FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Wednesday, February 29, 2012

FARIS PETRA CEMERLANG HARI KEDUA...!

LANGKAHAN KE SUKU AKHIR...
Faris Petra menepati jangkaan setelah kedua-dua buah pasukan hoki lelaki dan perempuannya muncul juara kumpulan masing-masing. Pada petang ini, Faris Petra kategori perempuan berjaya menundukkan kedegilan SEMESTA dengan kemenangan 1 - 0. Walaupun menguasai perlawanan, namun penyerang-penyerang Faris Petra masih menemukan rentak sebenar. Gol kemenangan pasukan perempuan Faris Petra dijaringkan ketika masa masih berbaki 2 minit sahaja.

Berlainan pula dengan pasukan lelaki, mereka berjaya mempamerkan penguasaan penuh dan berjaya menjinakkan pasukan SESMA dengan jaringan 4 - 0. Keyakinan dan kesungguhan yang dipamerkan ini diharapkan terus dijelmakan di peringkat suku akhir pada keesokan harinya.
KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN:-
KATEGORI PEREMPUAN
  • FARIS PETRA VS SEMESTA: 1 - 0
KATEGORI LELAKI
  • FARIS PETRA VS SESMA: 4 - 0

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM