FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Saturday, June 25, 2011

DATO' KSU WARGA FARISIAN...!


Dato' Dr. Rosli Mohamed


KSU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 


Y. Bhg. Dato' Dr. Rosli Mohamed (Farisian SPM/MCE 1975) dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia, P.T.D, Gred Utama Turus III pada 29 Oktober 2010. 

Y.Bhg. Dato’ Dr. Rosli, 52 tahun, berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pemasaran Strategik dari University of Hull; Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Leeds, United Kingdom; dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perhutanan dari Universiti Putra Malaysia. Beliau menyertai Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 3 Januari 1983 dan berpengalaman dalam bidang pengurusan ekonomi dan perancangan pembangunan menerusi karier perkhidmatannya sebagai:

  • Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pelajaran mulai 24 Mei 2010;
  • Pengarah, Seksyen Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana   Menteri (2010);
  • Pengarah, Seksyen Tenaga, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (2007-2010);
  • Pengarah, Seksyen Penilaian, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (2006-2007);
  • Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Tenaga, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (1998-2006);
  • Penolong Setiausaha, Bahagian Kemajuan Perindustrian Perhutanan dan Kayu Kayan, Kementerian Perusahaan Utama (1993-1995);
  • Penolong Pengarah, Bahagian Perjawatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (1992-1993);
  • Pegawai Projek Kanan, Institut Tadbiran Awam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam (1991-1992);
  • Penolong Setiausaha, Bahagian Perhubungan Antarabangsa dan Logam, Kementerian Perusahaan Utama (1988-1991); 
  • Penolong Pengarah, Bahagian Perindustrian, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (1983-1988).

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM