FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Saturday, August 6, 2011

PERHIMPUNAN PERTAMA DENGAN PENGETUA BARU...!

Patah tumbuh hilang berganti. Perpindahan KJ segera diisi. Majlis rasmi pertama bersama-sama Pengetua baru Faris Petra berlangsung pada 25 Julai 2011 iaitu pada majlis rasmi Perhimpunan Mingguan yang berlangsung di Dewan Gemilang. Pada majlis tersebut,Tuan Pengetua baru iaitu Tuan Hj. Shaffie bin Awang dipersembahkan tayangan video yang 'hebat' sebagai gimik sempena pertukaran beliau ke Faris Petra.

Tuan Hj. Shaffie sebelum ini bertugas sebagai Pengetua di SMK Long Ghafar, selama hampir 7 bulan dan beliau sebenarnya baru sahaja balik bertugas di Kelantan setelah 17 tahun menjadi pengetua  beberapa buah sekolah di Terengganu.
Pada majlis itu juga Tuan Pengetua mengumumkan bahawa Faris Petra telah menggondol 6 piala sempena Majlis Anugerah kualiti dan Inovasi Sekolah-Sekolah Kelantan 2010 bertempat di Hotel Grand Riverview. 
Tuan Pengetua diapit Ustaz Mukhatar dan Mat Tajab..
Tuan Pengetua dipersembahkan kotak rahsia oleh saudara Najmi...
Tuan Pengetua mempamerkan mesej....
Ucapan bersemangat Tuan Pengetua baru....!

5 comments:

Encik F said...

semoga perkembangan sekolah menjadi lebih baik...rajin cikgu azmi update blog...bagus2...teruskan usaha!

CiKgUaZeMi said...

Demi kegemilangan Farisian,...cikgu lakukan apa saja...!!!

Mr.41 said...

semoga faris menjadi lebih baek!!lame dh x nmpak nama faris didada akhbar...huk3

Halimi Muhamad Rusli said...

:: Assalamualaikum cikgu Azmi,,

1. Terima kasih kerana selalu update blog dan perkembangan semasa peristiwa di SMSTMFP. Semoga terus sukses.

Halimi Muhamad Rusli
Pensyarah,
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Sungai Buloh, Selangor

alhakeimfauzi said...

kami bekas farispetra mengharapkan blog cikgu nie sahaja untuk mengatahui berita/perkmbngan terkini faris petra...
teruskan update cikgu..:)

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM