FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Friday, September 30, 2011

FARIS PETRA SEKAT PENANG FREE SCHOOL...!

Pemain bergambar sebelum perlawanan
FARIS PETRA SERI 1 - 1 DENGAN PENANG FREE SCHOOL
Perlawanan hoki persahabatan berikutan kunjungan lawatan Penang Free School pada petang Jumaat 30 September 2011 berkesudahan seri 1 - 1. Perlawanan yang hanya bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama di samping bertukar pengalaman dan kemahiran itu mencapai matlamat dan sangat baik untuk diteruskan pada masa-masa akan datang.
Pasukan pelawat berjaya menjaringkan gol pada awal-awal minit selepas masa kedua bermula. Selepas itu permainan semakin rancak dan Faris Petra berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-45. Kedua-dua gol merupakan gol padang. Walaupun kedua-dua buah pasukan saling menyerang selepas jaringan gol penyamaan itu, namun gagal menemukan penyudahnya.
Pasukan pelawat menginap di asrama Faris Petra sebelum bertolak pulang pada keesokan harinya. Perlawanan ini juga disaksikan oleh Tuan Hj. Shaffie Awang, Pengetua SMS Tengku Muhammad Faris Petra.

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM