FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Monday, December 19, 2011

SEMAK KEPUTUSAN PMR SECARA ONLINE...!

Salam 1 Malaysia. Seperti pengetahuan umum, keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 akan keluar pada 22 Disember 2011. Semakan keputusan PMR 2011 tersebut juga boleh dibuat melalui SMS dan online. 
Cara semakan keputusan PMR 2011 melalui SMS.
1. Taip PMR [jarak] NO KP [jarak] NOMBOR ANGKA GILIRAN dan hantar ke 15888. 
atau 
2. Taip PMR [jarak] NOMBOR ANGKA GILIRAN dan hantar ke 15888. 
Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 28 Disember 2011. 
Cara semakan keputusan PMR 2011 melalui talian online. 
1. Klik sini Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak. 
3. Pilih Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah. 
4. Klik butang Semak Laporan. 
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) adalah perkhidmatan percuma diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada ibu bapa / penjaga untuk menyemak dan memudahkan untuk mengetahui keputusan peperiksaan secara online.

2 comments:

Nadia Juhari said...

wah,bestnya adk2 skang..sume dh canggih..anda sgt beruntung!=)

Unknown said...

Pmr

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM