FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Saturday, July 21, 2012

SALAM RAMADAN...!


Assalamualaikum Farisian sekalian,
Pada kesempatan ini, cikgu ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat mengerjakan amal ibadat sempena bulan yang berkat lagi dirahmati ini, semoga kita warga Farisian semua mendapat petunjuk dan hidayah daripada-Nya. Insya-Allah. 
Bulan Ramadan, raja segala bulan,
Bulan beribadat muslimin muslimat;
Bulan yang mengangkat tingkat keimanan,
Bulan yang membawa sejuta nikmat.
Kesempatan ini juga, cikgu serta seluruh ahli keluarga menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf kepada Farisian sekalian jika terdapat kesalahan dan dosa yang telah cikgu dilakukan, sama ada yang sengaja ataupun tidak. Di pihak cikgu, cikgu sentiasa memaafkan segala kesalahan bekas-bekas anak murid cikgu dan bagi cikgu, sebesar atau sekecil mana dosa pun, cikgu telah maafkan.  
Maaf-memaafi sesama kita.

Ikhlas daripada cikgu.

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM