FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Monday, July 23, 2012

ADEGAN YANG MAHU KITA LIHAT....!

Suatu pagi yang bening di hospital Gua Musang. Seorang ibu menangis mengenangkan nasib malang yang menimpa anak lelakinya. Dia terlibat dalam kemalangan ketika menunggang motosikal ke sekolah. Anaknya masih koma di wad kecemasan apabila kepalanya tertusuk sebatang besi sepanjang 0.5 meter. Suami wanita itu yang sedang dalam perjalanan ke Kota Bharu telah dihubungi. Kita lihat adegan cemas seterusnya.
DOKTOR      : Bersabarlah Makcik, ini semua dugaan daripada Allah.
IBU               : Tolonglah Tuan Doktor, selamatkanlah anak lelaki saya. Dia seoranglah saja yang saya ada.
DOKTOR      : Insya-Allah, anak lelaki ibu akan selamat. Dia tak akan mati. Cuma otaknya saja yang akan
                        rosak...!
IBU               : (Sambil meraung dengan kuat, ibu itu menengking). Kalau otak rosak, apa gunanya lagi?
DOKTOR      : Sabarlah.....
Tidak beberapa lama selepas itu, bapa kepada budak lelaki malang itu pun sampai.
IBU               : (Sambil menangis). Macam mana bapanya? Anak kita.....? Apalah nasib keluarga kita....!
BAPA           : Tuan Doktor, boleh tak dilakukan segera pembedahan ke atas anak saya?
DOKTOR      : Boleh, dia akan selamat. Cuma otaknya sahaja yang akan rosak jika kita keluarkan besi itu.
BAPA           : Saya rasa tidak Tuan Doktor, otaknya tidak akan rosak...!!
DOKTOR      : (Hairan, macam dia lebih tahu daripada saya) Kenapa awak cakap macam itu?
BAPA           : Jika Tuan Doktor cabut batang besi yang tertusuk di kepala anak saya, otaknya tidak akan
                        rosak..!
DOKTOR      : Kenapa?
BAPA           : (Dengan selamba) Anak saya mana ada otak...! Jika dia ada otak, takkan dia MEREMPIT
                        di jalan raya.
........................ aaaaaaaaa

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM