RAGBI SBP TENS ANTARABANGSA...!

Kejohanan Ragbi SBP Tens Antarabangsa akan berlangsung pada 12 - 15 Julai 2012 dan Faris Petra menjadi tuan rumahnya. Kejohanan ini agak istimewa kerana inilah julung-julung kali akan melibatkan penyertaan pasukan dari luar negara seperti Thailand, Brunei, Singapura dan lain-lain. Sebelum ini kejohanan ini hanya dikenali sebagai Kejohanan Ragbi SBP Tens Kebangsaan.
Sebanyak 56 buah pasukan SBP dan 4 buah pasukan luar negara iaitu masing-masing sebuah dari Singapura, Thailand, Indonesia dan juga Brunei akan mencuba nasib dalam edisi pada kali ini. Seramai 1420 orang pemain dan pegawai akan berkampung selama 4 hari di Faris Petra.
No comments:
Post a Comment