FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Sunday, February 26, 2012

SEBAGAI JU KOMSAS...!


Taklimat Pelaksanaan Komsas Tingkatan 3 di BTP...
Bertempat di Dewan Bestari 2, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan, Pengkalan Chepa, berlangsung satu program anjuran JPN Kelantan iaitu Program Taklimat Pelaksanaan Teks Komsas Baharu Tingkatan 3 khusus untuk para guru yang mengajar di tingkatan 3, 2012.
Sebagai Jurulatih Utama (JU), cikgu telah dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan taklimat tersebut kepada semua guru Bahasa Melayu yang datang dari semua PPD negeri Kelantan. Pada petang tadi, iaitu 26 Februari 2012 iaitu bermula jam 2.00 petang, seramai 93 orang guru Bahasa Melayu dari 5 buah PPD telah mengikuti taklimat tersebut.
Program ini akan diteruskan pada petang esok, juga bermula jam 2.00 petang akan melibatkan kesemua guru Bahasa Melayu tingkatan 3 dari baki PPD yang belum mengikuti program ini.

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM