FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Thursday, September 29, 2011

ANUGERAH CEMERLANG YANG GEMILANG...!

TIMBALAN MENTERI PELAJARAN DI FARIS PETRA...!
Majlis Anugerah Cemerlang ke-36 dan Mesyuarat Agung PIBG ke-35 yang berlangsung dengan penuh gemilang pada pagi tadi telah dirasmikan oleh YB. Dr. Mohd Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Majlis yang bermula jam 9.30 pagi itu dimulakan dengan acara perakan masuk VIP dan Dif-dif kehormat yang diketuai oleh pasukan muzik tradisional dan diceriakan lagi dengan iringan gadis-gadis pembawa bunga manggar. Ketika melangkah ke dalam Dewan Gemilang, VIP dan rombongan diiringi dengan irama muzik gamelan sebelum pasukan pancaragam sekolah mengambil giliran mempersembahkan Lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu sekolah Di Sini Kuberbakti.
Biarkan foto menceritakan segalanya...!
Sebagai Setiausaha Majlis Anugerah Cemerlang 2011, cikgu ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada semua jawatankuasa program yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan majlis kita ini. Kepada semua pelajar, tahniah dan terima kasih.

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM