Hari Asrama Terbuka disambut serentak dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah iaitu pada 8 September 2011 yang lepas. Sebagai makluman, Hari Asrama Terbuka merupakan hari terbuka kepada semua warga Farisian untuk berkunjung ke asrama lelaki mahupun asrama perempuan. Di samping kunjung-mengunjung, juadah disediakan oleh tuan rumah (dorm) kepada para tetamu yang berkunjung. Alah, macam hari raya dekat kampung juga. Serentak dengan itu, penghuni dorm juga semestinya berusaha gigih untuk mencantikkan dorm masing-masing. Tak malu ke,.... jika dorm yang macam kapal pecah dikunjungi tetamu 'istimewa'...?
KUNJUNGAN PELAJAR PUTERA KE ASRAMA PUTERIJom.... cepat, inilah masanya nak tengok. Lain kali tokleh doh...!
Biasalah, makhluk ini banyak ditemukan di dorm puteri...
Kunjungan putera tetap dirai... eh, cikgu pun ada...?
Apa macam? Dorm puteri best kan...?
BALAS KUNJUNGAN:
PELAJAR PUTERI KE KEDIAMAN PELAJAR PUTERA...
Lihatlah... istanaku....
Pelajar puteri dijamu juadah hari raya...!
Bangga kerana dorm dikunjungi tetamu...
Cepat tangkap gambar..! Lain kali mana dapat masuk dorm laki...!!!
No comments:
Post a Comment