FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Thursday, May 31, 2012

MESYUARAT GURU DALAM CUTI...!

Mesyuarat Guru akan diadakan sepertimana butiran di bawah:-
  • Tarikh: 9 Jun 2012 (Sabtu)
  • Masa: Bermula jam 8.30 pagi
  • Tempat: Bilik Gerakan
Semua guru dijemput hadir ke mesyuarat tersebut.
Harap maklum.

b/p:
Tuan Pengetua

Wednesday, May 30, 2012

BATCH0913 TERBILANG PMR...!


Batch 2009 - 2013 telah meletakkan Faris Petra di tangga ke-2 SBP seluruh negara dalam PMR 2011. Bagaimana pula dengan SPM 2014?
"Bersama Melestarikan Faris No. 1"

HKSBP KEBANGSAAN 2012...!


SBP ZON TIMUR TENGGELAM...!
Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan 2012 telah berlangsung di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, Perak pada 26 - 29 Mei 2012. Seperti biasa acara-acara yang dipertandingkan ialah:-
  • Bahas Bahasa Melayu
  • Bahas Bahasa Inggeris
  • Bola Keranjang Kategori Lelaki dan Perempuan
Faris Petra pada edisi kali ini hanya menghantar dua buah pasukan iaitu pasukan bahas BM dan BI kerana pasukan bola keranjang kita tersekat di peringkat zon lagi. Keputusan lengkap HKSBP Kebangsaan 2012 adalah seperti berikut:-
  • Bola Keranjang Kategori Lelaki:-
  1. Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
  2. SMS Hulu Selangor (SEMASHUR)
  • Bola Keranjang Kategori Perempuan:-
  1. Sekolah Seri Puteri (SSP)
  2. Sekolah Agama Persekutuan Kajang (SMAP Kajang)
Bahas Bahasa Melayu:-
  • Sekolah Seri Puteri (SSP) dan Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) layak ke final
Bahas Bahasa Inggeris:-
  • Kolej Tunku Kurshiah (TKC) dan Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) layak ke final

Tuesday, May 29, 2012

MASIH SETIA...!


Cikgu Radzuan, Cikgu Feen, Cikgu Syarifuddin, Cikgu Ezani, Cikgu Rasdi, Cikgu Muhammad dan Ustaz Hadi..

Cikgu Azaman, Tn. Hj. Shaffie (Pengetua), Cikgu Fadzil, Pakcik Hamdan dan penulis..
Spesies yang semakin berkurangan.....!
Tetap setia berbakti walaupun kini telah dimamah usia.

Monday, May 28, 2012

SESI DGN GURU SERI PUTERI...!


PROGRAM BERSAMA DENGAN GURU-GURU SEKOLAH SERI PUTERI
Dimaklumkan bahawa program sesi bersama-sama guru Sekolah Seri Puteri Cyberjaya akan diadakan pada 2 Jun 2012 (Sabtu), jam 9.00 pagi bertempat di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Petra.
Semua guru dikehendaki hadir ke program tersebut.

b/p:
Pengetua.

ASRAMA FARIS JADI KEDIAMAN RASMI....!


KEJOHANAN BOLA BALING MSSM BAWAH 12 DAN 18
Asrama lelaki dan perempuan Faris Petra sekali lagi menjadi pilihan urus setia kejohanan Bola Baling MSSM sebagai tempat penginapan seramai 672 orang peserta tidak termasuk guru-guru pengiring dan pegawai-pegawai yang terlibat. Kejohanan peringkat kebangsaan itu akan berlangsung pada 1 - 8 Jun 2012 yang akan berlangsung di Arena Futsal dan Kompleks MSN Panji melibatkan 14 buah kontinjen dari seluruh negara. Untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, semua warden Faris Petra secara automatik dilantik sebagai petugas bahagian penginapan kejohanan.

Harap maklum.

Sunday, May 27, 2012

REUNION EXSBP DAN MRSM DI TANAH MERAH...!


Dato' Hj. Ikmal Hisyam
Reunion bekas pelajar SBP dan MRSM warga Tanah Merah Bersama Dato' Ikmal Hisyam
Bekas pelajar-pelajar Sekolah Berasrama penuh dan Maktab Rendah Sains Mara yang berasal dari Jajahan Tanah Merah dengan sukacitanya diundang ke SMK Belimbing, pada 2 Jun 2012 (Sabtu), jam 10.00 pagi bagi menjayakan Program Pemimpin Bersama Rakyat, bersama-sama dengan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah iaitu YBhg. Dato' Hj. Ikmal Hisyam bin Abdul Aziz.
Harap maklum.

60 MINIT BERSAMA CIKGU AZEMI...!

MACAM PROGRAM TV..
Pagi ini jam 11.00 - 12.00am cikgu telah diundang menjadi hos dalam Program 60 Minit Bersama Cikgu Azemi di SMK Kedai Buloh? Betul ke? Nama program itu memang betul. Cuma cikgu bukanlah sebagai hos, tapi sebagai guru yang diminta mengajar sebuah kelas di sana. Nama program ini sebenarnya yang membuatkan cikgu tersenyum sendiri. Lebih kurang dengan program tv yang diminati ramai iaitu "30 Minit Bersama Ustaz Don di TV AlHijrah"..
Program yang dilaksanakan oleh sekolah tersebut sangat baik untuk para pelajar dan cikgu juga berpeluang berkongsi ilmu dengan mereka.

Saturday, May 26, 2012

SAHUT CABARAN PMR 2011...!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
        Selamat beristirahat pada hujung minggu dan kepada pelajar semua, selamat bercuti dan selamat mengulang kaji pelajaran. Jangan asyik 'tarik kain selimut sahaja'. Nasihat Cikgu khusus kepada pelajar sekalian, gunakanlah kesempatan ketika berada bersama-sama keluarga dengan meringankan tulang membantu keluarga. Eratkan hubungan dengan ibu bapa serta keluarga dan jenguk-jenguklah surau dan masjid di kampung, jangan nanti ahli surau dan masjid, tak kenal kita!
        Kepada bakal calon PMR dan SPM 2012, teruskan usaha mengulang kaji pelajaran kerana sesungguhnya pelajaran boleh menjamin kejayaan kita pada masa depan dengan izin Tuhan.    
Cabaran kepada calon PMR 2012, bagaimana anda ingin mengekalkan kehebatan PMR 2011 yang telah meletakkan Faris Petra di tempat kedua SBP dan ketiga kebangsaan? Cabaran yang perlu disahut!!!     

Thursday, May 24, 2012

JADI MINAH ARAB...!


Musim bunga 2012 di RIT, New York.

Bila pulak anak Cikgu jadi "Minah Arab" dekat negeri orang Puteh?

CUTI YANG TAK CUTI...!

Minggu pertama cuti persekolahan kali ini makin padat dengan aktiviti. Seperti tak macam cuti jadinya. Beginilah nasib seseorang yang bergelar guru. Bunyi aje cuti banyak, sebenarnya kerjanya lebih.... orang bukan guru saja yang tak faham-faham. Itu belum kira dengan kertas peperiksaan pelajar yang bertimbun-timbun di atas meja.
Tugasan Cikgu khusus untuk minggu pertama cuti:-
  • 25 - 26 Mei 2012:- Program Latihan Jurulatih Hoki 1Mas anjuran PHK.
  • 27 Mei 2012:- Program 60 minit Bersama Cikgu Azemi di SMK Kedai Buloh, Kota Bharu..
  • 28 Mei 2012:- Ceramah B. Melayu PMR di SMK Dato' Biji Wangsa, Tumpat.
  • 29 Mei 2012:- Ceramah B. Melayu PMR di SMK Pengkalan Chepa 2, Kota Bharu
..... belum kira dengan undangan kahwin lagi...!!

KERJA TAMBAHAN...!


Baru nak bayangkan cara nak penuhi cuti penggal, alih-alih datang surat daripada Timbalan Pengarah Pelajaran berkenaan Program Latihan Jurulatih dan Penjaga Gol Hoki Program 1MAS anjuran PHK yang akan berlangsung selama 2 hari iaitu 25 - 26 Mei 2012. Butiran lanjut:-
Tarikh: 25 - 26 Mei 2012
Masa: 3.30 - 6.30 petang ( 25 Mei 2012 )
          8.00 - 6.30 petang ( 26 Mei 2012 )
Tempat: Padang Hoki Astrotuf Kota Bharu
Kendalian: En. Zulkiflee Zainal ( Jurulatih Penjaga Gol Kebangsaan )

KELANTAN KE SUKU AKHIR PIALA AFC 2012...!

Kelantan pertama kali melangkah ke peringkat suku akhir Piala AFC setelah berjaya mengalahkan pasukan jiran, Terengganu dalam perlawanan sengit semalam dengan keputusan 3 - 2. Pasukan The Red Warriors mendahului 3 - 0 pada separuh masa pertama sebelum dikejar rapat oleh Terengganu selepas rehat. 2 gol jaringan Norfarhan dan segol oleh Mohd Rizal Fahmi berjaya meletakkan Kelantan sebagai pasukan kedua dari Malaysia yang layak ke peringkat suku akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia selepas Selangor sedikit masa dulu.
KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN 23/5/2012:-
Keputusan Piala AFC 2012

Tuesday, May 22, 2012

CIKGI-CIKGI FARIS...!


Dalam satu majlis Apresiasi PMR 2011... awal Februari 2012.

BAPA CIKGU FEEN MENINGGAL...!

Bapa Cikgu Feen a/l Edeng (Guru Fizik) telah meninggal dunia pada petang kelmarin kerana sakit tua. Takziah daripada guru-guru serta warga Farisian sekalian kepada Cikgu Feen dan keluarga.

Harap maklum.

Monday, May 21, 2012

KOJAM CARI NYAKIT...!


Azam Fikri
Faris Petra: 2004 - 2008
2012: Rochester Institute of Technology, NY.

Gaya di hujung nyawa...!!

MESYUARAT JK RAGBI 10...!

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK KEJOHANAN RAGBI 10 SEPASUKAN BAWAH 16 TAHUN KARNIVAL 1MURID 1SUKAN 2012 KALI KE-4

TARIKH: 23 MEI 2012
MASA: 2.00 - 2.45 PTG
TEMPAT: BILIK GERAKAN

AGENDA:
1. UCAPAN PENGERUSI
2. TAKLIMAT PERJALANAN KEJOHANAN
3. HAL-HAL LAIN

Sunday, May 20, 2012

VISI DAN MISI FARIS PETRA...!

Tentang Visi dan Misi sekolah sering mengelirukan. Bukan sahaja pelajar, malah guru sendiri pun kadang-kadang apabila ditanya secara spontan, berteraburlah jawapannya. Jika nazir yang bertanya, lagilah........
Sebenarnya perkara ini tidak boleh diambil mudah!

VISI
Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra 
menjadi Sekolah Berasrama Penuh Terbilang 
Yang Bertaraf Global

MISI
Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra 
Menyediakan Pendidikan Berkualiti 
Bagi Membina Insan Cemerlang Yang Holistik

LENSA HOKI KEBANGSAAN 2012...!

Disebabkan kamera cikgu mengalami semput-semput, maka banyak aksi dan peristiwa penting di Karnival Hoki SBP Peringkat Kebangsaan di Sekolah Tun Fatimah terlepas daripada rakaman. Nasib badan Faris Petra untuk edisi hoki tahun ini..! Cikgu hanya bergantung harap kepada pihak urus setia kejohanan untuk mengirimkan foto rakaman sepanjang kejohanan dan kamera-kamera anak muridl. Nak tak nak, itu sajalah yang boleh menjadi sandaran.

Saturday, May 19, 2012

KLATE JUARA FA 2012...!

Mohammad Gaddar
RED WARRIORS CIPTA SEJARAH
Kelantan muncul juara baharu Piala FA setelah berjaya mengalahkan Sime Darby 1 - 0 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi. Gol tunggal diperoleh melalui sepakan penalti oleh Mohammad Gaddar. Kini Kelantan, The Red Warriors telah berjaya melengkapkan kejuaraan yang diperolehnya iaitu menjuarai Trofi Liga Super pada tahun 2011, Piala Malaysia pada 2010 dan kini muncul Juara Piala FA pada edisi 2012.
  • JUARA PIALA MALAYSIA - 2010
  • JUARA LIGA SUPER - 2011
  • JUARA PIALA FA - 2012

Thursday, May 17, 2012

BERITA TERKINI FARIS...!


Beberapa peristiwa penting berlaku pada hari ini:-
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi pelajar F3 bermula.
  • Semua pelajar balik bermalam di rumah dan kembali ke sekolah semula pada petang Ahad 20 Mei 2012
  • Semua kelas Tutorial dibatalkan. 
  • Semua padang bertentangan bangunan astaka ditutup kerana kerja-kerja naik taraf padang sekolah.

Wednesday, May 16, 2012

TERIMA KASIH CIKGU....!

SELAMAT HARI GURU

GURU INOVATIF  
MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Tuesday, May 15, 2012

JERSI HOK MULO-MULO...!


Juara MSSK bawah 15 th pada tahun 1995.
Cantik tak jersi tu? Itulah jersi Hummel yang cikgu beli sendiri.. Tak silap cikgu di kedai Hussien Adidas, dekat Padang Merdeka.

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM