FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Sunday, February 1, 2015

PENGETUA BAHARU FARIS...!

Agak lewat cikgu nak mengumumkan bahawa warga Faris Petra telah mendapat bos baharu, En. Mohd Razuki bin Sulaiman menggantikan Tn. Haji Shafie Awang. Pelantikan En. Razuki sebagai Pengetua baharu SMS. Tengku Muhammad Faris Petra, boleh diibaratkan sebagai belut pulang ke lumpur, sirih pulang ke gagang dan ikan pulang ke lubuk. En. Razuki yang pernah bertugas di bumi Faris Petra sedikit masa dahulu pernah menjawab jawatan pengetua di beberapa buah sekolah, dan yang terakhirnya ialah Maktab Sultan Ismail Kota Bharu.
Semoga kedatangan beliau ke bumi Faris ini akan kembali meletakkan SMS. Tengku Muhammad Faris Petra sebagai salah sebuah SBP elit yang disegani dan cemerlang dalam segala lapangan.

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM