FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Thursday, June 30, 2011

UCAPAN TERIMA KASIH...!

25 Jun 2011 yang lalu merupakan hari jadi cikgu yang ke-50. Aaaaa.... dah tua cikgu rupanya. Yang peliknya cikgu rasa masih muda? semuda orang yang berusia awal 30-an. Ini tidak bermakna bahawa cikgu seorang yang lupa diri. Apa yang dimaksudkan sebenarnya, semangat cikgu untuk mendidik dan berbakti kepada anak Farisian tetap seperti mula-mula cikgu bertugas di sini dahulu. Apa pula ni.... cikgu dah mula merapu ni...? Sebenarnya, pada kesempatan kali ini, cikgu ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada warga Farisian, terutamanya bekas-bekas pelajar yang tak putus-putus mengirimkan ucapan selamat hari jadi atau selamat ulang tahun buat cikgu melalui wadah FB dan twitter. Cikgu rasa pada sambutan hari jadi yang sempena masuk warga emas ini, cikgu paling banyak mendapat ucapan. Jenuh juga cikgu membalasnya. 

Terima kasih dan jumpa lagi

2 comments:

Mamaluv.blogshop said...

dah 50 ke cikgu....tetap awek muda.....

CiKgUaZeMi said...

Pujian yang sikit menggoda hati...
Gurau aje..!

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM