FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Sunday, February 5, 2012

MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH...!


'PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN'...
Faris Petra, 5 Februari 2012 - Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah dilaksanakan bermula jam 9.00 pagi. Para pelajar berkumpul di Lapangan Bendera mengikut rumah sukan masing-masing sebelum kepala majlis iaitu Ustaz Ibrahim menyampaikan beberapa makluman penting. Pada tahun ini para pelajar dikehendaki menyertai perarakan mengikut rumah dan warna pakaian pelajar lelaki dan perempuan mestilah mengikut warna rumah masing-masing. 
Majlis sambutan bermula dengan perarakan guru dan pelajar bermula dari Lapangan Bendera, bergerak keluar ke jalan Kurnia Jaya dan akhirnya tiba di pekarangan masjid Semesta. Ceramah sempena Maulidur Rasul selepas itu disampaikan oleh Tuan Imam masjid As-Salam, penceramah jemputan pada kali ini. 

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM