FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Saturday, September 17, 2011

PERGINYA SEORANG SAHABAT...!


Cikgu Mahisham Mahmood (1962 - 2009) bekas pelajar Faris Petra, dan rakan karib cikgu (penulis) yang sama-sama ditugaskan ke Sarawak pada tahun 1984. Cikgu mengenali arwah ketika sama-sama ditugaskan di Kuching dan sama-sama menyewa rumah di Kg. Astana. Setelah cikgu bertukar ke Kelantan, cikgu jarang-jarang bertemunya dan pada hari ini baru... cikgu mengetahui berita kematiannya.
Beliau telah meninggal dunia pada 24 Mac 2009.
Pada cikgu, arwah seorang yang lembut, baik hati dan suka menolong kawan. Cikgu amat rapat dengannya kerana kami merupakan pemain bagi pasukan bola sepak 'Guru Semenanjung' ( cikgu penjaga gol dan arwah pula seorang pemain tengah yang hebat) dan kami juga sama-sama aktif dalam permainan hoki.

Al-Fatihah buat arwah.... semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang dicintai-Nya. Amin.

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM