FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Friday, October 14, 2011

SELAMATKAN AKIDAH...!



SHAH ALAM - Himpunan Sejuta Umat yang bakal diadakan di Stadium Shah Alam di sini pada 22 Oktober ini bagi membendung ancaman kepada akidah umat Islam di negara ini telah mendapat permit polis dan disokong kerajaan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali berkata, segala urusan termasuk permohonan permit bagi perhimpunan itu telah selesai dan pihaknya sedia mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam permit itu."Perbincangan awal telah dibuat dengan pihak berkuasa tertentu dan nasihat telah diberikan kepada kita berkaitan dengan perhimpunan aman itu."Kita akan pegang amanah itu dan setakat ini yang dimaklumkan kepada saya adalah tiada sebarang masalah dengan perhimpunan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar menangani cabaran kristianisasi di Malaysia.

Sumber: Kosmo Online

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM