FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Monday, December 31, 2012

PENDAFTARAN F1...!

Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 untuk Sekolah Berasrama Penuh akan berlangsung pada 7 Januari 2013, bersamaan hari Isnin dan sepertimana biasa Faris Petra akan menerima 150 orang pelajar baharu yang datangnya dari seluruh pelosok tanah air.

Saturday, December 29, 2012

COMEBACK DISEMBER..!


Faris Petra Hockey Club (FPHC) akan mengadakan comeback pada 29 Disember 2012 bertempat di Stadium Hoki Bukit Jalil, jam 8.30 malam.

MESYUARAT PANITIA...!


MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU
  • TARIKH: 30 DISEMBER 2012
  • MASA: 09.00 PAGI
  • TEMPAT: BILIK KURIKULUM

Friday, December 28, 2012

SBP DAN SBT...!

25 BUAH SEKOLAH LAGI DIIKTIRAF SBT....
Hari ini Kementerian Pelajaran Malaysia mengumumkan bahawa 25 buah sekolah lagi diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) membabitkan 13 buah sekolah rendah dan 12 buah sekolah menengah di bawah kohort ke-3 tahun ini. Daripada sekolah-sekolah tersebut, beberapa buah SBP berjaya mengikut jejak Faris Petra yang diiktirafkan sebagai SBT. Faris Petra telah diiktiraf SBT di bawah kohort ke-2, dua tahun yang lalu. Antara SBP yang tersenarai pada kohort ke-3 ini ialah:-
  1. SMS Sultan Mahmud, Terengganu
  2. SMS Kepala Batas, P.Pinang
  3. SMS Pokok Sena, Kedah
  4. SMS Sultan Hj. Ahmad Shah, Pahang
  5. SMS Hulu Selangor, Selangor
  6. SMS Labuan, Sabah
  7. SBPI Batu Rakit, Terengganu
  8. SBPI Selandar, Melaka
  9. SBPI Kuantan, Pahang

Sunday, December 23, 2012

ANALISIS PMR 2012 MENGIKUT SUBJEK...!


ANALISIS KECEMERLANGAN SUBJEK BERDASARKAN PENCAPAIAN GRED PURATA

Subjek

Bil
Calon
Gred A
Gred B
Gred C
Kelulusan
Gred
Purata
Bil
%
Bil
%
Bil
%
Bil
%
1
B. Melayu
148
146
98.65
2
1.35
0
0.00
148
100
1.01
2
B. Inggeris
148
127
85.81
19
12.84
2
1.35
148
100
1.16
3
Matematik
148
147
99.32
0
0.00
1
0.68
148
100
1.01
4
Sains
148
136
91.89
11
7.43
1
0.68
148
100
1.09
5
Sejarah
148
143
96.62
4
2.70
1
0.68
148
100
1.04
6
PAI
146
136
93.15
10
6.85
0
0.00
146
100
1.07
7
Geografi
148
146
98.65
1
0.68
1
0.68
148
100
1.02
8
KH 1
126
126
100
0
0.00
0
0.00
126
100
1.00
9
KH 2
22
22
100
0
0.00
0
0.00
22
100
1.00

SEMAKAN/CETAKAN TAWARAN...!

Sila Masukkan Angka Giliran UPSR 2012 dan Klik Butang Semakan
Pastikan maklumat ANGKA GILIRAN calon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran UPSR calon
Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi 03-83217400 untuk keterangan lanjut
   
Angka Giliran:
 
   
Tindakan :
Sila semak dengan teliti maklumat yang dipaparkan.
Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat dan lampiran tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran. 

GURU 2001...!

Masihkah kauingat lagi barisan guru Faris edisi 2001? Terima kasih kerana masih mengingati insan-insan yang pernah berjasa kepada Farisian sekalian.. Sayang sekali tidak semua guru yang gah di potret itu masih kekal di bumi tercinta Faris. Ada yang telah awal pergi menyahut seruan Ilahi seperti Allahyarham Tn. Hj. Khairuddin, Allahyarham Cikgu Raslan, Allahyarhamah Cikgu Naimah dan Allahyarhamah Cikgu Norhayati.
Yang bersara ialah En. Wan Hamzah, Ust. Abdullah, Tn. Hj. Zainuddin, Ust. Azahari manakala yang bertukar ialah En. Abdullah Mat Eil, En. Hashim Sulaiman, En. Mat Samsuddin, En. Kamaruzaman Kutty dan Cikgu Azhari.

Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat guru-guru yang telah meninggal dunia.

REDAKSI SEMASA 2001....!


Saturday, December 22, 2012

RANKING PMR 2012 KLATE...!

Ranking pencapaian PMR 2012 sekolah-sekolah negeri Kelantan berdasarkan Gred Purata Sekolah adalah seperti berikut:-
  1. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra
  2. Sekolah Menengah Sains Machang
  3. Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Yahya Petra 2
  5. Sekolah Menengah Agama Dato' Perdana
  6. Sekolah Menengah Agama Lati
  7. Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban
  8. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher
  9. Maktab Sultan Ismail
  10. Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil
  11. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Bachok
  12. Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin Puteri

Friday, December 21, 2012

LAGI BERITA AIMAN....

LAGI BERITA TENTANG KEGIGIHAN AIMAN...


Harian Metro, 20 Disember 2012.
Ralat: Foto yang dipamerkan itu sebenarnya bukan foto Aiman....

LAPORAN PMR FARIS DI AKHBAR...!

LAGI BERITA KECEMERLANGAN FARISIAN

Utusan Malaysia 20 Disember 2012.

LIPUTAN BERITA KEJAYAAN FARISIAN,,,!

AIMAN NASHRIQ: Kematian ibu bapa bukan halangan...


Utusan Malaysia 20 Disember 2012.


Thursday, December 20, 2012

RANKING PMR 2012 SBP TERKINI...!



RANKING PMR SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2012

1. Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (GPS 1.022)
2. The Malay College Kuala Kangsar (GPS 1.0237)
3.Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (GPS 1.0265)
4.Kolej Tunku Kurshiah (GPS 1.0278)
5.SM Sains Raja Tun Azlan Shah (GPS 1.0302)
6.Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (GPS 1.0309)
7.SBP Integrasi  Gombak (GPS 1.0375))
8.Sekolah Tun Fatimah (GPS 1.0377)
9.Sekolah Menengah Sains Rembau (GPS 1.0408)
10.Sekolah Sultan Alam Shah (GPS 1.0434)
11.SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra (GPS 1.0499)
12.Sekolah Menengah Sains Selangor (GPS 1.0538)
13.Sekolah Seri Puteri (GPS 1.0557)
14.Sekolah Tuanku Abdul Rahman (GPS 1.0575)
15.Sekolah Menengah Sains Tapah (GPS 1.0595)
16.Sekolah Menengah Sains Kuching (GPS 1.0707)
17.Sekolah Menengah Sains Muzhafar Shah (GPS 1.0711)
18.Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (GPS 1.075)
19.Sekolah Menengah Sains Miri (GPS 1.0772)
20.Sekolah Menegah Sains Johor (GPS 1.0781)
21.Sekolah Menengah Sains Machang (GPS 1.0802)
22.Sekolah Menengah Sains Lahad Datu (GPS 1.0827)
23.Sekolah Dato' Abdul Razak (GPS 1.0923)
24.Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (GPS 0983)
25.Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (GPS 1.0989)
26.SBP Integrasi Sabak Bernam (GPS 1.099)
27.Sekolah Menengah Sains Kepala Batas (GPS 1.1006)
28.SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (GPS 1.1062)
29.Sekolah Menengah Sains Pasir Putih (GPS 1.1104)
30.Sekolah Menengah Sains Dungun (GPS 1.114)
31.SBP Integrasi Kubang Pasu (GPS 1.1149)
32.SM Sains Sultan Mohamad Jiwa (GPS 1.1209)
33.Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (GPS 1.1221)
34.Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (GPS 1.124)
35.Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (GPS 1.1243)
36.SBP  Integrasi Rawang (GPS 1.1296)
37.Sekolah Menengah Sains Sabah (GPS 1.1357)
38.SBP Integrasi Gopeng (GPS 1.1373)
39.SM Agama Persekutuan Kajang (GPS 1.1376)
40.SM Agama Persekutuan Labu (GPS 1.1485)
41.Sekolah Menengah Saisn Teluk Intan (GPS 1.1493)
42.Sekolah Menengah Sains Labuan (GPS 1.1496)
43.Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (GPS 1.1581)
44.Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (GPS 1.1585)
45.Sekolah Berasrama Penuh Tun Abdul Razak (GPS 1.171)
46.SM Sains Sulatan Haji Ahmad Shah (GPS 1.178)
47.SBP  Integrasi Temerloh (GPS 1.1951)
48.SBP Integrasi  Selandar (GPS 1.1954)
49.Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (GPS 1.2491)
50.Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (GPS 1.25)
51.Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar (GPS 1.2549)
52.SBP Integrasi Jempol (GPS 1.2865)

Keputusan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Wednesday, December 19, 2012

CAHAYA HATI...!

Kisah PMR 2012 yang mendukacitakan itu dilupakan seketika. Cikgu mahu berkongsi kegembiraan keluarga setelah melihat kejayaan anak-anak. Jika sebelum ini, cikgu dengan penuh ikhlas, berkorban tenaga dan masa mendidik anak bangsa sehingga seorang demi seorang anak didik cikgu telah sampai ke gerbang kejayaan, kini cikgu juga seperti ibu bapa lain, berasa amat bangga atas kejayaan anak-anak cikgu. Bulan November yang lalu cikgu sempat meraikan kejayaan anak sulung menggenggam segulung ijazah di majlis konvokesyen UMT dan Insya-Allah, pada Mei tahun hadapan, anak kedua cikgu akan menamatkan pengajiannya di RIT, New York. Anak sulung cikgu kelahiran MARA sementara anak kedua cikgu pula FARISIAN...!




FARIS PETRA DI TANGGA KE-11...!

Dari kedudukan kedua SBP pada tahun 2011, nampaknya pada tahun 2012 ini Faris Petra terpaksa akur akan prestasi semasa berbanding SBP yang lain menyebabkan kita terpaksa menduduki ranking yang agak bawah. Sehingga pukul 11.00 malam (19/12/2012), setelah 47 buah SBP mengemaskinikan keputusan masing-masing dalam SBPexcellent, kedudukan Faris Petra kini di tangga ke-11. Masih ada beberapa buah SBP lagi yang belum mengemaskinikan keputusan mereka, dan mungkin Faris Petra terpaksa turun beberapa anak tangga lagi.
Kedudukan ranking semasa SBP seluruh negara sehingga jam 11.30 malam ialah:-
  1. SMS Hulu Selangor
  2. MCKK
  3. SMS Sultan Mahmud
  4. Kolej Tunku Khursiah
  5. SMS Raja Tun Azlan Shah
  6. SMS Kota Tinggi
  7. SBI Gombak
  8. Sekolah Tun Fatimah
  9. SMS Rembau
  10. Sekolah Sultan Alam Shah
  11. SMS Tengku Muhammad Faris Petra
  12. SMS Selangor
  13. Sekolah Seri Puteri
  14. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  15. SMS Tapah

ANALISIS TERKINI...!


ANALISIS TERKINI PMR FARIS PETRA
TAHUN
GPS
8A
KED DLM SBP
KED NEGERI
KED NEGARA
2011
1.0139
127/144
2
1
3
2012
1.0499
112/148
?
1
?

ANALISIS PENCAPAIAN SBP KELANTAN
SBP
GPS
8A
PERATUS 8A
FARIS PETRA
1.0499
112
75.68
SMACH
1.0802
70
58.33
SMSPP
1.1104
69
48.25

ANALISIS PERATUSAN 8A FARIS PETRA

8A
2012
2011
75.68
88.19






FARIS PETRA MASIH JUARA KELANTAN.

FARIS PETRA MERUDUM...?
Keputusan PMR 2012 Faris Petra masih cemerlang cuma jatuh sedikit berbanding dengan pencapaian keseluruhan PMR 2011. Pada PMR 2011, Faris Petra muncul sebagai juara negeri, nombor dua SBP dan tempat ketiga kebangsaan.
Seramai 148 orang calon sekolah kita yang menduduki PMR 2012 dan seramai 112 orang telah mencapai keputusan semua A dalam subjek yang diambil. Setakat ini, Faris Petra masih lagi menjuarai di peringkat negeri Kelantan.
Keputusan dan analisis lengkap akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

SEMAK PMR PAKAI ONLINE...!

Keputusan PMR SAPS Keputusan PMR 2012 Online @ SMS Pada 19 Disember 2012 (Hari Rabu Ini)?
Semak Online Keputusan Peperiksaan UPSR Kini anda boleh membuat semakan secara online. SAPS telah menyediakan satu lagi kemudahan yang membolehkan pihak ibu bapa melihat prestasi peperiksaan pencapaian anak mereka. Sila klik menu pilihan di sebelah kiri dan masukkan ID pelajar di laman web SAPS, pilih jenis peperiksaan dan jenis laporan.


  • Pergi ke laman web SAPS, saps.moe.gov.my
  • Klik butang Semakan Ibu Bapa yang berwarna merah.
  • Masukkan No Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.

SEMAK PMR PAKAI SMS...!

Semak Keputusan PMR 2012 Keputusan PMR 2012 Online @ SMS Pada 19 Disember 2012 (Hari Rabu Ini)?


  • Taip PMR [Angka Giliran] dan hantar ke 15888
  • Contoh: PMR BC001A040 hantar ke 15888
Selamat berjaya.

Tuesday, December 18, 2012

MASIHKAH KAUINGAT...!

INFO SEKOLAH...!

MAKLUMAT TERKINI TENTANG PROGRAM SEKOLAH:-
  • Mesyuarat Pengurusan: - 16/12/12
  • Mesyuarat Guru: - 22/12/12
  • Mesyuarat JKS: - 23/12/12
  • Mesyuarat HEM: - 24/12/12
  • Mesyuarat Panitia: - 26 - 27/12/12
Bagi Pihak Pengetua.

Harap maklum.

LAMA TAK JUMPA...!

Assalamualaikum Farisian dan pembaca sekalian,

Apa khabar? Lama betul cikgu tak update blog kesayangan cikgu ini. Tak, tak.... bukan cikgu sengaja, tapi sebenarnya cikgu terpaksa berkurung hampir sebulan menjalankan amanah LPM. Dah fahamkan? Alhamdulillah.....

Esok keputusan PMR 2012 akan diumumkan. Kecut perut cikgu menantikan berita itu. Apakah nasib Faris Petra pada tahun ini? Bolehkah lagi bertahan sebagai salah sebuah sekolah terbaik dalam kalangan SBP? Cikgu berharap Faris Petra terus cemerlang dan diharapkan dapat mencipta beberapa kejutan, tapi, tak mahu kejutan yang itu! Cikgu akan melaporkan keputusan PMR sekolah kita seberapa segera yang termampu. Insya-Allah.


.... dua debaran, PMR subjek BM dan anak keempat cikgu yang juga pelajar Faris Petra.

 

Saturday, November 24, 2012

PESERTA LATIHAN PUSAT...!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pemain-pemain hoki Faris Petra sekalian, seperti yang dijanjikan, di sini cikgu akan maklumkan nama-nama pemain yang terpilih untuk menyertai latihan pusat yang dijangka akan bermula pada 2 Disember 2012. Kepada pemain yang tersenarai, sekalung tahniah, semoga akan berlatih bersungguh-sungguh demi kegemilangan Faris Petra. Pemain yang tidak tersenarai mungkin akan dipanggil untuk memenuhi kekosongan yang mungkin ada nanti. 
  • TEAM FARIS RED (LELAKI 18 TAHUN)
  1. Muhammad Rasydan Rusli
  2. Muhammad Najmi Ghazali
  3. Muhammad Hajarul Aswad Zainuddin
  4. Muhammad Irsyaduddin Mat Yaacob
  5. Lokman Hakim Ahmad
  6. Muhammad Izwan Muhammad Noor
  7. Muhammad Ezzat Farhan Muhammad Jamil
  8. Ahmad Faisal Aiman Che Lah
  • TEAM FARIS BLUE (LELAKI 15 TAHUN)
  1. Ahmad Amar Aiman Zulkafli
  2. Muhd Faiz Rahimi Ibrahim
  3. Nor Syazwan Nasir
  4. Ezzuddin Ghazali
  5. Muhd Shahril Iqmal Mohd Sabri
  6. Mohd Azli Syam Ghazali
  7. Shahrul Nizam Mohd Yunus
  8. Muhammad Affiqdin Aziz
  9. Muhd Ezzat Ridhuan Mohd Nasir
  10. Pemain utama Bawah 14 Lelaki ke kejohanan di SMACH
  • TEAM FARIS GREEN (PEREMPUAN 18 TAHUN)
  1. Nur Hedayu Mohd Zulkifli
  2. Tuan Nabirah Tuan Mat
  3.  Nurul Jannah Mohamed
  4. Hanieza Iby Azean Khairul Azhar
  5. Nurul Afifah Muhamad Nasir
  6. Era Fazira Mohd Shohaidi
  7. Siti Nur Irliana Mohd Nasir
  8. Nur Haifa Mat Zuki
  9. Wan Nur Ain Najwa W.M Ridzuan
  10. Fatin Khairunnisa Mokhtar
Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Thursday, November 22, 2012

ANAK SULUNG KONVO...!


Cuba teka yang mana satu anak sulung cikgu? Anak sulung cikgu ini akan bergraduat sebagai Sarjana Muda Biomerin dengan kepujian, Universiti Malaysia Terengganu pada 25 November 2012 ini. Beliau kini sebagai Research Assistant fakulti Biomerin dan dalam proses menyambung pelajaran ke peringkat sarjana. Insya-Allah. Pada 23 November 2012 iaitu sebelum tarikh konvokesyennya, beliau hadir sebagai penerima Kecemerlangan Anugerah Dekan di majlis yang dianjurkan oleh universitinya.

....Nombor 5 dari kanan?

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM