FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Monday, June 23, 2014

BEKAS ANAK DIDIK...!


Kenangan terindah apabila dapat bergambar bersama-sama bekas pemain hoki Faris Petra. Betapa cepat putaran masa, kini anak didik cikgu di padang hoki itu telah berjaya dengan kerjaya masing-masing. Dari kiri Azim(guru), Salmi(guru), Syafiq(Pegawai tentera), Fauzi(kontraktor) dan Khairi.. cikgu tak pasti.

Saturday, June 21, 2014

KOT KE-39 (2014)...!

Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-39, 2014 akan berlangsung pada 26 Jun 2014 (Khamis) bermula jam 8.30 pagi. Acara sukan tahunan gilang-gemilang ini akan menjadi medan pertarungan rumah-rumah sukan Rahman, Hussein, Razak dan juga Mahathir. Sama ada Rumah Hussein dapat mempertahankan kejuaraan tahun lepas, ataupun Rumah Rahman yang dapat merampas kedudukan nombor satu, sama-samalah kita tunggu.

'Majulah Sukan Untuk Farisian' 

Monday, June 16, 2014

FRSIS 2014...!

Fully Residential School International  Symposium
TARIKH: 7 - 9 OGOS 2014
TUAN RUMAH: SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

EVENT MINGGU PERTAMA JUN 2014...!


EVENT MINGGU PERTAMA JUN 2014
TARIKH
PERKARA
GURU BERTUGAS
AHAD
15 JUN 2014
PERHIMPUNAN MINGGUAN
KELAS TUTORIAL
LATIHAN RUMAH SUKAN





TN. HJ. MOHD RASDI
PN. MAZINAH
PN. WAN SITI AMINAH
CIK FAUZIAH
PN. NORAISHAH
ISNIN
16 JUN 2014
MESYUARAT PENGURUSAN
KELAS TUTORIAL
LATIHAN RUMAH SUKAN
SELASA
17 JUN 2014
KELAS TUTORIAL
LATIHAN RUMAH SUKAN
RABU
18 JUN 2014
MORNING TALK
HARAGAM
ACARA SARINGAN KOT 2014
KHAMIS
19 JUN 2014
ACARA SARINGAN KOT 2014
PROGRAM YES SBP-BTN
SABTU
21 JUN 2014
SEKOLAH GANTI (JADUAL KHAMIS)
LATIHAN RUMAH SUKAN

Sunday, June 15, 2014

INSTRUMEN CONTOH BM PT3...!

Kini Lembaga Peperiksaan telah membekalkan instrumen contoh bagi Pentaksiran Tingkatan 3 untuk setiap mata pelajaran yang diuji dalam PT3 bermula tahun 2014 ini. Guru-guru, ibu bapa serta para pelajar boleh melayari web rasmi Lembaga Peperiksaan untuk mendapat maklumat lanjut dan terkini berkenaan format soalan bagi setiap subjek yang akan diuji nanti. Sila layari alamat web Lembaga Peperiksaan seperti di bawah:

Berdasarkan instrumen contoh Bahasa Melayu ujian bertulis, format ujian ini memperuntukkan selama 2 jam masa menjawab dan markah penuhnya ialah 100. Calon-calon dikehendaki menjawab semua soalan Bahagian A(Sistem Bahasa), Bahagian B(Pemahaman Teks), Bahagian C(Pemindahan Maklumat) dan satu soalan Bahagian D(Penulisan Karangan).
Pembahagian markahnya pula ialah:-
  • Bahagian A - 25 markah
  • Bahagian B - 30 markah
  • Bahagian C - 15 markah
  • Bahagian D - 30 markah
  • JUMLAH   - 100 markah

Muka depan intrumen contoh yang dimuat naik oleh Lembaga Peperiksaan

Wednesday, June 11, 2014

MARKAH BM 4 KAPPA...!

Sungguhpun 3 orang guru yang mengajarkan BM di kelas 4 Kappa, iaitu saya sendiri, Cikgu Azaman, dan Cikgu Muhammad namun untuk menandakan kertas jawapan pelajar, kami terpaksa bahagikan mengikut bidang atau bahagian topik yang diajar. Kemudian markah-markah itu saya jumlahkan dan tugas untuk memasukkan markah ke dalam sistem SAPS itupun menjadi tugasan saya.
Disebabkan nama Nik Nur Aziati Bt. Mahmod tiada dalam sistem, maka untuk makluman semua, markah beliau ialah 73 (B+).

MARKAH BM 4 BETA...!

Pada kesempatan kali ini cikgu ingin berkongsi markah Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014, subjek Bahasa Melayu bagi pelajar-pelajar Tingkatan 4 Beta. Tahniah dan terima kasih.

Monday, June 9, 2014

MESYUARAT FRSIS DLM CUTI...!


MESYUARAT FRSIS - PEGAWAI BHG SEKOLAH - JU
  • TARIKH: 12 JUN 2014
  • HARI: KHAMIS
  • MASA: 8.30 PAGI
  • TEMPAT: BILIK GERAKAN
SEMUA GURU WAJIB HADIR.

Harap maklum.

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM