FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Sunday, June 12, 2011

KLATE TERLEPAS PIALA FA...!

Terengganu juara FA 2011..!
KECUAIAN DIHUKUM
KOTA BHARU – Ketika bayangan kejuaraan Piala FA sudah terbentang luas, tempoh 30 saat pula menjadi pemisah tatkala kemenangan seakan berpihak kepada Kelantan, namun gol sendiri Mohd Daudsu Jamaluddin dan pemain gantian Terengganu, Ahmad Nordin Alias menyentap semangat juang The Red Warriors untuk menjulang kejuaraan pertama piala tersebut. 

Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu mengakui kegagalan pemainnya menguasai perlawanan pada minit-minit akhir masa kecederaan sehingga membolehkan Terengganu menyamakan kedudukan mengubah segala-galanya keputusan perlawanan akhir edisi kali ke-22 itu. 

“Gol penyamaan Terengganu menyebabkan moral semua pemain kita merudum. Memang susah untuk kembali bangkit dalam tempoh 30 minit (masa tambahan) apabila kita dihukum menerusi jaringan sendiri ketika perlawanan berbaki beberapa saat untuk ditamatkan. 

“Saya tidak menyalahkan pemain di atas kekalahan ini. Mereka telah melakukan yang terbaik dalam perlawanan ini. Ini merupakan satu perlawanan akhir yang begitu sukar bagi kita. Ianya menjadi satu detik yang sukar apabila kita mengalami kekalahan dengan cara sebegini namun itulah hakikat yang harus kita terima dalam bola sepak. 

“Ini merupakan igauan terburuk bagi saya sepanjang karier bergelar seorang jurulatih. Kemenangan kita direntap dalam tempoh 30 saat. Anda bayangkan kejuaraan (piala) itu hampir menjadi milik kita, namun terpaksa diserahkan kepada orang lain,” katanya. 

Menurutnya, kegagalan memimpin Kelantan untuk keluar sebagai pemenang dalam perlawanan akhir itu membuatkan beliau tidak dapat tidur lena malahan secara jujur mengakui menitiskan air mata mengenangkan kekalahan dalam perlawanan itu. 

Sumber: Sinar harian, 13/6/2011

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM