FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Wednesday, December 19, 2012

FARIS PETRA DI TANGGA KE-11...!

Dari kedudukan kedua SBP pada tahun 2011, nampaknya pada tahun 2012 ini Faris Petra terpaksa akur akan prestasi semasa berbanding SBP yang lain menyebabkan kita terpaksa menduduki ranking yang agak bawah. Sehingga pukul 11.00 malam (19/12/2012), setelah 47 buah SBP mengemaskinikan keputusan masing-masing dalam SBPexcellent, kedudukan Faris Petra kini di tangga ke-11. Masih ada beberapa buah SBP lagi yang belum mengemaskinikan keputusan mereka, dan mungkin Faris Petra terpaksa turun beberapa anak tangga lagi.
Kedudukan ranking semasa SBP seluruh negara sehingga jam 11.30 malam ialah:-
  1. SMS Hulu Selangor
  2. MCKK
  3. SMS Sultan Mahmud
  4. Kolej Tunku Khursiah
  5. SMS Raja Tun Azlan Shah
  6. SMS Kota Tinggi
  7. SBI Gombak
  8. Sekolah Tun Fatimah
  9. SMS Rembau
  10. Sekolah Sultan Alam Shah
  11. SMS Tengku Muhammad Faris Petra
  12. SMS Selangor
  13. Sekolah Seri Puteri
  14. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  15. SMS Tapah

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM