FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Monday, October 31, 2011

SALAH GUNA...!

TAK ADA ROTAN, AKAR PUN BERGUNA...

Tripod fotografi ni memang sangat dekat di hati cikgu. Tapi..... sehingga kini, belum lagi cikgu terfikir betapa luasnya penggunaan 'mugo' ni! 

Komen penulis: Buatlah apa-apa, asalkan tak berdosa.

Sunday, October 30, 2011

ELAK MATI MENGEJUT...!

CEGAH HIPERTENSI

Hipertensi bermakna bacaan tekanan darah (BP) menunjukkan bacaan sistolik 140 mmNg atau lebih dan atau bacaan diastolik 90 mmNg atau lebih.
Hipertensi ialah penyakit dalam diam yang banyak mengakibatkan komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.
Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan, contohnya 118/78.

  • Tekanan sistolik    - nombor yang di atas (118)
  • Tekanan diastolik  - nombor yang di bawah (78)
KATEGORI
SISTOLIK

DIASTOLIK
NORMAL
Bawah 120
dan
bawah 80
PRA-HIPERTENSI
120 - 139
dan/atau
80 - 89
HIPERTENSI
140 dan ke atas
dan/atau
90 dan ke atas
HIPERTENSI SISTOLIK
160 dan ke atas
dan/atau
bawah 80

Saturday, October 29, 2011

LOGO BARU PENGAWAS...!

REKA BENTUK MASA DEPAN


Wah, hebat logo baru untuk budak-budak skema Faris Petra! Ada sentuhan korporat dan nampak sangat kontemporarinya. Tahniah kepada pereka cipta. Semoga logo baru ini menjadi pemangkin yang lebih baik untuk mengangkat Badan Pemimpin Pelajar Faris Petra.

TAK SEMPAT...!


KERANA MISI SULIT
Sejak kelmarin (28 Oktober 2011) hingga ke hari Ahad (30 Oktober 2011) cikgu terpaksa mengendalikan mesyuarat...!, dan kekangan tugas serta masa ini menyebabkan cikgu tidak sempat untuk mengemaskinikan blog kesayangan cikgu ini seperti biasa. Harap maklum. 

Thursday, October 27, 2011

DARI ANAK UNTUK ANAK...!

ANis HaNim AzeMi
Anis
Aliya..
selamat hari jadi khas kepada budak yg selalu nak cari gaduh ngn aku time susah senang..budak yg mulut bising 24 jam..budak yg selalu membebel je keje..budak yg bajet cun cm akak dia..hihi happy birthday to you, my sister..dah besar ko nih..belajar leklok..jangan duk gewe je keje.. nanti kat uni ramai lagi calon..jgn risau..ignore budak2 laki kat skolah..diorg x macho..sila jaga tengok2 kan adik kat umah..jgn duk gaduh je keje..even kak anis slalu marah ke ape..but i love you guys.. ALiya Cekgu ZEmi!!ko da besar daaa!!


p/s: adiah lenkali..nie je yg mampu... mintak ngn Mohamad Azemi Zawawi a.k.a abah :) — with ALiya Cekgu ZEmi.

KEM AKADEMIK SPM 2011...!

PROGRAM KEM AKADEMIK "PERFECT SCORE" SUBJEK ELEKTIF
TARIKH: 27 - 29 OKTOBER 2011
TEMPAT: DEWAN GEMILANG, SMS. TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Wednesday, October 26, 2011

BAKAL PERAJURIT TANAH AIR...!

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Belakang : muzamer, irfan, hayat,hasmah, khalisah, syuhada, amirul, asyraf,
Hadapan : hidayat, izwan, rahimi, razali, ridhan, hafni, syahir, irwan
xde lam gmbr : azham, asyraf, faiqah...


Barisan Farisian yang sedang menuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Tahniah dan teruskan perjuangan.

Kiriman Khairil Azham (SPM 2007)

Tuesday, October 25, 2011

VISI DAN MISI FARIS PETRA...!

DI FARIS PETRA...

.......KAMI MENDIDIK,
          KAMI PRIHATIN,
             KAMI MEMIMPIN,..........

SALAM DARI BELFAST...!



Masa F3...

Budak berbakat besar...

Affan Salihuddin
Faris Petra: 2006 - 2010
2011: Queen's University Belfast - Foundation in Business
Tinggal di Belfast, United Kindom.

TAK PERLU SAMPAI BEGINI...!


Kaum wanita atau yang sewaktu dengannya tidak perlu terlalu lama menunggu atau mencari lelaki yang sempurna, hebat dan wibawa kerana di Faris Petra, kami ada....! ! !

Monday, October 24, 2011

BOSAN SEBAGAI PELAJAR...!


Semua orang melaluinya,
Sabar dan istiqamah....
Insya-Allah pasti berjaya.....!

Sumber: Facebook Mohamad Hassan Che Haat

KONVENSYEN BAHASA MELAYU.....


Pada 24 Oktober 2011, bertempat di SMK Permaisuri Nur Zahirah, Besut telah berlangsungnya Majlis Konvensyen Bahasa Melayu, Peringkat Wilayah Timur anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Penulis tidak berkesempatan ke majlis penting tersebut kerana baru sahaja selesai menjalankan tugas di Kuala Lumpur selama 5 hari 4 malam. Seramai empat orang guru Faris Petra yang terlibat iaitu Cikgu Muhammad Daud, Cikgu Azaman Zakaria, Cikgu Paridah dan penulis.

PENGURUSAN TERTINGGI KPM...


Pengurusan Tertinggi


Ketua Setiausaha
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan)
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan)

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan)
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan)
TAHUKAH FARISIAN SEKALIAN?
..... orang paling tinggi jawatan dalam Kementerian Pelajaran Malaysia kini (bukan politik) ialah warga Farisian! Beliau yang dimaksudkan itu ialah...Y. Bhg. Dato' Dr. Rosli Mohamed...!

YANG BERJASA...!


Kadang-kadang kita lupa bahawa benda yang 'mati' ini pun banyak jasanya kepada warga Farisian.
Tanpa dia .... tak ke manalah kita!

BUDAK FARIS...!




1 Alpha (2011) bersama dengan cikgu praktikumnya.....

Sunday, October 23, 2011

HARI-HARI TERAKHIR....!

KABIN 7 KG, BAGASI 20 KG...
Hari ini dah 23 Oktober. Mesyuarat, mesyuarat..... dah tiba hari penghujungnya. Tempoh mesyuarat selama 5 hari 4 malam hampir berakhir. Pagi ini akan diadakan mesyuarat kumpulan jam 8.00 pagi dan majlis penutup pula akan berlangsung pada pukul 10.00 pagi. Cikgu akan ke LCCT pada jam 12.30 tengah hari dan akan berlepas ke Kota Bharu tepat jam 3.45 petang. Fuuh.... lega, Emm, lega pun tak lama tu. Bermula pada 28 Oktober nanti, cikgu pula akan mengadakan mesyuarat tempatan di Bachok selama 3 hari berturut-turut. Kerja lagi..... sibuk, penat, dan tanggungjawab....!
................Ooop! Sekejap, cikgu nak packing barang ni. Alahai banyaknya barang yang dibekalkan!

Friday, October 21, 2011

5 LAMBDA 2010...!


Selamat meneruskan pencarian...
Semakin banyak kita mencari, semakin banyak yang tercari-cari.....

RUMAH SUKAN FARISIAN...!

SENTIASA BERSAING DEMI KEGEMILANGAN

Farisian dilatih bersaing secara sihat melalui sistem rumah sama ada dalam aspek sukan, sahsiah mahupun akademik. Razak, Mahathir, Rahman dan Hussein menjadi wadah perjuangan bagi melahirkan Farisian yang memiliki jati diri yang unggul.

Thursday, October 20, 2011

TAHNIAH KERANA DAPAT BABY...!




Inikah baby yang dimaksudkan?
DAPAT KHABAR DARIPADA AYAH...
Tahniah dan syabas untuk Dr. Ariff Fahmi dan isterinya Dr. Mahirah kerana dikurniakan cahaya mata sulung. Perkhabaran ini cikgu peroleh secara tidak sengaja ketika bertemu dengan bapa Ariff semasa di dalam balai berlepas, Lapangan Terbang Sultan Ismail. Kami sama-sama ke KL dengan penerbangan Air Asia dan bapa Ariff pula akan ke Iran atas urusan tertentu.

SALAM DARI HOSPITAL MIRI...!



Rakan kulian di USM KK...

Ardhi Abdullah
Faris Petra: 1997 - 2001
2002: Kolej Matrikulasi Arau
2003 - 2008: Universiti Sains Malaysia Kampus Kubang Kerian
Kerjaya: Doktor Perubatan
2008 - 2010: Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian
Julai 2010 - kini: Hospital Miri - Pegawai Perubatan ENT.

Wednesday, October 19, 2011

SULIT, SULIT, SULIT...!

19 - 23 OKTOBER 2011 MESYUARAT DI KL...
Cikgu kini berada di ibu kota Kuala Lumpur kerana menghadiri mesyuarat yang penting dan sulit...! Selama 4 hari 3 malam terpaksa ditempuh secara solo di sebuah hotel yang agak tersorok. Tugasan yang dihadapi ini semestinya membataskan kerja-kerja cikgu untuk mengemaskinikan blog ini secara lebih sempurna. Sebelum apa-apa komen dan rungutan timbul, lebih baik cikgu yang memohon ampun dan maaf daripada pembaca sekalian kerana kekurangan yang mungkin wujud.

Pohon ampun dan maaf Farisian sekalian.

Tuesday, October 18, 2011

FIVERS 2010...?

FESYEN HARI SUKAN TAHUNAN

Tok Arab sesat di arena olahraga....

HANTU POKOK CELAGI

Pesal, bakpo tok pakai stoking?
GENG LOMPAT PAGAR.... bukan cikgu, ....kami kejar toyol...

CEROBOH ASRAMA.... taklah, ......hari asrama terbuka..!

Macam mana tak patah katil...?

SALAM DARI HRPZ II KOTA BHARU...!




Ariff Fahmi Ahmad Zawawi
Faris Petra: 1997 - 2001
Kolej Mara Banting: 2004 - International Baccalaureate
RCS Ireland: 2009 - Medicine
Emergency Department Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu: 2011 - Doktor Perubatan

Monday, October 17, 2011

GURU FARIS KE MEKAH...!


Cikgu Rodi (Guru Kimia) akan menunaikan ibadat haji pada tahun ini. Beliau akan bertolak ke Mekah pada pagi esok, 18 Oktober 2011. Sama-sama kita berdoa agar beliau selamat mengerjakan ibadat haji dan sentiasa dirahmati Allah. Amin.

RUTIN, RUTIN, RUTIN....!





Hari-hari ialah rutin,
Bosan dan membosankan,
Bagai penjara demikian,
Tatkala ini jadi lipatan....
KENANGAN, Farisian................

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM