FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Monday, June 13, 2011

RENUNGAN 7...!

Seboleh-bolehnya ketika mengajar dan ketika bersama-sama pelajar, cikgu akan cuba mendekati hati pelajar dan cuba memahami kehendak mereka ketika itu. Bagi cikgu pelajar merupakan insan yang memiliki perasaan dan pilihan yang perlu diambil kira. Cikgu juga pernah menjadi seorang pelajar suatu ketika dulu. Kerana itu kehadiran cikgu di hadapan pelajar secara tersiratnya ialah cikgu sedang berdepan dengan diri cikgu sendiri. Cuba hayati luahan hati insan yang bergelar murid ini.


LUAHAN HATI ANAK MURIDMU

Jangan pekikkan ke telingaku lagi!
Kata-kata nista itu
Ia buat hatiku terusik
Ia membuat jasadku menjadi lemah

Aku tahu kejahilanku
Akalku lemah untuk menerima
Walau telah sedaya upaya aku mencuba
Namun kecundang di penghujungnya

Lalu Masih bersalahkah aku
Masih layakkah aku dicemuh sebegitu
Di hadapan rakan-rakanku

Tolong cikgu!
Kata-kata itu tidak layak untuk aku
Untuk aku yang serba kekurangan ini
Untuk aku yang bergelar anak muridmu

Aku juga ingin sepintar mereka
Yang pantas mengira apabila diminta
Yang hebat dalam membina ayat
Yang kuat ingatan dalam menghafal

Aku tidak setanding mereka semua
Tapi cikgu
Aku kenal huruf A
Aku kenal alif, ba dan ta
Aku boleh membaca dua suku kata

Aku anak muridmu cikgu
Yang mungkin terpinggir dalam perjalanan
Yang tersadung kaki semasa berlari
Yang tergelincir ketika cuba mendaki

Aku masih berpeluang untuk bangun
Berlari seperti mereka
Mendaki seperti mereka
Dan suatu masa
Aku ingin menjadi insan berguna

Nukilan: Sahibul Anuar Asrani, Debak, Sarawak.

2 comments:

Horizon Masa said...

dalamnya maksud tuu Cikgu.. sy terharu dgn entri ni.. Terima kasih Cikgu mngajar saya sblm ni halalkn ilmu yg Cikgu bagi.. Sungguh terharu..

CiKgUaZeMi said...

Terima kasih, semoga kita semua diberkati Tuhan.

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM