FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Monday, July 23, 2012

BALIK BERMALAM....!

Hari ini merupakan hari ke-3 umat Islam di Malaysia mengerjakan ibadat puasa Ramadan. Semoga puasa wajib yang dikerjakan itu mendapat pahala yang berlipat ganda daripada Allah. Suasana di Faris Petra berjalan seperti biasa. Cuma bersempena dengan bulan Ramadan ini, jadual pembelajaran C diguna pakai. Hal ini bermakna masa pembelajaran selepas waktu rehat dipendekkan selama 5 minit dan waktu persekolahan  setiap hari akan berakhir pada pukul 1.25 petang. Pelajar-pelajar dikehendaki berada di masjid untuk mengerjakan solat Zuhur berjemaah dan selepas itu tadarus al-Quran  dilaksanakan.
Sempena bulan Ramadan juga, pelajar-pelajar diberikan kebenaran balik bermalam pada  hujung minggu ini. Sementara pada hujung minggu depan, pelajar Tg. 1, 2 dan 4 juga akan balik bermalam. Semua pelajar Tg. 3 dan 5 akan terlibat dengan program 'perfect Score' yang ke seterusnya. Berita baik untuk para pelajar...!

Sumber: En. Ahmad b. Tajab (PK Pentadbiran)

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM