FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Saturday, December 24, 2011

KENDURI NAIK RUMAH BARU...!

Assalamualaikum,
Hari ini otak dah reda dan perasaan berdebar pun dah semakin hilang. Rasa bangga menjadi sebahagian warga Farisian membuak-buak. Kita sama-sama tunggu keputusan SPM 2011 pula. Adakah Faris Petra mampu mencipta nama sekali lagi? 
Petang tadi iaitu lebih kurang pukul 2.30 petang cikgu dan keluarga ke rumah baharu Cikgu Fadzil kerana kenduri 'naik rumah baru'. Rumahnya terletak betul-betul di belakang JPJ Panji. Kampung apa cikgu lupa pulak. Di situ cikgu berpeluang bertemu muka dengan warga Farisian seperti guru-guru, kakitangan bukan guru, mantan PK 1, Tuan Hj, Zainuddin pun ada.

Cuti, cuti pun dah nak habis. 28 Disember ini mesyuarat guru, kebetulan pulak hari tu nak kena servis kereta. Keesokan harinya nak ke KL, hantar anak ke UPM..... barang-barang sekolah anak belum beli lagi.... pening-pening. Tapi satu yang seronok, claim PMR dah masuk akaun bank.......

Jumpa lagi.



2 comments:

eNdofMe said...

anak cikgu yg mana study kt UPM?fakulti mana?saya pon ade kt UPM ni..tahniah pada semua warga farisian atas kecemerlangan PMR.sangat bangga!alhamdulillah

CiKgUaZeMi said...

Anak ke-3 cikgu yang baru selesai SPM di Faris baru2 ni. Dia mendapat tawaran ke Asasi Sains Pertanian (Laluan Pantas)

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM