FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Thursday, April 3, 2014

MINGGU SIBUK DAN PANAS...!


MINGGU SIBUK
Minggu pertama selepas bercuti seminggu merupakan tempoh yang paling sibuk dan menyibukkan! Di samping kesibukan menyiapkan kerja-kerja penandaan kertas peperiksaan penggal pertama pelajar, warga Farisian terkejar ke hulu ke hilir melaksanakan tugas yang tak pernah selesai. Kebetulan pula, minggu ini juga merupakan giliran cikgu sebagai ketua guru bertugas mingguan, 'duty' tambahan, 'menghalau' pelajar dari kawasan masjid selepas pukul 2.45 petang.
Antara tugasan rasmi yang terpaksa ditempuh guru-guru Faris minggu ini ialah:-
  • Taklimat Kajian Timms (Khamis: 3/4/2014 - Jam 10.05 pagi)
  • Perjumpaan Pengetua bersama dengan Guru Pengawas, Guru PRS, Guru BPI dan warden (Rabu: 2/4/2014 - Jam 2.15 petang)
  • Perjumpaan YDP PIBG dengan semua Ketua Panitia (Khamis: 3/4/2014 - Jam 2.00 petang)
  • Mesyuarat Guru II dan Dialog Prestasi SPM (Selasa: 1/4/2014 - Jam 1.20 petang)
  • Semua guru diminta memasukkan markah ke dalam ISIS dan SAPS sebelum 4/4/2014.

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM