FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Tuesday, September 20, 2011

JEJAK KERJAYA FARISIAN...!

Mohd Hassan Che Haat
Dr. Mohamad Hassan Che Haat
Faris Petra: 1988 - 1992
Pensyarah Kanan di Universiti Malaysia Terengganu.

Saya setelah meninggalkan Faris Petra pada tahun 1992 (5 Gamma). Saya berada di Faris Petra 88-92. Mungkin nama saya masih tertera di dewan besar sekolah sebagai Pelajar Terbaik SPM 1992. Selepas SPM saya ditawarkan oleh JPA untuk mengambil A-Levels di Sherborne School for Boys, Dorset, United Kingdom. Kemudian, saya melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah pertama di Cardiff University, Wales dalam bidang perakaunan dari tahun 1995-98. Saya kembali ke Malaysia pada tahun 1998 dan bertugas di firma audit KPMG, cawangan Kuantan sehingga tahun 2000. Dalam tahun 2000, saya melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Perakaunan dan seterusnya PhD dalam bidang Perakaunan sehingga tahun 2006. Saya pernah bertugas sebagai Pensyarah di Pusat Pengajian Pengurusan, Universiti Sains Malaysia (USM) kampus induk P.Pinang dari tahun 2006-2008. Alhamdulillah, sekarang bertugas sebagai Pensyarah Kanan dan Ketua Jabatan Perakaunan dan Kewangan, di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).  

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM