FOLLOWERS

PENGURUS IKLAN

Saturday, September 22, 2012

GREEN SOLDIER...!


FARISIAN CEMERLANG
Berita Harian 20 September 2012, melalui ruangan Personaliti Varsiti terpampang wajah Farisian yang segak bergaya menyarung uniform seorang perajurit tanah air. Dengan tajuk 'Wan Hidayat, askar alam sekitar' mendorong cikgu untuk memperkatakan bekas Farisian ini secara lebih mendalam. Wan Nurhidayat Wan Mohamad merupakan Farisian 2004-2008. Merupakan seorang pelajar aktif dan berkebolehan dalam pelbagai bidang. Beliau merupakan seorang ahli Badan Kepimpinan Pelajar, atlet pelari jarak jauh yang pernah mewakili negeri dalam pelbagai kejohanan dan seorang anggota Kadet Bersatu Malaysia. Kini beliau sedang menuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dalam pengkhususan Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Keselamatan).
Pencapaian:-
  • Duta Alam Sekitar Bayer 2012 dan mewakili negara ke Jerman.
  • Presiden Green Soldier, UPNM.
  • Timbalan Ketua Delegasi Malaysia ke Simposium Kepimpinan Mahasiswa Dunia di Bali, 2012.
  • Ketua Fasilitator UPNM.
  • Mewakili UPNM ke pertandingan Debat Keamanan Asean, Debat Alam Sekitar, Debat Diraja, Debat Integriti IIM dan Debat Terbuka Astar.
  • Johan Pertandingan Pengucapan Awam Speaking Corner anjuran NSTP-Taha 2011.
  • Mewakili Kelab Sukan Lasak peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti Kenyir International Triathlon 2010, Desaru International Triathlon 2011, Port Dickson International Triathlon, Suunto Orienteering dan Malaysian University Triathlon Series.
Beliau merupakan pelopor penubuhan kelab Green Soldier, iaitu sebuah kelab yang berorientasikan penjagaan alam sekitar di universitinya.
Tahniah, Hidayat....!

No comments:

SAYA SUKA FARIS- PETRA.COM