM 2014 FARIS JATUH...!

Keputusan SPM 2014 diumumkan pagi ini. Sekali lagi warga Farisian menerima pukulan maut daripada keputusan yang memang sukar untuk ditelan. Dengan pencapaian GPS 2.28, Faris Petra terpaksa menghuni tangga bawah berbanding SMS Machang dan SMS Pasir Puteh. Berdasarkan maklumat awal, Faris Petra terperosok  ke rangking 42 SBP seluruh negara. Satu kedudukan yang belum pernah dihuni oleh SMS Tengku Muhammad Faris Petra. 

Analisis lengkap akan dikeluarkan selepas ini.


Sunday, March 1, 2015

BACK TO SCHOOL 2015...!

Program "Kembali ke Sekolah" pelajar kelompok 9195 bertemakan 'Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' menyasarkan murid Tingkatan 4 dan 5 sebagai kumpulan sasaran. Fokus utama adalah dari segi pembinaan semangat, karekter, peluang belajar, tajaan dan kerjaya. Alhamdulillah program yang dikendalikan pada 27 - 28 Februari dengan kerjasama Unit Kaunseling ini mendapat reaksi positif daripada pihak alumni 91- 95 dan pelajar Tingkatan 4 dan 5.

Wednesday, February 25, 2015

PENDAFTARAN F1/F4 2015...!

SELAMAT DATANG..!
25 Februari 2015 merupakan hari pendaftaran bagi pelajar-pelajar baharu tingkatan 1 ambilan kedua dan pelajar-pelajar tingkatan 4 baharu. Majlis pendaftaran ini bermula jam 8:30 pagi. Dijangka seramai 76 orang pelajar akan mendaftarkan diri pagi ini.

Wednesday, February 18, 2015

KELAS ABAD KE-21...!

FUTURE CLASS ROOM






Faris Petra kini dalam proses memperlengkapkan diri sebagai salah sebuah sekolah yang mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran moden dan berkonsepkan 'Kelas Masa Depan'. Melalui pelaksanaan Program MYPIB dan SGE, diharapkan usaha-usaha ke arah itu berjalan lancar.

Tuesday, February 17, 2015

Monday, February 16, 2015

RAGBI JUARA KOTA BHARU...!


Pasukan ragbi bawah 18 tahun Faris Petra muncul  juara Perlawanan Ragbi MSSD Kota Bharu edisi 2015. Keputusan perlawanan yang melibatkan Faris Petra:-
  • Faris Petra vs SM Kota Bharu: 49 - 0
  • Faris Petra vs KVPC: 39 - 0
  • Faris Petra vs SM Pengkalan Chepa: 35 - 0
  • Faris Petra vs Maktab Sultan Ismail: 31 - 0 (Separuh Akhir)
  • Faris Petra vs MRSMPC: 10 - 0 (Akhir)

Sunday, February 8, 2015

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH 2015...

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan Pelajar 2015 telah disempurnakan oleh wakil  Yang Dihormati Ketua Polis Negeri Kelantan iaitu Dato' Rosli bin Abd. Rahman, Timbalan Ketua Polis Negeri Kelantan di Dewan Sultan Muhammad V jam 7.40 pagi. 
















SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM