FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Monday, July 30, 2012

GURU PALING SETIA...!

Dr. Chan Siok Gim atau lebih mesra dengan panggilan Mama Chan mula berkhidmat di Faris Petra pada 14 April 1979. Ini bermakna sudah lebih 33 tahun beliau mencurah bakti kepada warga Farisian sekalian. Beliau yang kini merupakan Guru Kanan Sains dan Matematik masih bersemangat mencurahkan ilmu dan kepakaran demi kecemerlangan Faris Petra.

Tn. Hj. Sharifudin b. Ahmad Nawawi, lebih mesra dengan sapaan Cikgu Din pula hanya sehari lewat berbanding Mama Chan mendaftarkan diri di Faris Petra. Beliau mula bertugas di bumi Faris Petra pada 15 April 1979 sehingga kini dan subjek utamanya ialah Kemahiran Hidup. Walaupun telah mencurah bakti lebih 33 tahun, namun kudratnya masih diperlukan. Beliau kini merupakan Guru Cemerlang Kemahiran Hidup dan merupakan menteri kewangan kepada PIBG sekolah kita.

3 comments:

Anonymous said...

Mama Chan.. plg best ajar kimia.. student faris 99-03

Anonymous said...

Cikgu Pudin - cikgu hoki, kriket saya & dulu belajar Akaun rasanya.. tahun 80an.. Terima kasih banyak2 Cikgu dan didoakan keselamatan dunia akhirat.

GreenLava said...

Dua-dua ni cikgu saya dulu (80an).
Terimaakaaasih cikgu!

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM