FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Tuesday, December 20, 2011

ASASI SAINS PERTANIAN TERBAIK...!


PROGRAM ASASI SAINS PERTANIAN LALUAN PANTAS...!
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada kesempatan kali ini cikgu ingin berkongsi maklumat tentang Program Asasi Sains Pertanian (Laluan Pantas) yang julung-julung kali diadakan oleh Universiti Putra Malaysia. Biasalah apabila baharu, ramai pelajar khususnya yang telah menerima tawaran untuk program ini serba salah dan sesetengahnya awal-awal lagi tidak berminat kerana salah faham, mungkin kekurangan info.
Untuk pengetahuan Farisian, anak cikgu juga telah mendapat tawaran tersebut dan seperti rakan-rakannya yang lain juga, dia tidak berminat kerana klausa 'Sains Pertanian' yang difahaminya menjurus kepada kursus-kursus yang berkaitan Sains Pertanian sahaja. Cikgu telah mengambil daya usaha bertanyakan pegawai di Pusat Asasi Sains Pertanian di 03-8946 6998 untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan jelas. Di bawah, diperturunkan butiran berkenaan Program Asasi Sains Pertanian UPM:-
  • Program Asasi Sains Pertanian (Laluan Pantas) baharu diperkenalkan pada tahun 2012;
  • Program ini khusus untuk pelajar Sekolah Berasrama Penuh, MRSM dan Sekolah Berprestasi Tinggi;
  • Program ini akan bermula 3 Januari 2012 dan dijangka tamat pada bulan Ogos 2012;
  • Pelajar yang berjaya menamatkan program ini akan ditawarkan ke peringkat ijazah pada tahun 2012;
  • Terdapat 41 kursus yang ditawarkan kepada lepasan program ini termasuklah kursus kejuruteraan, kedoktoran, pendidikaan dan lain-lain. (Tidak hanya kursus dalam bidang pertanian)
  • Program ini mendapat pembiayaan penuh daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) seperti yuran pengajian, yuran asrama, yuran-yuran lain dan wang saku. NAMUN ketika pendaftaran pada 30 Januari 2012 nanti, pelajar terpaksa menjelaskan dahulu bayaran RM1,319.50 dan wang saku pelajar untuk semester 1 juga disediakan oleh keluarga. Keadaan ini berlaku kerana pelajar-pelajar berkenaan diterima masuk berdasarkan keputusan Percubaan SPM dan setelah keputusan sebenar SPM barulah pihak KPT akan  meluluskan pembiayaan dan pembayaran balik yuran akan dibuat.
Macam mana? Dah faham?
Secara peribadi cikgu amat menggalakkan anak cikgu menyertai program ini kerana pihak UPM memberi JAMINAN bahawa lulusan program ini akan ditawarkan mengikuti apa-apa kursus di peringkat ijazah di universiti ini. Tidak sebagaimana program matrikulasi, yang belum tentu universiti, malah kemasukan pun belum pasti.

7 comments:

ryan said...

-apakah keputusan spm yg melayakkan penajaan KPT?
-apakah kelebihannya berbanding asasi biasa selain penjimatan masa?
-adakah pelajar tersebut boleh menyambung ijazah sarjana muda di universiti lain setelah mengikuti program ini?

CiKgUaZeMi said...

1.Pada cikgu mungkin syarat minimum iaitu 5A + 2B+ melayakkan pembiayaan biasiswa kerana semua pelajar program ini dibiayai KPT.
2.Mungkin sama saja tapi untuk program ini mereka dijamin untuk terus membuat degree di universiti ini.
3. Universiti ini menawarkan 41kursus di peringkat ijazah pertama untuk lepasan program ini. menjamin pelajar mendapat tempat di universiti terbaik.

CiKgUaZeMi said...

Syarat minimun ialah 5A bagi subjek Sains, BM, BI dan Matematik serta 2B+ untuk subjek2 lain.

NajiyShahman said...

terima kasih promote asasi cikgu. baru terbaca post ni..spe2 yg dpt asasi sains pertanian, jom la..tak rugi

Ady Shawn said...

ckgu klo yg laluan perdana ni camne?

Najihah Muhd said...

jika result spm 8 a , bole lepas ke masuk asper? bio a chem a phy b..yg lain subjek a campur2

Anonymous said...

asalamualaikum.. adakah program ini hanya untk plajr sbp shaja?? dan bgaimana cara untk memohon..

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM