FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Wednesday, August 3, 2011

FARIS PETRA GONDOL 6 ANUGERAH NEGERI...!

Majlis Anugerah Kualiti dan Inovasi Sekolah-Sekolah Kelantan 2010 telah berlangsung pada 31 Julai 2011, bertempat di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu. Majlis bersejarah ini diadakan bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai jasa dan sumbangan pihak sekolah dan guru-guru dalam menjayakan agenda pendidikan negara sepanjang tahun 2010 sehingga menampakkan keberhasilan yang cemerlang dan gemilang di peringkat negeri dan kebangsaan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dr. Haji Zahri Bin Aziz, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan), Kementerian Pelajaran Malaysia.

Seperti biasa Faris Petra menjadi tumpuan umum kerana mempamerkan kecemerlangan tertinggi sehingga berjaya menggondol enam anugerah berperstij di majlis tersebut. Antara anugerah yang digondol oleh Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra ialah:-
  • Anugerah Khas Jabatan Kecemerlangan Panitia dan Kecemerlangan Individu SPM 2010
  1. Matematik (Top Malaysia)
  2. Matematik Tambahan (Top Malaysia)
  • Johan Anugerah Sekolah Lonjakan Peratus Kecemerlangan "Straight A's" SPM
  • Johan Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Awam GPS -NKRA
  1. Johan Peperiksaan PMR 2010
  2. Johan Peperiksaan SPM 2010
  • Johan Anugerah Khas NKRA Band 1

3 comments:

Anggerek said...

Tahniah kepada semua guru-guru faris petra

alhakeimfauzi said...

TAHNIAH KEPADA WARGA FARISIAN ESPECIALLY CIKGU2 YANG BANYAK BEKORBAN UNTUK KECEMERLANGAN FARIS PETRA...
KAMI WARGA EXFARISIAN TURUT BERBANGGA DENGAN PENCAPAIAN INI..=)

:.ciklaila.: said...

tahniahhh! :)

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM