FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Friday, January 6, 2012

1992 -1997 ERA HOKI GEMILANG...!


Pasukan Hoki Faris Petra ketika mewakili Kelantan ke Kejohanan Hoki Juara-Juara Sekolah Kebangsaan 1991 di Kuala Terengganu. Lihat cikgu, ketika itu... umur cikgu 30 tahun. Allahyarham Cikgu Zaidi Baki, pengurus pasukan yang gigih dan sporting.... 
Cikgu terjumpa foto ini dalam FB Mohd Syahmi, salah seorang pemain hoki hebat yang pernah cikgu miliki. Selepas 20 tahun berlalu, cikgu amat berharap agar dapat kita aturkan pertemuan sesama kita.... cikgu rindu akan kenangan indah ketika itu...
Apa-apa pun cikgu ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan dicapai oleh kamu semua, maafkan cikgu jika terdapat salah dan silap ketika menjadi jurulatih kamu dahulu... 
Ketika 1992 - 97: Faris Petra tiada tandingan dalam hoki. Kita juara dalam semua kategori peringkat negeri sama ada bawah 15, 18, malah kejohanan terbuka Kelantan pun, kita muncul sebagai juara.
Kejayaan manis yang pernah dicapai Faris Petra ketika itu:
  • Johan MSSK Kelantan dalam kategori bawah 15 dan 18 tahun
  • Johan PHK terbuka
  • Johan Hoki Antarabangsa USM-Penang 1993 - bawah 15 tahun
  • Naib johan Hoki Antarabangsa USM-Penang 1993 - bawah 18 tahun
  • Naib Johan Juara-Juara Sekolah Kebangsaan 1993 di Perak. (Tewas kepada Anderson)
  • Pemain hoki Faris Petra mendominasi pasukan hoki Kelantan: lebih separuh terdiri daripada pemain Faris Petra.
  • Johan Hoki 6 sebelah PHK
  • Johan Hoki Sukan Malaysia peringkat Kelantan.
Cikgu masih ingat nama-nama hebat seperti Fadhil Haidir, Nazam, Isymayuddin, Shahrum, Syed Agong, Syahmi, Fandi, Salmi, Saiful, Zulkifli, Fakaruddin, gol keeper?..... dll.
Sila hubungi cikgu untuk menyambung ikatan ukhuwah antara kita...

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM