PENGURUS IKLAN

FOLLOWERS

Monday, August 8, 2011

BAHASA SULIT ASRAMA...!


KAJIAN SLANGA DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH BERASRAMA PENUH
(Satu Kajian di SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra)


Definisi:
Slanga ialah bahasa yang dipertuturkan oleh satu kelompok masyarakat yang hanya difahami oleh kelompok tertentu sahaja.

Tujuan Kajian:
Kajian ini dijalankan untuk melihat keragaman bahasa yang digunakan oleh para pelajar di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang melalui kehidupan yang berbeza dengan pelajar-pelajar lain. Mereka berada di asrama selama 24 jam sehari yang sudah pasti dapat membentuk kelompok mereka tersendiri. Kajian ini juga dijalankan untuk mengaitkan perkataan yang digunakan dengan maksud sebenar perkataan tersebut dan apakah hubung kaitnya. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mencari sebab-sebab mereka menggunakan slanga dalam kehidupan seharian mereka.

Respondan:
Kajian ini dijalankan dengan melibatkan 30 orang pelajar iaitu 5 orang bagi setiap kelas di Tingkatan 5 yang merangkumi kedua-dua jantina iaitu lelaki dan perempuan.

Hasil Kajian:
(i)Penggunaan slanga dan maksudnya.

Bil
Slanga
Maksud Sebenar
1
Ngisi
Denda
2
Bbunga
Dating
3
Mapuh
Tidur
4
Ngepok
Mencuri
5
Karek
Merokok
6
Relay
Merokok
7
Bedil
Mencuri
8
So’oh
Buncit
9
Bero
Marah
10
Jimat
Kedekut
11
Pejabat
Tandas tempat merokok
12
Ngepau
Mencuri
13
Cilok
Selekeh
14
Mencampak
Pelik dalam sesuatu kelompok
15
Ngecing
Menipu
16
Kemas
Bagus
17
Cipop
Berjerawat

18
Syiwo
Jiwang
19
Ngopi
Meniru
20
Bajet Lawa
Perasan lawa
21
Cisuk
Busuk
22
Mama
Warden perempuan
23
Spot Light
Mata luas
24
Kerengga
Punggung tonggek
25
Spongebob
Suara nyaring
26
Ciles
Lesbian
27
Liteyo
Busy body
28
Sipon
Pondan
29
Set Megang
Gangster
30
Ngotok
Marah
31
Berasap
Marah
32
Fly
Lompat pagar keluar dari asrama
33
Rong
Rongak
34
Rambut bom
Rambut mengerbang
35
Spike
Rambut tercacak
36
Potek
Tahi lalat
37
Penyu
Orang Terengganu
38
Tenggiling
Handphone
39
Tahap Bos
Amat sangat (contoh: benci tahap bos)
40
Sumbat
Orang tidak betul/ sewel
41
Lipat
Makan kawan
42
4 X 4
Merokok sebatang untuk 4 orang
43
Toyol
Bawa nota dalam dewan peperiksaan
44
Jump
Lompat pagar untuk keluar dari asrama
45
Mucat
Gementar
46
Hantu
Spy guru
47
Terak
Menggelecek
48
Petak
Ber’SMS’
49
Settal
Menyelesaikan pergaduhan
50
Gelek
Pemetik api
51
Tino Comel
Bapuk
52
Seret
Punggung besar
53
Sakok
Buah dada besar
54
Sambung
Melakukan pendawaian haram
55
Gulung
Rokok daun
56
Berasap
Merokok
57
Mentol
Rokok bermenthol (contoh: Salem)
58
Toko
Benda bulat
59
Cela
Celaka
60
Ngekkong
Meniru
61
Sekor
Duduk seorang diri
62
Karipap
Gred D dalam peperiksaan
63
Kandok
Terlalu inginkan sesuatu


Oleh:
Cikgu Muhammad bin Daud

4 comments:

alhakeimfauzi said...

WWWAAAAAAAAAAAAA.....
ada sesetengah slanga yg telah digunakan dr zaman kami ag..
ad sesetengah slanga yg bru dijumpai....

SiN CHan said...

'pejabat' dulu dan sekarng memang laen,.... hahahahahahaha

Aremaf said...

tahniah Cikgu Mad..dari dulu lagi cikgu penah bgitau nak buat kajian/kumpul bahasa2 slanga kat asrama..akhirnya ada jgk outputnya... =)

fatin nadia said...

terbaik la cikgu...
rasanya mcm ada lg kot yg blum ditemui..

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM