FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Wednesday, September 5, 2012

SIBUK DAN KELAM KABUT...!

Hari ini merupakan hari ke-2, program Kem Wacana Akademik PMR 2012 di PCB Resort. Slot bengkel subjek akan dimulai dengan Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi dan sesi petang berakhir dengan subjek Matematik. Pada malamnya pula, penulis sekali lagi akan mengendalikan slot BM iaitu pada pukul 8.50 - 10.50 malam. Slot pada kali ini akan lebih menekankan aspek teknik dan tatacara pada saat menghadapi PMR. Slot subjek BM malam tadi pula merupakan sesi mengesan item kelemahan pelajar mengikut topik.
Sebagai Pengurus Projek program, penulis bukan sahaja bertanggungjawab terhadap subjek tugasan malah terpaksa mengurus dan menyelia segala aktiviti kem, daripada menu makan, dewan kuliah, asrama penginapan pelajar, aktiviti riadah, imam solat dan keselamatan pelajar. Pendek kata, 24 jam kerja tanpa rehat. Nasib baiklah cikgu mendapat kerjasama penuh daripada guru-guru lain, sehingga kerja yang berat menjadi lebih ringan.
Selamat berbengkel dan selamat maju jaya.



Pelajar sedang mengikuti bengkel subjek di Dewan Cahaya Bulan, PCB Resort, Kota Bharu... 4/9/2012

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM