FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Wednesday, February 22, 2012

LAWATAN STREE YALA SCHOOL...!

Pengisian Program Lawatan Stree Yala School di Faris Petra
FARIS PETRA, Rabu (22 Februari 2012) - Program lawatan Stree Yala School, Thailand di Faris Petra masuk hari yang ke-2. Pada pagi ini program ini diteruskan dengan aktiviti lawatan oleh pelajar-pelajar Stree Yala School seramai 54 orang, ke kelas-kelas untuk melihat proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Pada pagi ini juga sekumpulan pelajar Stree Yala School akan membuat demontrasi amali Sains di bilik makmal. Sebelum itu, pada pagi kelmarin, rombongan lawatan yang terdiri daripada 5 orang guru pengiring itu diberikan taklimat rasmi oleh Tuan Pengetua di Bilik Gerakan. Pada petangnya pula diadakan acara sukan iaitu perlawanan persahabatan bola sepak dan juga bola keranjang.
          Pada malam tadi, persembahan kebudayaan oleh pelajar Faris Petra dan Stree Yala berlangsung di Dewan Gemilang. Pelbagai persembahan seperti dikir barat, coral speaking, tarian dan nyanyian dipertontonkan. Rombongan dari negara Thai ini akan bertolak ke Singapura lebih kurang pukul 10.00 pagi ini.
Taklimat oleh Tuan Pengetua...





No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM